PYO strawberry at Essington Fruit Farm

Assalam..

#throwback

Amboi! hari2 ber "pavlova" kita.   Pavlova ini sebenarnya "berhantu" jika kita memiliki "sweet tooth".  Dah habis licin licau.. rasa nak2 saja lagi. Almaklumlah ada anak dara dah balik.. 2 hari sekali boleh buat lagi...  ;) 

Dan pavlova yang manis itu paling enak jika dimakan bersama buah strawberry atau buah kiwi yang masam itu.  Ini citarasa tekak saya ya.. jangan terpengaruh pula.  Juga hari itu terlupa nak dedicatekan ucapan terima kasih kepada kaklang Wani dan kakchik kerana sudi buatkan Pavlova untuk kami.  BIG thanks! Dan sangat teruja sampaikan mak anjang terlupa nak ambil gambar pavlova nya...sedar2 dah habih  :(


Cair... kiwi + markisa @passion fruit.  Foto ihsan google

Foto ihsan google

Untuk yang gemar makan buah strawberry, marilah kita ke Essington Fruit Farm yang terkenal di Wolverhampton berkeluasan 50 ekar ini untuk memetik sendiri buah2 strawberry yang sedang masak ranum ini.  Di ladang ini juga terdapat lebih 30 jenis tanaman buah2an dan sayur2an lain yang boleh dipetik mengikut musim.  Dan hari ini satu waktu dahulu,  buah2 strawberry memang sedang bermusim dan siap menanti kunjungan kita untuk di petik.  JOM! JOM...
Dari kiri ialah Hana, kaklong, kakngah dan  Iin. Hana dan Iin ialah anak2 jiran  kami.  Kini Hana masih menuntut di US dan Iin telah bergelar seorang doktor perubatan setelah menamatkan pengajiannya di UK tidak lama dulu.  JOM PYO! 
Get ready dengan bakul masing2
Whaah! nak start petik kat mana dulu ni .. rambang mata.  PYO lah apa lagi.  Hmm.. apakah maknanya PYO itu?  PYO itu ialah short form untuk "Pick Your Own" strawberry.. Oh! ya ke?

Merah-merah dan besar buah strawberrynya

Kakngah pun pandai PYO juga
Bakul2 hampir penuh

Akhirnya.. menikmati habuan setelah sepagi memetik strawberry.  Amatlah berbaloi dengan kadar bayaran masuk 5 Pound Sterling seorang. "Eat as much as you can while you can means eat as much as you can while you were there." Maksudnya kalau nak bawa balik barulah mereka akan timbang buah2an itu dan dikenakan bayaran.  
Yummeh... cicah dengan krim dan yogurt pun sedap

Essington Fruit Farm opening hours
Farm shop
Farm shop &
pick your own
9        - 5pm Tues - Saturday
10  - 5pm Sunday

Country kitchen and tearoom
Country Kitchen
& tea room
11am - 3pm Tues - Fri
9am - 3pm Saturday
11am - 3pm Sunday

Recipe : Strawberry Pavlova
For the meringue
4 egg whites
250g caster sugar
1 tsp vinegar
1 tsp cornflour
1 tsp vanilla extract
For the topping
500g strawberries, hulled and halved
200g redcurrants, stalks removed
3 tbsp icing sugar
350ml double cream

Method
Heat oven to 150C/130C fan/gas 2. Using a pencil, mark out the circumference of a dinner plate on baking parchment. Whisk the egg whites with a hand mixer until they form stiff peaks, then whisk in the sugar, 1 tbsp at a time, until the meringue looks glossy. Whisk in the vinegar, cornflour and vanilla.
Spread the meringue inside the circle, creating a crater by making the sides a little higher than the middle. Bake for 1 hr, then turn off the heat and let the Pavlova cool completely inside the oven.
When the meringue is cool, chop 100g of the strawberries. Mix them with half the redcurrants and 2 tbsp icing sugar. Place in a food processor, blitz until smooth, then push the fruit mixture through a sieve. Whip the cream with the remaining icing sugar and spread it over the meringue. Put the remaining fruit on the cream and finally pour the sauce over the whole lot.


Recipe from Good Food magazine, August 2010

Goncang pokok epal pulak.. nak buat pie epal ?
A stunning centre piece for any party.  Mashaallah..
<3 <3 <3 STRAWBERRY

Comments

  1. Jarang dapat makan Pavlova ni sis.. sebab kak mmg tak reti buat lagi..hehe.. seronok nya kutip strawbery tu.. lepas kutip makan..fresh dr ladang kan... kenangan manis..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aTie.. akak pun blom pnh buat Pavlova ni.. anak dan anak2 buah yg rajin buat. Lecehnya lame sgt nak bakar dlm oven. Makannya x berapa second dh habih.. :(

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?