Sabah ~ Misteri di sebalik jari pengantin

As salam

Masih lagi di Sabah.  Pagi terakhir kami di Kota Kinabalu diakhiri bukan dengan bermalas-malasan di atas katil hingga meninggi hari tetapi menjelang dinihari kami berdua telah pun terpacak di pasar basahnya.  

We went to a wet market... we went to a wet market.  Pasar Besar Klang yang di hadapan mata pun tak rajin nak pergi katanya haaha.... tapi kali ini kami ke sini adalah kerana menunaikan satu misi.  Apa lagi..  misi pencarian udanglah

Katanya.. tak lengkaplah kalau ke Sabah jika tidak membawa balik udang.  Pesanan khidmat masyarakat kepada penggemar udang tegar kerana Sabah juga dikenali sebagai ladang ternakan udang. Betul ke ni.. :)

Kata pepatah "ada udang di sebalik batu" , kata bebudak pula "ada udang di sebalik mee" tapi kata saya "ada udang di sebalik jari pengantin baru" pula.  Pengantin yang mana satu ni.. hai cik pengantin.. you know who you are! hihihi  .. :p
Kebanyakan pembeli telah mula memenuhi pasar basah ini se awal pagi2 sebelum subuh lagi

Hasil tangkapan laut 
Pencarian udang pun bermula
Suasana pagi yang sangat indah.  Sinaran mentari pagi mengintai  indahnya ciptaan tuhan sambil mencuri lihat akan hasil alam yang dijadikan tawaran untuk habuan perut manusia. Alhamdulilllah.. semuanya hanyalah milikMu Ya Allah
Teriakan tawar menawar untuk menarik hati pelanggan amatlah mencuri hati. 
Apa itu?  ikan .... ikan berbulu?
Apa itu? Siput..  siput gondang kah?
JOM jenguk pasar!
Maaflah .. jika ilmu pengetahuan tentang nama-nama ikan dan hasil tangkapan laut yang dijual di sini amatlah cetek bagi saya.  Actually my wet market things are all done by mr hubby.  It's a true story.. setelah lebih 20 tahun kawen, memang encik somi yang selalu sopping2 di pasar basah nih.  

Setakat ikan cencaru, ikan kembung, ikan senangin, ikan kerisi, (ikan rakyat marhaen seperti saya) ikan terubuk masin Sarawak, ikan jerung, ikan paus dan ikan duyung tu semua orang tahulah kan.. kan?? 

Bila dah kawen.. barulah saya tahu bezanya antara ikan kembung dan ikan selar, ikan duri dan mayong, ikan keli dan sembilang, ikan yu dan jerung.. amboi.. lebih2lah pulak..kakakka..  thanks mr hubby for all the knowledges. JOM kita tengok foto2 "once upon a morning in KK wet market" ini ya..   

Ada yang sudah tergoda
Menarik sangat teksturnya..  so let us enjoy viewing!





Pencarian udang pun bermula.  Ada berbagai jenis udang.  Sebut sahaja.  Udang putih, udang merah, udang minyak, udang bemban, udang geragau, udang galah, udang kuning, udang kertas, udang kara, udang lipan, udang harimau, udang hari-hari mau pun ada... gagagaga... 

Harga bergantung kepada jenis-jenis udang.  Ada udang yang murah dan ada yang mahal. Bergantunglah kepada isi dompet encik somi semua ya...







 Tips penting untuk yang berhajat membeli dan membawa pulang udang-udang segar dari Sabah ini :-

  1.  Pastikan membeli udang basah ini pada waktu pagi jika tiket perjalanan pulang anda adalah pada waktu tengahari. 
  2.  Jika jadual perjalanan anda adalah di sebelah malam, sila pastikan udang-udang itu dibawa pulang dulu kerumah saudara kita En Azman di Lembising untuk digoreng oleh isterinya Puan Dayang Azizah "for gather2 lunch" sebelum balik semenanjung.. hahaha... good ideakan..(amboi posa-posa ni terliur pula bila terbayangkan udang goreng kunyit dek non oi!!!)
  3. Terdapat kedai-kedai runcit berhampiran pasar yang menjalankan servis pembungkusan.  Sila nyatakan penerbangan kita sama ada via MAS, Air Asia dll.  
  4. Untuk penerbangan tambang murah pastikan bungkusan tidak melebihi 5 kgs setiap seorang. Tak faham?  Mudah cerita seorang boleh bawa dua barang sebagai hand luggages so takkanlah anda travel seorang diri nak bawa lima kotak udang @5kgs kan.. haruslah dimasukkan ke dalam kargo dan kalau dah masuk kargo taklah jadi penerbangan tambang murah lagi kan.. Masih tak faham? Xtra luggage.. kenalah bayar xtra.  
  5. Untuk penerbangan yang tak murah pulak.. sekotak 10kgs takde hal punya.  Harap anda faham.. hihihi.  
  6. Udang-udang yang di pek dengan kotak bergabus yang dipenuhi dengan ketulan ais itu akan bertahan selama 8-9 jam seperti yang didakwa.  Verdict:  Memang tahan.. it's a true story! 
Beratur ..  harus sabar menunggu giliran
Perkhidmatan yang cepat dan cekap


Apabila siap ia akan dimasukkan ke dalam kotak kertas untuk memudahkan kita membawanya ke lapangan terbang
Cadangan masakan untuk gulai hari ini.. ummph!
Sodap ba itu... butter prawns
Lauk udang pengantin puan Fara
Lauk udang pengantin Abanah 
Jemput datang ke Sabah bah.. Udang karang!  foto ehsan  google ~ pemburu sepit biru
"Obstacles on our path are some of the tests of life. They make us stronger, better people and open up doors we had never imagined "~ Mufti Ismail Menk

HAPPY FASTING

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?