Banjir BESAR! Bantulah ..


Assalam

Hi!  Apa khabar?  :)
Semoga pembaca semua berada di dalam keadaan sihat wal afiat dan senantiasa berada di dalam redho-Nya.  Aaminnn... 
  

Belum terlambat untuk mengucapkan Salam Tahun Masihi 2015 dan juga Salam Maulidur Rasul untuk mengingati dan meraikan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal 1436H yang baru sahaja berlalu. 

Lihat siapa yang kita cinta dan kita kenal siapa kita.  #RefleksiDiri #CintaRasulullah

Peristiwa banjir BESAR luar jangkaan melanda negara kita terutamanya di negeri2 di Pantai Timur khususnya dan merata  di sana sini di negeri2 yang lain amnya.  Juga di negara jiran tetangga kita. Banjir memang berlaku saban tahun tetapi kali ini limpahan dan gelodak airnya memang tidak mampu ditangani oleh manusia biasa.  

Allah hu Akbar!! Hanya bantuan kemanusiaan dan doa berterusan ke hadrat yang esa diperlukan untuk membantu mangsa2 ini. Kasihan.  Hari ini hari mereka... hari kita??????

Membayangkan di manakah mereka ketika itu? Kini jika air banjir ini surut bagaimanakah keadaannya untuk segera pulih seperti dahulu. Kemusnahan yang sukar untuk dibaik pulih dalam waktu yang singkat.  Gambar ihsan Google


Aaminn...
Hulurkanlah bantuan kepada tabung2 bantuan bencana seperti ini
Dan pastikan bantuan yang dihulurkan adalah kepada tabung  yang sah dan benar sahaja. Jangan tertipu kerana ada yang mengambil kesempatan dengan menangguk ikan di kala air yang sangat keroh ini.  Hope you know what i mean...

 
Bersama Che Mid ex-colleague dan juga seorang blogger yang sangat gigih membantu mangsa2 banjir. Insan prihatin di antara satu dalam berjuta. Hanya Allah swt sahaja dapat memberi ganjaranNya di atas usaha berterusannya ini. Aaminnnn..  Proud of you!


Diantara salah satu usahanya ialah penghantaran telekung kepada mangsa banjir. Kepada yang tinggal berdekatan sila dail nombor telefon yang ada dipaparkan jika ingin memberi bantuan.  

Allah hu Akbar!  Menitik air mata...  T_T
Foto ihsan che mid's fb.   

Syabas dan tahniah!  You are all the best... 
Foto ihsan che mid's fb
Trend terkini pula sama ada di laman sosial spt FB atau di laman grup spt Wasep.  Berwasep jenuh.. sampai dah tak ingat anak bini.. leka loklak dok ngadap skrin hand phone dia saja.  Main copy paste ntah betui ke dak aih!!  Astaghfirullah hal azim..

Buat.... "keyboard warriors" sekalian! 
Khabarkan berita yang sahih sahaja. Jangan menyebarkan khabar angin.  Membuatkan perasaan resah bila membaca.  Mengadu domba, memfitnah dan segalanya.   Manfaatkan masa berkualiti dengan turun sama2 membantu sama ada dengan kudrat dan wang ringgit bagi yang berdaya atau hanya tak putus2 berdoa berterusan dari kejauhan .


Maka bersyukurlah...
Entri pembuka kata di tahun baru kiranya dapat membuka hati dan melembutkan perasaan pembaca sekalian untuk sama-sama membantu. 

Coretan cerita2 duka yang kita baca di dada akhbar dan laman sosial akan musibah melanda buat menghilangkan leka dan lelah membayangkan mangsa2 banjir yang kesedihan dan keletihan merenung air yang mungkin surut kekal atau mungkinkah akan banjir semula.. ( sambil duduk di bawah khemah di landasan keretapi).  Atap rumah pun tak nampak lagi. Kalau surut adakah rumahku tegak berdiri lagi tanpa dibawa arus deras... kasihan...  T_T


"Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek." -Solusi 19


Comments

  1. assalamualaikum dan singgah follow sini, bersangka baik semoga ada hikmah disebalik banjir yang ALLAH izinkan berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Nooriah.. Salam kasih.. will follow you too. TQ

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?