Manja Lara yang dah tak manja lagi..

As salam

Semoga semua "pembaca sunyiku" di blog saya yang selalu sepi ini berada di dalam keadaan sihat wal afiat.  Aminnnn ..  

Doakan emak saya juga ya.. emak  batuk2.  Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada emak.  Aminnn  :)  

Sedar tak sedar, sudah memasuki bulan September kini.  Trial SPM pun telah bermula begitu juga dengan pra trial PT3 dan mungkin tak lama lagi UPSR pula.. STPM juga.  Semoga semuanya dipermudahkan. Berusaha pasti jaya.  Tak berusaha.. tarik nafas hembus nafas sahajalah... hhhhuhhh... jangan mengeluh dan menyesal di kemudian hari nanti.  Jangan menangis juga..  T-T


Suka-suka hati sahaja nak tukar nama blog.. katanya.  Amboiiii!  suka hati sayalah.  Manja Lara kini dah tak manja lagi.  Kenapa?... Kenapa mama????  kerana .. kerana sel-sel otak kita saling berhubung.. hehehe..ke situlah pulaknya. Ini bukan iklan susu kat dalam TV tu.   Sebenarnya...... sebenarnya saya isteri dia!  hahaha.. eh eh eh.. ke sinun drama Tiz Zaqyah dan Izzue Islam lah pulak. 

Bosan tahap serius asyik baca nama "Manja Lara" yang kalau diterjemahkan dalam bahasa omputih menjadi "spoiled child a.k.a spoilt brat".. hadoi.. hahaha... over lah pulak bila di gelar "spoiled brat" ek..   apatah lagi bila dah menginjak usia sesenja saya ini.. hihihi.. nasib masih sedar diri! 


Alhamdulillah.. muhasabah muhasabah.. astaghfirullah hal azim





Translations into English:

  • pamper   
    (Verb  ) (verb   )



    to treat with excessive care, to indulge



  • spoiled   
    (adjv   )
Automatic translation:
child



Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?