Friday, 28 February 2014

Tanjoubi Omedetou!

Assalaam

Officially she turns 21 today. Tanjoubi omedetou kak ngah!  Happy Birthday to you... Alhamdulillah

"Seronoknya meniti usia muda remaja apatah lagi berada jauh di negara orang" petikan kata-kata klise dari madah pujangga. 

Emak dan ayah sentiasa mendoakan segala yang baik-baik untukmu di sana. Kuatkan dan teguhkanlah imanmu.  Allah swt sentiasa ada..

"Mommy i'm craving for chocolate indulgence cake! " katanya via Whatsapp.  Hamboih.. hahhaha.. besarnya selera.  Bersabarlah ya.. tak sabar nak menunggu kepulangan kak ngah tak beberapa hari lagi.  Tapi bersabarlah nanti ya.. catuan air telah bermula di sini.

2 tahun 1 bulan yang lalu.. kini 21 tahun
Alhamdulillah.. Masa berputar begitu laju. Kekadang tak terkejar nak berlari mengejar. Apatah lagi apabila usia semakin menginjak senja. Kudrat tak sekuat dulu dan rutin seharian terasa amat melelahkan.. 

Berpagi-pagian menghantar anak ke sekolah dengan suasana seperti diselimuti kabus tebal. "Whaa... macam dekat Cameronlah mak"  kata anak-anak. Cameron sangatlah cik kak.    Angkara tanah kebun juga hutan belukar dipersekitaran terbakar menambahkan lagi naiknya indek pencemaran udara bersatu bergabung dengan udara tercemar dari Riau, Indonesia itu.  Dengan cuaca yang amat panas kini, air-cond di kereta pun seolah tidak terasa.  Menunggu hujan seperti menunggu buah durian yang tak gugur gamaknya.  Marilah kita melawat laman nurani.. JOM!



Laman jiran sebelah kini membuat penambahbaikan
Laman nurani juga kini kembali
Magic Berry dari Ghana berbuah lagi
Walaupun hujan tidak turun.. 
Kembang putih mekar merata
Tetap segar menghiasi laman
Markisa O Markisa
Penambah seri laman nurani
"Kawan-kawan di sebelah.. jomlah kita bermesyuarat di tepi tembok batu ini" kata si frangipani kebosanan

Dan pokok pucuk manis melambai-lambai .." bilalah aku nak digulaikan ni"  ia bermonolog

Tembok setinggi 10 kaki hampir terlaksana, menghalang pemandangan dari rumah kedai di belakang

Namun.. kasihan dengan kawan-kawan kami yang ramai ini di kurungan

"Dengan cuaca yang panas dan berjerebu ini.. "  katanya.  Maafkanlah!
"When the well is dry, we learn the worth of water" ~ Benjamin Franklin

Adakah semua baru selesai menadah air untuk bekalan ketika catuan air dikhabarkan akan bermula di Lembah Klang? 

Penatnya jangan di cerita.. bukannya menimba air di perigi, bukannya mengorek air di gurun, bukannya menadah air ketika hari hujan  juga bukan berbaris menunggu lori air tetapi cuma menadah air di pili rumah sendiri.  MashaAllah.. memang amat lelah.  Namun bersyukurlah!


"Thousands have lived without love, not one without water." ~ W.H. Auden

No comments:

Post a Comment