Posts

Showing posts from March, 2014

The sale is still on!

Image
As salam Mode : Dibalut kesedihan..  #prayformh370 Kesempatan untuk melancong ke negeri orang janganlah dipersiakan.  Bak kata pepatah ~ sambil menyelam minumlah airnya sekali.   Kalau melancong tanpa membeli belah serasa seperti tidak sempurna katanya.  Apatah lagi jika membeli belah tanpa membeli beg tangan.   Dan jika membeli beg tangan .. jangan lah beli hanya satu tetapi belilah banyak sedikit khas untuk yang lain juga.  WOW!  Benerankah? Istilah beli juga untuk yang lainnya  ialah untuk semua yang suka membaca entri  saya ini juga.  Nak bagi buat souvenir free tak mampulah kan.    Apa yang ditunggu lagi.. sila lah buat pilihan! Di atas sambutan yang "box office" katanya,  kini pilihan beg tangan hanya tinggal  seperti yang tertera sahaja dan kepada yang masih berminat THE SALE IS still ON! No. 1 ~ Brand : Prada Hanya tinggal satu sahaja yang paling kiri - warna pink pekat + light cream = sangat cantik No 2 ~ Brand : C Dior Hanya tinggal satu s

Come down..

Image
As salam.. Hari dah mendung balik.   Alhamdulillah.. semoga jika ada hujan yang turun, akan memberikan manfaat kepada kita semua.. amiinnn " Wordless Wednesday " katanya.  Kita layan foto sudaa! Panjat pokok Buciida pulak tu yang tingginya lebih kurang 3-4 meter kot!  (Nanti ukur balik ya.. tak pasti) Alhamdulillah.. berjaya turun sendiri. Dah namanya pun kucing kan.. Baby O baby!  Penat mengejar! Pertama kali berbunga MH370 ~ kami masih menunggu dan menanti keberadaannya   my.trendingtopic.com/Malaysia/hashtags/prayforMH370/‎ INSHA ALLAH

She's back

Image
As salaam Semalam hati agak terubat dengan kepulangan kak ngah dari Akita untuk bercuti selama dua minggu bagi menghilangkan lelah lewat peperiksaan.  Walau ada sedikit getaran perasaan namun saya panjatkan kesyukuran kerana anakanda telah selamat tiba dengan pesawat yang gah itu. Penantian yang berpenghujung.  Alhamdulillah..  Teringat pertama kali membawa kak ngah menaiki kapal terbang ialah ketika bercuti ke Langkawi dan ketika itu kak ngah belum pun berjalan lagi.  Dan perjalanan paling jauh ketika kak ngah berusia satu setengah tahun dengan menaiki pesawat MAS pada tahun 1994.  Kami di sediakan "bassinet" iaitu seperti baby cot  untuk memudahkan dia tidur di sepanjang 13 jam perjalanan dari Subang ke Heathrow Airport.  Namun tidak disangka kak ngah  menangis ala-ala histeria akibat tekanan udara yang tinggi dan suasana yang asing baginya di dalam penerbangan itu. Merasalah kak ngah di dokong bergilir ganti oleh para stewardess yang cantik kemas bergaya d

Cerita Duka ..

Image
As salam  Belum habis cerita duka dengan kehilangan pesawat MH370 semalam.   Hari ini saya kembali berterusan bersedih kerana seekor anak kucing kami yang terlepas dari sangkar pula mati dalam kejadian  langgar lari. Sedih .. airmata tak henti keluar walaupun di dalam hati mengubat duka dengan mengatakan "kau dah bela dia.. redhokanlah".     Dari seekor anak kucing yang tidak tahu siapa empunyanya cuma ditinggalkan di hadapan rumah kami hinggalah menjadi sangat comel dengan bulu berwarna putih krim bersih  dan ekor kontot seperti seekor arnab.  Namun ajal maut ditangan Allah swt.  Terasa ralat kerana selalu menyakatnya ketika bermain-main dengannya setiap pagi.  Rest in peace Ciput.. Semalam usai menghadiri majlis menyambut menantu anak buah di Taman Medan kami sempat pulang melawat emak di kampung.  Pilu dan hiba melihat keadaan emak yang semakin uzur.  Kini emak tidak gagah lagi.  Kala mengelap badannya dan mendandan dirinya bersama adik yang lebih berkudra