Thai : Damn Sweet Juicy Strawberry in Chiang Rai

As salam

Banyaknya buah strawberry ketika berkunjung ke Warorot Market (Kad Luang) di Chiang Mai baru-baru ini. Bukan buah strawberry yang sudah di pek dalam bekas plastik tapi buah strawberry yang di longgok berlambak-lambak.  Kalah buah rambutan masa musim rambutan. Ini kisah benar.

Dalam hati hanya bermonolog "Besarnya stoberi. Ish! confirm masam nih.."  Kat Malaysia makan sebiji pun dah berkerut muka.  Itu pun sedap kalau di tepek pada Pavlova yang manis tu, baru boleh telan gamaknya.  "Bukannya kat Malaysia tak ada tanam buah strawberry.  Taklah jakun sangat. .... " sambung lagi bermonolog :) 

Kata orang kalau ke Cameron Highlands, beli strawberry kat atas tanah tinggi..manis dan sedap. Turun tanah rendah kat Klang sahaja dan dan tu buah manis dah masam. Copy dialog cliche makcik saya..ngeeee!  Betul ke? hahaha...

Maka macam biasa lepas ambil gambarnya.. kita post lah kan kat facebook. Hok Aloh... banyaknya yang berkenan.  Cemana nih?  Semua siap berkirim-kirim.   Boleh aje kirim...

Kirim salam jelah ya...jauh!!   :D

Subhanallah.. siap lapik daun pisang bagai.  Kalah nasi lemak..

Longgok-longgok je.. satu plastik 50 Bath
Kami singgah di ladang ini - Garden Me
Hari kedua di Thailand, seawal pagi kami telah memulakan perjalanan ke Chiang Rai yang jauhnya lebih kurang 3 jam dari Chiang Mai.  Kita fokus  pada cerita buah strawberry dahulu dalam entri kali ini.

Dalam keadaan tidur jaga buka tutup mata... toleh kiri kanan.. tiba-tiba di sepanjang jalan terbentang luas ladang strawberry.  WOW! Subhanallah.. Dan encik suami mengambil keputusan untuk singgah ke ladang strawberry ini dalam perjalanan pulang ke Chiang Mai pada hari ketiga.

Model sambilan..  

Meh pilih!

Mari mari..

Ini buah strawberry yang telah dikeringkan

Merah
Satu plastik ini ialah 1/2 kg.  Lebih kurang dalam RM5.  Murah sangatkan?  
mmmmm...
Comel 
Sempat pulak encik drebar van ajak encik suami bergambar dekat ladang strawberry ini.
Mode: Nasib baik biniku sporting..huhu
Segar
Sangat recommended!
Sekilo buah strawberry di sini ialah 100 Baht 
Namun masing-masing agak cuak juga kerana kita nak balik ni naik kapalterbang.  Kat Chiang Mai airport ni lepaslah tapi sampai ke KLIA nanti.. lepas ke nak lalu imigresen/kastam bagai tu buah strawberry?  Tanya buah strawberry pulak dah.. Buah strawberry kata nasiblah. Pegawai kastam kata kena buang.. buanglah.  Dah redho.

Melalui pengalaman ke Vietnam dua tahun lepas.. dengan buah salak mangga  bagai.  Lepas juga..Alhamdulillah.  Pray hard!

Balik ke Chiang Mai sempat pulak kakak-kakak ni mencari packaging yang matching dengan buah strawberry ini.  Maka bertawakallah kita.  Kalau ada rezeki anak-anak.. dapatlah merasa buah strawberry buah tangan dari Chiang Rai. Aamiinn...

Tarraaa..
Siap kotak untuk packaging dengan tanda nama stoberi lagi.. hebat! hahaha...


Verdict:  Damn sweet juicy strawberry i tell you... Nyesal beli sekilo.  Sampai Klang pun still manis lagi. Namun kena makan cepat-cepat kasi peghabih, sebab buah strawberry yang dah masak ranum tu cepat lembik.  Mungkin sebab agaknya saya masukkan ke dalam fridge sebelum di masukkan ke dalam kotak.

Cuba jangan masukkan ke dalam fridge dan biarkan dalam keadaan suhu bilik sebelum di bawa balik.  Contoh :  Buah tomato ialah buah yang tidak boleh disimpan ke dalam fridge kerana ia akan cepat rosak.  Next time.. sesapa nak bawa balik strawberry Chiang Rai bolehlah cuba. Logiknya di pasar yang panas dan terbuka pun.. lepak je strawberry tu tak payah masuk fridge. Alahai... 

Pesanan : Berani2lah nak bawa balik.. hihihi


 TILL WE MEET AGAIN

Comments

  1. belum pernah yan rasa strawberry mnis...merah2 buahnya..
    kak pasal buah tomato yn baru tahu..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam yan.. rezeki kami merasa stoberi yg manis. Nx time beli tomato letak atas meja buat perhiasan dulu... :D

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?