Thursday, 27 November 2014

She turned 15 today..

Assalam..

Sanah Helwah Kakak !!!

Kesayangan Nur Amira Najiha bersama ayah tercinta

Si manja kesayangan kami semua ini sudah remaja kini.  She turned 15 today!

"Terimakasih mak.. sebab lahirkan kakak" katanya dalam pelukan erat subuh tadi.  Terimakasih kakak kerana kakak sudi lahir dari emak.. hehehhe... 

Syukur Alhamdulillah kerana Allah swt telah mempertemukan kita.  

Doakan yang terbaik untuk kakak semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.. aaminnn

Gang bas sekolah  SMKTKU .. Good luck all!

Le Tresor Market

Petaling Street

Pencinta kucing yang sangat tegar..  Akan menangis berhari-hari kalau kucingnya mati

Nana.. sepupu sebaya tua sebulan

Ayer sepupu tak sebaya muda setahun

Isya adik sepupu yang muda 2 tahun 

Ms little Een adik sendiri .. roomate ketawa, menangis, menjerit dan bergaduh..
mood mak : sabar je la...  

Terimakasih kerana menjadi anak yang baik! Emak dan ayah senantiasa mendoakan kakak. Jadilah seorang muslimat sejati yang senantiasa dikasihi dalam rahmat dan keberkatan dari Allah swt.  

We love you forever till Jannah.. aaminnnn

Vroom..vroommm...



Tuesday, 25 November 2014

It was cold that night too in Oxford St

Assalam


Bye!! Selamat jalan!   entri #throwback

Berpamitan menghantar emak dan abang sekeluarga dari percutian mereka di rumah kami di Wolverhampton untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Ketika itu hati seperti dibawa pulang sekali bersama emak dan abang sekeluarga ke Malaysia.. T_T 


Ariff dan baby Tasya di antara sepupu2 kaklong selain dari Abang, Uz, Yai, Ijah (semua dah kahwin..) dan baby Tisha (mak anjang takde gambar korang) yang sudi menjenguk kami kala di perantauan satu waktu dahulu  di Heathrow Airport.  
Faruq dan Ariff kini. Ariff sekarang...jejaka fofular kata kau!  :D

Buat mengubat lara kami yang ditinggalkan, akhirnya alang-alang menyeluk pekasam (lalu di sini) kami terus singgah mengambil peluang "window shopping" kata Mat Salleh di jalan yang tersangat terkenal dan popular  di London iaitu Oxford St.
Deretan gedung perniagaan terkenal di Oxford Street.  Sekarang kalau ke SCM sebut sahaja Zara, H&M, Ms Selfridges dll segalanya semua ada seperti di Oxford St.  Namun "feeling" seperti di sana tentulah takkan sama.
Dulu.. Marks & Spencer adalah satu kemestian wajib singgah walaupun tak beli apa2 pun sama ada untuk makanan, fesyen mahupun barang2 peralatan rumah.  Kelas ... foto ehsan google

Suasana menjelang musim perayaan.  Sesak.. Apatah lagi bila tetiba sahaja ada "closing down sale .. Everything must go" lagi.  Tak terkejat! hahaha.. namun janganlah terpedaya.. "closing down sale" kebanyakannya  berjalan sepanjang tahun.  Namun tidak dinafikan apabila betul2 "sales" ramai yang menunggu berbaris sejak malam lagi dengan harapan keesokan paginya adalah orang pertama yang masuk ke gedung2 itu dan mendapatkan barang idaman dengan harga jauhhhhhhh.... sangat murah!.-foto ehsan google
Oxford Street! Katanya "syurga membeli-belah!" tapi seronoknya ber"window shopping" atau mencuci mata sahajalah seperti kami ini. Apa-apa pun bersyukurlah! Alhamdulillah.. :)

