You say good morning. When it's midnight in Wolves

As salam

You say good morning here. When it's midnight over there.

Waktu di UK lambat 8 jam dari kita. Contohnya kita dah sembahyang raya di sini.. di sana baru nak tidur lepas penat rebus ketupat. kehkehkeh.. gitulah!


Time difference between Wolverhampton, United Kingdom and Kuala Lumpur, Malaysia

Wolverhampton is 8 hours behind Kuala Lumpur.
eg :
Time in Wolverhampton 12:24 AM
Monday, January 26, 2015 

Time in Kuala Lumpur 08:24 AM
Monday, January 26, 2015

Ini kisah lama di Wolves.  Nak belanja cerita lama memori lama hari ini   :)

Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Wolves, kami  mengambil keputusan untuk tidur di hotel. Wulfrun Hotel terletak berdekatan dengan stesen bas.  Tak larat nak heret beg2 bagai ni dah..  

Letih mengharungi kerenah dua orang anak kecil setelah melalui perjalanan udara selama 13 jam dan kemudian menaiki bas dalam perjalanan yang panjang pula dari Heathrow ke Wolverhampton memanglah amat melelahkan .. jangan cakaplah.   

Kakngah meragam almost all the time dan tidur acah-acah aja tak lena lama..  "never sleep" mak ngan ayah nih.  So..  there we were .. welcome to London with a zombi look a like mummy and daddy sebab tak cukup tidor.. huhuhu.. T_T

Akibat keletihan dan ditambah pula dengan cuaca yang amat sejuk..  menginap dihotel adalah perkara  terbaik untuk dilakukan sebelum kami menghubungi mana2 nombor telefon yang perlu dihubungi di sana. For two days we won't  figure out what is the time zones is and we won't bother others.   Bangun untuk makan, solat, buat susu dan tidur semula Jet lagged!  katanya.

Kami dikejutkan dari tidur oleh manager hotel yang memanggil secara berbisik di sebelah katil kami dengan penuh hormatnya. Subhanaallah..walhamdulillah.. walaa ila haillallah wallah hu akbar.. Tanjat mak oooiii!. 

Tidur nyenyak a.k.a tidur mati adalah anugerah luarbiasa bagi kami yang keletihan.   Manager mat salleh yang sebaya "the man from uncle" itu terpaksa membuka pintu bilik kami dengan kunci pendua setelah di ketuk berkali2 tanpa ada jawapan.   

Panik  dia " What happen to this family" katanya mungkin.  Tidur tak bangun2..  hahhaha.. kenangan oh kenangan.  Astaghfirulllah hal azim..

Kami pernah menginap di rumah bujang pelajar2 lelaki sebelum mendapat rumah sewa selama 2 minggu.  Masih segar diingatan dengan budi baik adik2 ini semua yang berusaha membuatkan kami selesa untuk menumpang bersama mereka. Hampir setiap malam ada sahaja pelajar bujang yang menjemput kami untuk makan di rumah mereka.  Ketika itu belum ada lagi pelajar yang berkeluarga tinggal di Wolves. Jazakallahu khair kepada adik2 semua.  Jasamu akan senantiasa dikenang.

Sebenarnya kami perlu bertemu dengan seorang sahabat "orang Melayu" kita yang telah lama menetap dan bekerja di Wolves.  Beliau merupakan sahabat kepada kenalan kami yang pernah belajar di England sebelum ini. Beliau ini merupakan seorang arkitek dan telah berkahwin dengan wanita Inggeris  rakyat tempatan. 

Beliaulah yang berusaha mendapatkan rumah sewa untuk kami.  Pasangan suami isteri yang baik budi ini telah begitu bersusah payah membekalkan barangan rumah dari cawan ke pinggan ke sudu garfu hinggalah ke sarung bantal ke cadar. Jazakallahu khair kepada mereka berdua.    

Sedikit cerita tentang bagaimana beliau  dan isterinya bertemu jodoh.  Rupanya mereka berdua adalah jiran sebelah rumah.  Kalau jodoh tidak ke manakan... berjodoh dengan seorang jururawat Inggeris.  Kelas gitu!  Mereka juga senantiasa di dalam ingatan kami berdua.

Rumah pertama yang kami sewa adalah kepunyaan Mr Harjimal.  Di sini rata2 rumah sewa adalah kepunyaan orang2 berketurunan India yang telah lama bermastautin di sini. Pernah baca sejarah tentang Syarikat Hindia Timur Inggeris atau British East India Company.  Inilah tinggalan kesannya dari syarikat ini di England.  

Orang mendatang dari negara luar yang rajin dan berusaha lebih akan mengecapi kesenangan di negara orang.  Bijak seperti Mr Hajirmal ini akan mempunyai banyak rumah sewa.  Kiranya beliau merupakan sumber inspirasi kepada en suami dan anda semua perlu mengikuti jejak langkahnya ya anak-anak..

Bangsa Pakistan dan India merupakan warga Asia yang paling ramai tinggal di Wolves ini. Shah Rukh Khan, Amir Khan, Salman Khan, Juhi Chawla, Pretty Zinta merata2. Percayalah. Kebanyakannya cantik2 dan hensem belaka.. exaggerate mak hang ni! hihihi.. :)

Moral:  Samalah di Malaysia ni dek non... tak payah bagi contoh ya.  Lagi terang tak payah bersuluh.  Amboi... pepatah Melayu cikgu Murni dah..  

Namun kami hanya menetap di rumah sewa ini tak sampai sebulan sahaja.  Rumah teres lama dua tingkat yang agak menggerunkan.  Rumahnya memang besar.  Dari tingkat bawah untuk menuju ke dapur terpaksa melalui lorong yang panjang.  

