Sabah - Boleh Bah Kalau Kau!

Assalaam..


Sabtu lalu mr hubby berlepas ke Sabah.  No.. no.. no... bukan pergi surfing or diving ya.  Pergi kerja!

Sabah? Whaa.. dah lama nak menghabiskan cerita tentangnya.  Mari kita bercerita.  Selalunya BLOGGER akan menulis tentang Pasar Sunday Gaya (brooch murah gilerrr wa cakap sama lu!), pasar besar basah di KK ( the prawns),  pasar Philiphine ( beli fridge magnets aja), pasar Nabalu lah (kain batik bercorak etnik Sabah),  pasar Karat lah (ini kan di Penang) , pasar Satok dan Serikin lah ( eh.. terubuk masin ni bukan ke di Sarawak ) , pasar Kampuchea lah ( haa..Parit Buntar).. Wakaf che Yeh le (gapo dio ni??)  Is that true?

Hmm... tak kot.. mereka akan menulis tentang rumah terbalik, jambatan Tamparuli, naik ke kaki bukit Gunung Kinabalu, ke ladang lembu yang ala-ala dairy farm di NZ tu, melihat air menari berirama di Tg Aru, ke rumah sahabat lama Azman dan Dayang di Lembising, merendam kaki di Hot Spring Poring lah (untuk tayang kaki yang gebu dan berbulu tu), naik steam train lama North Borneo yang mahal  tu ke ,  melihat bunga Rafflesia terbesar di dunia tu tapi kena bayar RM20 seorang ke hapa dll.

Actually saya telah list-down tempat yang patut di lawati jika datang ke Sabah spt yang di rekomenkan oleh seorang blogger Mr Murphy @ Tadpole.  10 top destinations are
  1. Gunung Kinabalu
  2. Lembah Danum
  3. Kapalai Island
  4. Klias Wetland
  5. Poring Hot Springs
  6. Tawau Hills Park
  7. Sipadan Island
  8. Sepilok Orang Utan
  9. Kinabatangan flood plain
  10. Sapi/Manukan Island
MashaAllah.. beneran nihh? Kena bercuti sebulan kot kalau nak cover sume yang di atas tu. Sesiapa yang benar-benar "free" tu..silalah follow list di atas 

Actually this is our list..
  1. Diving/Snorkelling at Tunku Abul Rahman Park
  2. Sunday Market Gaya Street
  3. Poring Hot Spring
  4. Signal Hill
  5. Tanjung Aru beach
  6. Kinabalu Park
  7. Rafflesia
  8. Rumah terbalik
  9. InshaAllah.. visit niece / old friend
  10. Beli udang ..haaa? serius?? serius lerrr!



Kak lang Nurul Syazwani Harun on the diesel train otw ke Papar.   "Antic" juga suasananya namun all the readers yang akan ke Sabah should book a ticket for North Borneo steam train..  The fee is RM290 for an adult kalau tak silap. Whhaaat? Best!!.. *sila google untuk itinerarynya.  
Dan dinasihatkan tidak memakai pakaian berwarna putih sebab enjinnya menggunakan kayu sebagai bahan bakar, bukan apa cuma takut baju berjerebu .. haa.. acah aje!  It will bring back the old memories down the lane.. 

Di pasar Ahad Gaya.. murah-murah belaka membuatkan abang dan kakak rambang mata tetapi tak sempat nak berlama kerana kami telah "booking" trip ke pulau di TAR Park

Pasar ini sangat dekat dengan hotel kami iaitu Hotel Best Western Kinabalu Daya.  Mr hubby sudah bagi tahu tapi saya buat tak tahu.  Kalau saya buat tahu.. pagi-pagi buta lagi saya dah terpacak ke situ.  Ia dibuka dari pukul 6 pagi hingga 12 tengahari sahaja.  Macam-macam ada i tell you!  Terutamanya fridge magnets yang beraneka.. namun ada kalanya coraknya sama seperti di Sarawak cuma bertukar nama negeri sahaja

Banyak betul pilihan brooch di situ tetapi jikalau ingin membeli set sepersalinan serba berdiri mutiara Sabah yang terkenal itu pergilah ke "House of Pearl" yang original.  Mak tak mahu kamu tertipu nak!  Kerna mutiara yang dijual disana "most of it, not a real pearl but just an imitation.. not last long" kata omputih!


