Posts

Showing posts from October, 2014

Kalam Jamaie!

Image
Assalam Entri mengakhiri Oktober dengan kejayaan Ms little dan  rakan2nya menjuarai pertandingan Kalam Jamaie peringkat Kebangsaan 2014 adalah satu memori yang teramat manis bagi mereka. Alhamdulillah... satu kejayaan! Kontinjen Selangor yang diwakili oleh murid-murid SK Klang Utama, Klang telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Johan Kalam Jamaie Peringkat Kebangsaan 2014. Sila layari you tube oleh Wan Zayu Wan Yusof di atas untuk menghayati kejayaan manis mereka. Untunglah yang memahami Bahasa Arab.  Dan untuk yang kurang mahir.. cukuplah setakat kita tahu ada terkandung banyak doa di dalam bicara ini.  Ia mengisahkan tentang cita-cita di masa hadapan katanya. Kalam Jamaie ialah bicara berirama di dalam Bahasa Arab atau lebih dikenali sebagai "choral speaking".  Jazakallah khayran kepada para ustazah yang berhempas pulas melatih pelajar2 seramai 25 orang ini yang terdiri dari pelajar2 Tahun 4 dan 5. Para ustazah

Cambodia : Kembara Nur Iman Merentas Sempadan

Image
Assalam Pertama kali merayakan Aidil Adha tanpa encik suami di sisi pada hari raya korban yang lalu.   Memanglah hiba bunyinya.   Ada dengar tak bunyi hiba? huhuhu..  Mengada-ngadalah tu. Bukankah sering ditinggal-tinggalkan.  Encik suami memang selalu berkelana merata dalam  urusan kerja-kerja rasminya mahupun kerja-kerja sukarelanya.   Kali ini berpeluang membantu dan melakukan sendiri ibadah korban di Kemboja atau Cambodia adalah umpama mimpi yang sudah menjadi kenyataan baginya. Alhamdulillah.. Begitu teruja sekali penduduk-penduduk Kg Ampil yang terdiri dari warga Melayu Champa menanti dan meraikan kedatangan para sukarelawan dalam misi kembara merentasi sempadan ini. Encik suami bersama sebahagian dari sukarelawan yang menyertai misi ibadah korban di Kemboja Ikan patin bakar (standard Jerantut mari) dicicah bersama air asam di antara juadah  makanan tengahari yang disediakan.   Kembara Nur Iman merentasi sempadan yang di adakan pada 3 - 7hb Okto

:3

Image
Assalam Mode : Hidung kembang kempis feeling macam ms little masa 11 tahun sambut birthday ... hahaha.. over mak hang ni haihhh! Alhamdulillah. Semoga umur yang panjang ini dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan dari Allah swt.  Terimakasih semua untuk yang memberikan ucapan dan mendoakan ... aaminnn.  Mode: Perasan retis... hihi :p Terima kasih kaklong... thanks for the lovely cake <3 Rasanya seperti baru semalam sahaja melewati usia muda.  Amboi! perasan semalam masih muda.   Resepi rahasianya dah tak berapa nak menjadi kot.. #kurengggg sedap! Family dinner cum celebration.. thanks luv! Hampir sebulan bonda tak ke mana-mana hanya duduk baring di rumah sahaja. Alhamdulillah.. kali ini digagahkan kudratnya untuk turut serta makan malam di luar bersama-sama.   "Nak pergi London ke ni?" katanya setelah dipakaikan "sweater" tebal buat menghiasi dan melindungi tubuhnya yang "fragile" dari gigitan angin yang dingin.  Hmm.. nosta