Mempunyai tiga buah bilik yang besar di tingkat atas tetapi untuk menuju ke setiap bilik ke bilik perlu melalui lorong2 yang panjang juga. Rumah lama yang mempunyai pendiang api atau "fire place" dan serombong asap di setiap bilik.   Di setiap bilik mempunyai pintu rahsia untuk ruang ke bawah tanah ???...  gempak aja nih! :)

Rumahnya lengkap "fully furnished" kata mat salleh.  Kami cuma membawa beg pakaian sahaja. So kenapa pindah? huhuhu... meh dengar cerita yang tak habis lagi ni.  Ini senarai pendeknya.. :p
  1. Sistem bil elektrik menggunakan sistem token. Haruslah ke pejabat pos atau ke MEB (macam TNB untuk membeli kad token) Kad token ini akan kita cucuk ke meter di rumah barulah elektrik akan berfungsi. Cer tiba2 kad token habis... maka bergelaplah kita. Kenalah sentiasa simpan "extra card".  Menyusahkan kiranya..
  2. Hanya satu bilik air terletak jauh dihujung dapur dengan pemanas airnya menggunakan sistem boiler. Bila habis air panas di dalam tangki harus menunggu air untuk panas semula. Dahlah sejuk bukan main.. nak menunggu lagi air panas penuh dalam tangki. Oh no... Apatah lagi dengan anak2 yang masih kecil. Harus membawa baldi dan bekalan air setiap kali untuk naik tidur di bilik.  Namun bath tubnya sangat teguh dan besar that i can't denied.. hmmm..
  3. Tiada saluran pemanas elektrik dipasang di dinding seluruh rumah. Hanya pemanas elektrik yang mudah alih sahaja.  Siang malam berbaju tebal. Pendiang api pun macam sudah lama tidak digunakan. Nak cari kayu api lagi, nak cari kayu.. nak cari kayu lagi..hahaha.. ni ceritera melebih2..  
  4. Jarak ke universiti yang agak jauh. Kesian kat en suami i yang mr perfect 10 tu nak berjalan jauh... (amboi.. dah bagi perfect 10 tu! Ada apa2 ke ni.. hheeee) Masa tu belum ada kereta lagi.
  5. Jiran di sebelah yang asyik bergaduh begitu kerap di waktu malam. Mabuk2 dan dinding sebelah seperti hendak runtuh dengan berbagai "action sound effect"nya. Satu malam kami terdengar bunyi letupan pistol tetapi keesokan harinya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Haiya.... hairan bin ajaib!
  6. Jarak kubur dengan rumah yang terlalu dekat. Bukan tanah perkuburan Islam ya. Mind you... ini kubur mat salleh. Memanglah satu hal.. Allah hu akbar! "Creepy feeling" untuk ke bilik2 menempuh lorong2 yang panjang seolah2 seperti ada sesuatu yang berdiri di sini sana situ.. tunggu masa nak menjelma sahaja. Penakut gila masa tu apatah lagi dengan fenomena filem "Nightmare in Elm Street" sedang bermaharajalela ketika itu. Dahlah anak2 masih kecil dan suami pula lambat balik kerana universiti jauh.. huhuhu... maka haruslah kita pindah!
Namun setiap yang kita tak suka itu tentulah ada kelebihannya juga.   Kelebihannya ialah sewa rumah ini tersangatlah murah. Terdapat klinik kesihatan yang dekat di depan mata dan kedai-kedai runcit yang berdekatan dan anak2 jiran yang baik.
Hannah dan Emma 
Hannah dan kaklong
Happy dapat bermain di luar rumah
Jiran kami yang ada "action sound effect" itu ialah parent kepada Emma dan Hannah (foto di atas). Mereka berdua sering mengetuk pintu untuk mengajak kaklong dan kakngah bermain usai pulang dari sekolah. 

Mereka akan bermain di belakang rumah yang dipenuhi semak samun sampai comot dan kotor. Dan suka sangat mendokong kakngah membuatkan emak tersangat risau dan terpaksa turut menemankan mereka bermain dalam kesejukan di luar rumah. Apa khabar agaknya mereka berdua sekarang. Kami tidak ke sana lagi setelah berpindah dari situ.

Namun murah bagaimana pun sewanya... jika tiada pemanas elektrik di pasang di seluruh rumah. Baiklah kita pindah... takut beku a.k.a gangren kalau tertidur lama.  huhuhu..

Nanti kita sambung story lagi dalam entri berikutnya.  Rumah sewa pertama kami ini terletak di Merridale St West.  Takde tetamu yang datang lagi kecuali our landlord Mr Hajirmal.. huhuhu.. 

Tunggu untuk berikutnya dalam entri rumah sewa kedua, rumah sewa ketiga dan akhirnya entri rumah sewa yang ke empat bersama tetamu2 istimewa sebelum kami pulang ke tanahair for good .. :)

Berapa banyak rumah sewa daaa?  :D


Merridale St West.. Rumah kami di tengah2.
 Foto ehsan GSV

TILL WE MEET AGAIN

Comments

  1. .......dan kami juga akhirnya mempunyai 4 buah rumah. 3 untuk disewakan. Inilah pengajaran yang dapat saya kutip ketika berada di tanah air orang.

    ReplyDelete
  2. aduh kuatnya ingatan Nor masih ingat lagi semua nya, kalau kaknoor mmg dah terhapus semua nya, kuat makan kepala ikan kot kan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. InshaaAllah masih ingat kalau nak merepek2 ni kak.. hahaha.. kari kepala ikan sodap tu. Lupa sikit tak mengapa.. :)

      Delete
  3. salam ukhuwah, singgah ke sini petang Ahad ni, perkongsian yang menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Anajingga... Hi! terimakasih sudi singgah :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?