Brunch bersama kaklang di Restoran P Ramlee katanya "dululah.." Lupa plak apa nama restoran ni sekarang.
P.Ramlee ~ trade mark the legend

JOM! tengok bunga Rafflesia pula

Bunga terbesar di dunia kot!

Whaa.. natural habitat katanya.  Last-last nak masuk tengok, kena bayar RM20 se kepala bang! 

Verdict : kata natural habitat.  Bukannya dorang tanam pun.. bunga hidup sendiri whaat.. ops! dah bunga tumbuh kat tanah dia orang.  Private property lah..  Nak masuk tengok kenalah bayar... hmm.. baik tak payah! RM100 = 5 orang .. mcm tak logiklah pulak
Namun akhirnya lewat senja barulah kami dapat membawa anak-anak ke tempat yang murah untuk melihat Rafflesia ini.  Caj untuk masuk ialah RM10 (sebab hari dah gelap kot.. heee) tetapi dengan teknik tawar menawar ala-ala purchaser kat Clipsal tu dapatlah masuk dengan rege RM5 seorang.. kih! kih! kih!  bukan kedekut ya.. tetapi berhemah.

Bunga Rafflesia.  Mengambil masa 15 bulan (setahun lebih) untuk berputik tetapi akan berbunga dan berkembang tak sampai 7 hari sahaja lamanya.. katanyalah

Menunggu nak kembang.. lama gilerr kot! SubhanaAllah.. keajaiban ciptaan Allah swt

Besar kan bunganya

Sedikit tentang bunga yang terbesar di dunia ini yang saya copy-paste dari link ini

 http://www.virtualtourist.com/travel/Asia/Malaysia/State_of_Sabah/Kota_Kinabalu-1281089/Things_To_Do-Kota_Kinabalu-Rafflesia-BR-1.html


Rafflesia - the world's biggest flower

by Herbert999 Updated Jun 1, 2004



It's said the flower is hard to find (because it takes 15 months to bud but last 7 days in bloom). When the locals find one, they will:



1) Inform the local authority. Then the authority will teach them to fence off the flower to protect it;
2) set up a sign at road side announcing a Rafflesia is found nearby;
and the most important part is...
3) writing an entrance fee on the sign. In my case, their listed price was MYR20 per head (of course don't forget to negotiate for the "real" price)

The one in the photo was about 70cm big, 2nd day in bloom.

Related to: 
Jungle and Rain Forest

Tak payah translate lah ya.. 

Sehingga bertemu lagi di entri Boleh Bah Kalau Kau Part 2.. hahaha.. inshaAllah

Comments

  1. yan,
    tengok bunga rafflesia yg RM10 tu sama ke tempatnya dengan yg rm20 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat lain2 tp dah x ingat apa nama tempatnya.. yg RM20 tu x nampak sebab kena jln jauh sikit ke dlm hutan. Yg RM10 tu pun kena jalan masuk sikit dlm hutan tu. Tuan tanah tu dah pasang pagar jaring kain spy org x blh masuk tp bunganya ada dua juga. Satu mcm dah nak mati dan satu lagi belum kembang mcm dlm gambar tu.. berbaloilah RM5

      Delete
    2. Sama je..bunga rafflesia di sabah adalah spesis yg sama. Klu di malaya spesis dia lain. Dan klu di indon bunga nya lebih besar

      Delete
    3. ya.. di Indon bunganya lebih besar dgn warnanya sedikit berbeza

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?