Oxford Circus is a London Underground station serving Oxford Circus at the junction of Regent Street and Oxford Street, with entrances on all four corners of the intersection. Wikipedia
Oxford Circus station atau juga dikenali sebagai "tube" ini merupakan stesen yang digunakan oleh ribuan shoppers untuk ke destinasi gedung membeli-belah  setiap hari di Oxford St.  Ia dibina pada tahun 1900 dan telah di up grade pada tahun 2007. Pemandangannya kini mungkin tidak sama seperti yang saya alami pada tahun2 1994 - 1997 dulu.  Wallah hu 'alam..
Street Entrance...  
Dulu2 manalah ada bengkung berikat ala2 indon bibik2 (baby wearer) tu nak ikat kaklong ni. "Piggy back" atau panjat belakang ayah ajelah kalau dah penat tu.  Stroller pun tak muat nak isi dlm kereta sebelumnya kerana telah dipenuhi dengan banyaknya bagasi.
Suasana petang yang sangat sibuk di Oxford St. Sebenarnya hari belumlah malam lagi tetapi matahari telah jatuh sekitar pukul 4 petang. Setakat dokong kakngah yang seorang tu.. mak larat sahaja tak perlu carrier.. :p
Mat salleh kata "Damn cold night! ".  Memang sejuk sangat.. kita haruslah memanaskan badan dengan beraktiviti melekat diantara satu sama lain. Kan kak ngah? ish.. ish..ish.. haa.. 

Sedikit cerita "enter frame" ketika di sana.  Pada tahun 1994-1995 kami telah terkejut kerana menyaksikan salji yang paling teruk sehingga setinggi 40cm melanda seluruh UK.  Dengan keadaan buruk dengan ribut taufan lagi.. sekolah2 merata telah di tutup selama seminggu di sana. Nanti kita cerita di entri yang lain pula detik pertama kami berkenalan dengan salji dan Santa Claus pula ya. Sabar naaa...  :)

Did you notice the date on the right bottom of the photo?

Actually the date was 25th Nov 1995 ~ the same date as today 25th Nov 2014.. and also the same date as my late arwah abah passed away 20 years ago on 25th Nov 1994.. Al fatihah untuk arwah abah. 


Rindunya pada arwah abah... (melayan perasaan ini sambil menaip)

Indahnya kenangan 

Untuk anak-anak emak dan anak-anak semua yang berada jauh di perantauan di mana-mana yang cuacanya tersangat sejuk, jagalah diri baik-baik ya.. pakai thermal vest, baju tebal-tebal, sarung tangan, stokin kaki jangan lupa.. kasut yang bertahan apa cuaca seperti Doc Marten kalau yang mampu apa salahnya.  Boleh pakai lama.   Eat well, sleep well and keep healthy.

Ingat Allah swt selalu.. Allah swt akan ingat pada hamba-Nya ini dimana sahaja kamu berada. Kami sebagai ibubapa memang telah menitipkan kamu semua kepada-Nya.

Prof Dr Muhaya katanya
Ibu bapa sekelian cuba renung didik anak untuk apa. Jika untuk kebanggaan dengan pencapaian bersedialah untuk tertekan dan bermasalah. Jika kerana Allah menjadikan mereka ahli syurga insyaAllah dapat ketenangan.


Verdict : InshaAllah.. peringatan pada diri sendiri


Tuesday, 4 November 2014

Berdua di Best Western lagi ;)

Assalam

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ayang!
#Entri dedicated untuk mr hubby tercinta

Dipelawa untuk ber"honeymoon" ke Best Western Premier Sentral Dua kali ini janganlah sekali2 ditolak. Pelawaan dari si dia yang senantiasa sibuk.

Buat menghilangkan lelah, marilah kita pergi berehat.  Melupakan kesibukan seharian yang tidak akan ada akhirnya.  Berdua sahaja?  Berdua kan lebih baik...  #winkwink

Check-in
Sila tekan remote TV.. nah! Warmest Greetings from Best Western Premier
Deluxe Suite.. ada dua katil Queen size rupanya. Kesal juga tak bawa ms Little dan cik kakak. Jangan nak nyesal sangat.. ni advanced surprise for mommy's  and not yours... :p
Suka hatilah nak ambil gambar air..
Dari sudut mana pun.. hahaha
Fridge kali ni ngak ada freezer.. hmmm.. takkan nak buat ice cream Malaysia kot
Compliments tea coffe pun ngam ngam untuk dua orang sahaja..
But i really like the bathroom.  Ada dua sinki dan two rooms untuk shower dan toilet walaupun tanpa bath tub. Ada privacy dan tak rebut2 nak guna sinki dan toilet. Maknanya bak kata ustazah " Pilih sinki sorang satu.  Kalau kotor.. hangpa cucilah sinki hangpa sendiri.. " Tak gitu?  Thanks ustazah di atas pencerahan ... <3
Dan i memang adore cermin dan hair dryer cenggini untuk rebonding jambul.  Mr hubby pls take note!
Ish.. ulang tayang katil lagi.. Dah kenapa? hahhahahahahhaha
Oooooo... suruh cari barang tersembunyi di atas katil.  Ialah treasure hunt Jalan 3 hari tu tak menang apa.. (mana nak menang, belum apa2 dah quit!)
With love and sign by yours truly lagi.. 
Terima kasih Ayang... i really really like it! MashaaAllah.  Apa? Nak tau apa hadiah si dia? aahaaaa.. kasi pantun teka-teki sikit ya.  " Ular melingkar di pokok ceri. Terkejut melolong hilang suara.  Apa melingkar di tangan kiri. Brand Poh Kong ala ala Pandora?  " Jawab.. sila jawab!
Morning uols.. Assalam.  Breakfast in bed sahajalah sambil ngadap handphone.  Nak balik cepat nih.  Anak2 dan emak yang di tinggalkan di rumah.. breakfast apa hari ini agaknya.    

