Melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan

As salam

Pagi tadi kak ngah telah selamat berlepas ke Jepun. Semoga Allah swt mempermudahkan perjalanannya dan tiba ke Akita dari Shinjuku setelah turun dari Nagoya dengan selamat.  Amiinnn.
   
Walaupun mommy sedikit gusar dengan  berita tsunami yang melanda di sana petang semalam namun hanya kepada Allah swt kita berserah.. 

“Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"

Her bag

Hmm.. Saya??  Saya baik-baik sahaja. Alhamdulillah.
  
I am fine!  Menahan tangis yang tersimpan dihati sejak pagi dan akhirnya tewas terlerai jua usai menjengah ke biliknya yang  lengang ketiadaan penghuni, namun jika ada umur yang panjang berharap kita akan bertemu lagi.  InshaAllah

Bye kak ngah! Maafkan kami semua sebab tidak dapat menghantar kak ngah ke airport. Till we meet again..
Dipinjamkan anak-anak  ini sebenarnya kepada kita sebagai ujian dan cabaran dari-Nya supaya kita menghayati dan mendalami erti kasih, rindu dan sayang ~ mesej ini mengubat hati sendiri.  

Juga menahan duka dihati menerima perkhabaran anakanda saudara mr hubby yang "kritikal" terlibat di dalam kejadian nahas Ahad lalu membuatkan perasaan ini "hiba" sentiasa.  Apatah lagi belum berkesempatan seperti yang lain untuk menziarahi Siti Sakinah yang  terlantar di Kuantan akibat komitmen sendiri di sini. 

Dan pastinya semoga Achik Azariah seorang ibu tunggal serta keluarga, tabah dan tetap sabar dengan ujian Allah swt ini.  Untuk yang ingin menderma, sumbangan boleh di hulurkan melalui IKRAM Teens seperti no akaun bank yang tertera di bawah :-

Siti Sakinah bt Mohamad ~ semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala
Post terkini dari Grup IKRAMTeens yang saya copy-pastekan spt di bawah :-

Innalillahi wainna ilaihirajiun

Salah seorang ahli IKRAMTeens BTR dan juga peserta MHI201213 , Sakinah bersama tiga kawannya dlm satu kereta, mengelak lori yg brek mengejut didepan mereka lalu trlanggar pokok. Beliau patah tgn kanan, peha kiri & suspected spleen injury. Masih dlm observation d Wad 4A HTAA. Klu ada tanda2 peńdarahan dlmn, mybe kena operate. Mohon doakan keselamatan anakanda Sakinah.

Sumbangan boleh dibuat kpd akaun
MBB UMI KALTHOM HASSAN 
# 162384010985


Photo: Innalillahi wainna ilaihirajiun

Salah seorang ahli IKRAMTeens BTR dan juga peserta MHI201213 , Sakinah bersama tiga kawannya dlm satu kereta, mengelak lori yg brek mengejut didepan mereka lalu trlanggar pokok. Beliau patah tgn kanan, peha kiri & suspected spleen injury. Masih dlm observation d Wad 4A HTAA. Klu ada tanda2 peńdarahan dlmn, mybe kena operate. Mohon doakan keselamatan anakanda Sakinah.

Tp presently umi....
Sumbgn blh dibuat kpd akaun MBB UMI KALTHOM HASSAN # 162384010985



Tidak beberapa minggu sebelumnya Ayah Chau pula terlantar sakit di PPUM setelah diterbangkan pulang dari percutian di Auckland, New Zealand. Kini beransur pulih di rumah..  Amiinn

Semoga Ayah Chau sihat seperti sedia kala. Photo courtesy .. tq kak lang Shikin

peace cousins!
Namun akan kehadiran emak di rumah membuatkan hati ini sedikit leka dek kesibukan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan anak di rumah juga sebagai sang supir yang sering berlegar keluar dan masuk di luar


Sayang wan..
Emak yang semakin uzur.   Perlu dipapah, dimandikan, disalinkan lampinnya, disuapkan makan minumnya. Kata emak " kereta emak aja yang tak payah pakai minyak " merujuk kepada kereta tolaknya yang merupakan kenderaan wajib untuk ke bilik air.  

Kini emak meniti usia "fragile", sangat berharga umpama permata berkilauan.  Semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan keberkatan serta mempermudahkan semuanya dengan pengakhiran yang baik-baik belaka.  Sembuhkanlah mereka semua  seperti sedia kala.. amiinn

Abang dah ada roomate baru.. wan!
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya :
"Wahai ayahku! sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan;
Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku"  ~ (Surah Yusuf : 4 )


Surah atau doa di atas dipanggil doa pengikat kasih sayang. Ia diajar oleh seorang kakak, Hajah Zainon Mazelan yang berkongsi bilik dengan saya semasa menunaikan ibadat haji lama dulu. Baru-baru ini dengan izin Allah swt kami bertemu semula apabila kak Non berkunjung ke rumah anaknya dari Muar. 

Alhamdulillah.. mungkin berkat doa kasih sayang ini yang senantiasa di amalkan, akhirnya kami dapat berjodoh bertemu. JOM kita amalkan doa ini. Sila rujuk Al Quran. InshaAllah..

Dan juga doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada anaknya Fatimah r.a, dalam riwayat an-Nasai yang bermaksud,

"Ya hayyu ya qayyum, wahai Tuhan yang Maha Hidup, & Maha Berdiri Dengan Sendirinya, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku sekaliannya. Janganlah Engkau serahkan hidupku kepada diriku sendiri, walau sekelip mata."

Frangipani mekar di laman nurani
Sungguh ajaib hidup ini apabila Allah yang uruskan segalanya. Kerana dengan rahmat Tuhan itu tiada siapa yang mampu melawan.  Jangan bersedih, Allah bersama kita... :) ~ Dr MAZA


#PrayforMH370

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?