Selamat ulangtahun abang!

As salam

Salam Jumaat .. salam Nisfu Sya'ban  

Hari ini 15 Sya'ban 1435H.   Hari lahir abang. Alhamdulillah.. 

Abang dilahirkan pada hari Jumaat 13hb Jun 1997 bersamaan 7hb Safar 1418H, 17 tahun yang lalu.  "Friday the 13th" kata omputeh...  

Dialog drama abang menjelang 1 hari, 2 hari sebelum hari lahirnya :-

Abang :  Hari Jumaat ni hari apa?
Ms little dan kakak buat tak tahu aje..
Abang :  Mak.. hari Jumaat ni hari apa?
Adoi.. mak pun mula2 buat tak tahu aja.. hahahha.. sajerrr!

Abang :  Korang.. hari Jumaat ni hari apa?
Kakak :  Hari Jumaat.. penghulu segala hari
Ms little :  Pergi solat Jumaat
Emak :  Nisfu Sya'ban..

Hehehe... macamlah kita tak tahu hari ni hari apa kan?  Kan...
Ayah bersama abang dan juga koleksi gambar2 abang semasa bayi  yang dijadikan bahan pameran semasa di University of Wolverhampton ..  pada 20 Sept 1997 lama dulu
Abang ketika berusia 5 bulan
Abang lahir jauh di perantauan.  Ketika itu semasa emak menjalani pre-natal check up di klinik mahupun di hospital di sana, sampai dah nak bersalin pun doktor dan jururawat tidak akan memberitahu kita jantina apakah bayi kita itu.   Ya.. ini kisah benar 

Namun tidaklah menjadi masalah kepada kami pula.   Katanya ia adalah untuk mengelakkan masalah pembuangan dan pengguguran janin yang berleluasa di Britain ketika itu akibat jantina yang diharapkan tidak menepati impian mereka. Astaghfirullah hal azim...  

Bagi emak setelah mempunyai dua orang anak perempuan tentulah berangan juga untuk memiliki seorang anak lelaki.  Namun hanya berdoa dan berserah kepada Allah swt .. kami pasrah! 
Teguhkan imanmu
Abang bersama  Sham Kamikaze. Mashaallah.. kagum dengan anugerah Allah swt dari  petikan gitarnya 
Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya” ... 


Doa Mohon Istiqamah Dalam Taat & Beribadat. 

Doa Rasulullah SAW di akhir solat, sebelum salam: 


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ. 
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari sebarang jenis dosa dan bebanan hutang”.
Doa memohon agar ditetapkan iman (di akhir solat dll) 


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ 
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”
Doa memohon agar terus beristiqomah 


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ 
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.
Doa Mohon Tetapkan Pendirian 

اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآَخِرَةِ 
Maksudnya: Wahai Tuhanku, Teguhkan aku dengan perkataan yang teguh di dunia (La ilaha illallah) dan di akhirat (sewaktu disoal dalam kubur).

Peringatan kepada diri dan anda semua..



SELAMAT ULANGTAHUN ABANG!

Comments

  1. Besar dah sibujang sorang tu..wali pada kakak dan adik kalau ayah dah takde nanti...

    ReplyDelete
  2. Inshaallah.. itulah harapan kami.. aaminnn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?