As salam
Amat teruja kami berlima memulakan perjalanan untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Hamboih... Bukan menawan ya. Merangkak naik! alamaak!!
Namun kenalah tengok "check list" dulu mana-mana yang boleh singgah tu kita singgah le dulu. Di sebabkan tersilap lokasi dan jambatan besi putih disangka Jambatan Tamparuli maka kita teruskan dulu perjalanan.
Dalam perjalanan melalui laluan utama ke Kundasang dan Ranau itu kami singgah dulu ke "The Upside Down House of Borneo" yang terkenal itu.
Ia adalah "Rumah Terbalik" yang kini menjadi salah satu tarikan pelancong untuk ke Sabah dan menjadikan ia di antara yang tersenarai di dunia seperti "Rumah Terbalik" di Poland, German, Japan, US, Spain, dan Austria.
|
"The Upside Down House of Borneo" ~ Bumbung di bawah, lantai di atas. Tunggang terbalik! |
|
Alkisahnya bagaimana di ceriterakan rumah ini terbalik ialah kerana ia ditendang oleh anak tuan rumah yang tersangat nakal sehingga rumah ini tunggang terbalik apabila permintaannya tidak dipenuhi oleh kedua orang tuanya .. kok ceritanya seperti sinetron "Tangkuban Perahu" lah pulak di Indon tu. wallah hu'aklam.. ops! gambar sekadar hiasan |
|
I'm here. Lihat di belakang sekumpulan pelawat beratur untuk masuk ke dalam rumah. Rombongan di bawa masuk secara berperingkat kerana keluasan rumah yang tidak boleh menampung pelawat yang ramai sekali gus. Bayaran masuk ialah RM10 seorang untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Bukan percuma ya!
|
|
While waiting for our turn |
|
sekejap lagi kita masuk ya |
|
Kakak |
|
snowman pun terbalik |
|
sambut jangan tak sambut ~ The santa is coming to town
|
|
Badang.. |
|
Kalau nak angkat kereta kena angkat macam ni.. |
|
Arghhhh... beratnya! Aksi pelakon tambahan terbaik.. hehheh |
|
Chrismas - snow flakes is all over the place |
|
Kena pukul gong dulu untuk memulakan acara masuk rumah, "DANGGGGG" |
|
Oh my.. belum cukup kuat yang! |
|
DANNNGGGGG!!! Ada peraturan untuk masuk ke rumah terbalik ini iaitu tidak boleh mengambil gambar dan bergambar di dalamnya. Namun apa ada hal.. dengan penggunaan "spy pen" anda boleh merakamkan apa sahaja. Ops! kami tak rakamkan apa-apa ya... shhhhhhh!
Di dalam rumah ini terdapat ruang tamu yang luas membawa terus ke dapur. Terdapat kamar tidur dan tandas. Semuanya dalam keadaan tergantung dan terbalik dan perabotnya terdiri daripada kayu dan suasana seperti di zaman 70-an. Retro kot! Bayangkan almari, fridge, dapur memasak, pinggan, cawan, gelas dll sumenya "upside down". Juga pastikan untuk masuk ke kamar tidurnya kerana di sini dilekatkan cermin besar di lantainya supaya kita dapat melihat suasana kamar yang sebenar tanpa tergantung. Awesome view! And.. no photo please... |
|
Beginilah gambaran suasananya. Gambar ihsan Google
|
|
Gambar sekadar hiasan. Insan dari Google |
|
Taman yang terletak di luar juga mempunyai bunga-bunga tergantung terbalik |
|
Orkid terbalik |
|
Nice.. |
|
Cuci.. jangan tak cuci bang! |
|
Sila basuh .. kepala pun boleh! |
|
Jaga-jaga! Takut ada yang jatuh atas kepala |
|
Terdapat cafe dan juga souvenir shop di bahagian belakang. Jangan lupa untuk membeli poskad dan fridge magnet sebagai ole-ole. This item is laser-crafted on natural wood veneer. Sangat cantik cuma RM12.90 sahaja |
|
Ayah dan ms little |
|
Emak dan kakak |
|
Pintu masuk |
Dititipkan foto-foto rumah terbalik yang ada di dunia sebagai santapan mata seperti tertera di bawah. Kesemuanya ihsan dari google dan bukan kepunyaan saya. Enjoy..
Kalau yang berkesempatan ke luar negara seperti Poland dan Germany tu jangan lupa melawat "The Upside Down House" ini ya!
Cukup sampai di sini.. berjumpa lagi di entri lain dalam misi menawan Gunung Kinabalu jalan-jalan di Kinabalu Park dalam entri ~ Boleh Bah Kalau Kau Part 2.
Jangan lupa juga klik iklan-iklan yang lalu-lalang di atas ya! Ehem.. takkan nak bace "free" aja.. hahhaha.. anyway terimakasih kerana sudi membaca
|
Un-sung Places! Jambatan besi ku sangka jambatan Tamparuli.. kakaka.. un-sangkerabel betul |
SAMPAI KETEMU LAGI
wahhh..bestnya....
ReplyDeletesya yg orang Sabah ni pun belum pernah sampai di Rumah Terbalik ni kak..:)
Atie kenalah bawa si comel Tumpis tu jalan2 ke sana.. mesti dia seronok tengok semuanya terbalik
Delete