" Kami breakfast roti canai abang beli lepas balik mengaji tadi.  Wan dah sarapan dan kakak dah siapkan wan... " kata cik kakak via phone. Wahhh... dah boleh diharapkan.  (Kalau tahu .. dah sampai Bali dah mak... hehhehe.. over mak kamu nih!)  Anyway, alhamdulillah... terimakasih anak2! <3 <3

Special Thank you :  Thanks to my sister, abang JO dan anak2 Icha dan Shakir yang sanggup menemankan mereka yang ditinggalkan semalaman walau pun terpaksa balik lewat3 malam. Appreciate it so much.. love you all!

Apa lagi.. mari balik.  Gantung apa yang patut..

Susun sikit apa yang nak di susun
Scenery luar tingkap.. stesen keretapi, bangunan Daya Bumi, KL tower pun nampak.. Scenery malam takde.. malamnya hujan. 
Bangunan lama ~ sentiasa di hati
Corporate support.. i suka


Special dedication untuk mr hubby yang tercinta. Terimakasih di atas hadiah istimewa buat menghilangkan lelah sepanjang tahun. Thanks for a lovely night. Jalan2, makan2 cuma sorry .. mood takde nak tengok wayang. Peace.. V

Thanks for all this sweet surprise. Nampak garang, misai melintang.. tapi dalam hati ada taman sepadang.  So sweet of you...  <3

Anyway, hanya Allah swt sahajalah yang dapat membalas semua kebaikan yang diberikan ini. Semuanya kerana Allah... hanya Allah.. aaminnn..
Doakan semua yang baik2 untuk kami berdua. 

Aaminnn
Verdict :  Kunjungan ke Best Western kali ini sedikit mengecewakan kerana belum apa2 lagi... remote TV dah kong.. sampai siap panggil technician dalam bilik.  Ingat TV dah rosak.  Apa kes! Lepas tu naik atas weighing scale..tak bergerak pun angkanya.  Takkan dah kurus like a feather kot.  Tekan torch light.. tak menyala. Black out kah? hahahha... tak black out, in case kalau hotel black outlah!  

Pergi ke garden and swimming pool esoknya untuk menggamit memori lama ketika Best Western baru dibuka satu waktu dulu.. auww! oh no! dah nampak "wash out" suasana santainya walaupun masih ramai yang melepak seperti dulu. How times flies.  SubhanAllah..    

#throwback
http://touch-down-norehanayat.blogspot.com/2013/04/honeymoon-di-best-western-premier-dua.html

My favourite photo.. " my man " tajuknya.. hahaha  #throwback
Moral of the story :  Akibat bateri remote TV, bateri weighing scale, torch light dua tiga biji yang tidak di periksa dan di ganti.. mood 1/2 hilang. Gara2 bateri!  Mujur ada surat khabar pagi dihantar di depan pintu.. membuatkan hati sedikit lega. Dan jangan lupa untuk ke "meeting room "nya. Bukan untuk bermesyuarat ya tetapi untuk melihat koleksi  foto2 travel  yang menarik yang dipamerkan di sana buat santapan mata dan minda. 




Kata si dia ~ "Masa kita baru berkahwin dulu, kurang berkesempatan nak bawa kemana2 kerana asyik bekerja, bekerja dan bekerja serta asyik menyimpan demi tanggungjawab pada semua. Kini bila anak2 sudah besar panjang dan bernafas sedikit lega.. kita ambillah kesempatan ini untuk menggembirakan yang tersayang dan sama-sama berkasih sayang "

Mode : Terharu.. sob sob sob <3

Till we meet again..  Happy 24th anniversary!

ALHAMDULILAH