Ketaq lutut aihhhh!!

As salam

Lama tak bersiaran. :)

Berharap blog "touch down" saya ini tak bertukar menjadi blog "touch and go" yang suam2 kuku dan akhirnya bertukar menjadi blog usang lagi bersawang kot...  :(

Tajuk entri tu...  Dah kenapa ketaq lutut?  Ketaq aihhh.... tunggu result SPM !!

Result PT3 kakak hari tu pun tak seketaq gigiaq menunggu result SPM ni.  SPM di translate kan sebagai sijil "Sampai Pengsan Menunggu" result (dedikasi untuk emak apak yang mempunyai seorang anak lelaki berpotensi seperti abang)... huhuhu..
Abang di hari pertama di darjah satu di SKSU
Abang dan sepupu sebaya Halimi 
Abang dan rakan2 lama semasa bersekolah rendah di SKSU
Abang bersama rakan2 sekelas di SMKTKU

Alhamdulillah... Tahniah ... untuk abang, sepupunya Abdullah Halimi, Ammar Ghadaffi, semua rakan sebaya dan kepada semua anak2 sekalian yang baru sahaja mendapat keputusan SPM. 

Lulus atau gagal bukanlah pengakhiran kepada kehidupan ini.  It is not the end of the world kata che Mat Salleh.  Life is just begun ... 

Kata cikgunya "Ni buat main2 pun boleh lulus dengan semua kepujian.. kalau buat sungguh2... kan boleh lagi cemerlang!".  Haa... dengarlah nasihat cikgu. Moga abang lebih istiqomah selepas ini demi masa depan yang cemerlang. 

Sebenarnya memang bukan mudah untuk menjadi adik dan "the only brother" kepada dua orang kakak yang cemerlang di dalam SPM. Semuanya dijadikan perbandingan, semuanya dijadikan persaingan.  Stress oiii jadi adik kaklong dan kakngah ini!  Semoga anak2 emak ayah semua sama2 terus cemerlang dalam apa sahaja bidang yang diceburi... aamiinnn

Alhamdulillah.. Hanya doa2 yang baik untuk orang2 yang kita sayang..aamiinnn

Berusahalah lagi sebaik mungkin

Abang dalam pelukan ayah.. 
Buah hati
Abang dan kakak.  Result SPM sudah.. PT3 pun sudah.. Lega no... baru mak ada selero nak makan.  :)
Abang sebenarnya baru sahaja menamatkan kursus Latihan Khidmat Negara di Kem PDS Resort, Port Dickson.  Kem yang terletak di PD ini merupakan kem latihan yang tertua dan akan dirobohkan selepas ini.  Bagi pelatih2 yang pernah ke sini... kem PD ini akan hanya tinggal nama dan menjadi kenangan sahaja nanti.

Bersama adik2 tersayang
Surat pertama berjauhan dari keluarga
Bersiap sedia untuk pulang setelah 3 bulan tak pulang ke rumah.
On Duty
Rakan sebilik
Dimasukkan ke wad  selama 2 malam di Hospital PD kerana alahan ubat.. mujur tidak serius.
sesi lawatan mak..
Rakan2 PLKN
Tidak lupa juga coretan kenangan meraikan anak2 buah yang berjaya melanjutkan pelajaran. Hajah Azariah bersama 3 orang anak lelakinya Halimi, Hafizi dan Husaini.  Tiada dalam gambar Siti Sakinah dan Mawaddah yang sedang melanjutkan pengajian.

Tahniah!!  Semoga Hafizi berjaya menjadi al-hafiz dan seterusnya menjadi daie ilallah yg ikhlas lagi tawadhuk dan menjadi pewaris para anbiya.  

Tahniah juga kepada Husaini yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dan PSRA baru2 ini dan telah berjaya masuk ke sekolah berasrama. Keep it up!

Tahniah juga kepada adinda kami Puan Hjh Azariah Mohammad Amin kerana berusaha mendidik anak2 ke jalan yg diredhai Allah SWT. Caption and foto credit to mak uda. 

Rombongan keluarga di KLIA menghantar pemergian Al Hafizi ke  UICCI Persantren Tahfiz Sulaymaniah di Jakarta. Caption and foto credit to mak uda.  
Mohon doa moga anak2 ini menggapai mumtaz di dunia dan di akhirat.  Sesungguhnya perjalanan mereka masih sangat jauh.  Semoga dipermudahkan. Aamiin...

THANK YOU ALLAH

Comments

  1. tahniah abang ya, semoga lebih cemerlang dlm kehidupan yg pastinya sngt panjang menanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?