Pasar Kampuchea Parit Buntar ~ JOM shopping giler-gilerrrr..

Assalaamm..

Apa khabar semua all my silent readers?  Whaaa.. mak perasan tahap blogger hebat nih punya ramai follower.. hahaha.. Lama tak ke udara.  Bukan menyepi tanpa berita ya cuma hanya tak berkesempatan nak menyapa sahaja.

Geng Upin & Ipin  JOM Kulim!

Dalam perjalanan menuju ke masjid untuk majlis pernikahan ABanah

Actually.. disamping sibuk dengan tugas seharian, namun gigih juga menghabiskan novel popular 13 jam A380 karya Evelyn Rose kepunyaan kak Deq. Dan mak admit yang mak just don't read enough like everybody kept thinking.  Dan akan berusaha membaca buku-buku  yang lebih islamik dan ilmiah dll selain dari majalah evergreen Reader's Digest itu sahaja. InshaAllah..


Berkesempatan sekali lagi menjamu selera ke JOM char koay teow Sg Dua, KULIM

Usai majlis pernikahan ABanah  pada petangnya, disebelah malamnya pula kami keluar menjamu selera beramai-ramai.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang JOM char koay teow Sg Dua cawangan Kulim ini , sila baca entri ini ya!  ~   http://touch-down-norehanayat.blogspot.com/2013/10/jom-char-koay-teow-sg-dua-kulim.html


Beria-ia anak dara comel ni men"char koay teow"

Ini tidak adil! Abah makan banyak.. Ya dapat sikit.. huhuhu

Kembali kita kepada tajuk Pasar Kampuchea atau lebih glam lagi jika di sebut "Cambodia Market". Beberapa tahun yang lalu ketika menetap di Sg Buloh,  di Kg Kubu Gajah juga terdapat pasar pagi yang dikenali sebagai Pasar Kemboja.  Kambuja ka, Kampuchea ka, Cambodia  ka.. apa-apalah ya dan yang pasti nama ini diberi kerana yang berniaga di sini kebanyakannnya adalah orang-orang Muslim Champa yang menetap di negara kita di bawah UNCHR iaitu pelarian politik yang mendapat perlindungan dan bantuan. Namun mengikuti rombongan pengantin ABanah ke KULIM, Kedah baru-baru ini menemukan kami sekali lagi dengan Pasar Kampuchea juga tetapi ia terletak jaaauh di Parit Buntar, Perak pula.

JOM Pasar Kampuchea!

Deretan gerai-gerai di sepanjang perjalanan.   

Jangan tanya kenapa dan bagaimana mak boleh terjebak untuk kesana?  hahhahaha... tak payah ceritalah sebab musababnya ya.. nanti ada yang nak pergi lagi tu! Apa? dah plan nak pergi lagi? Haish!

Pasar Kampuchea ini terletak di Jalan Sempadan, di Parit Buntar, PERAK.  Untuk sesiapa yang ada Waze dan apa sahaja pandu arah tu .. silalah pakai.   Setelah "walk walk eat air" lebih kurang 30-45 minit dari Kulim mengikut jalan lama berkonvoi dua buah kereta mengikuti marsyal kami Pa' lang Polis akhirnya sampai juga kami ke sini.  But i can't tell you how fun and laughter we had before we reach the place,  just by writing this entry alone.  Till now i'm still giggling .. hahahaha.. kelakar derr nak sampai ke sini.  Betul-betul sepanjang jalan kenangan Pa' Lang bawa kita merayau-rayau..

Amat teruja melihat barisan gerai-gerai kiri dan kanan dan yang bertentangan di sepanjang jalan. Harga memang murah apatah lagi jika pandai tawar menawar.  Bayangkan  tudung awning ala ala tudung Fareeda nyata ayu itu cuma RM20 sahaja. Siap 3 layers dan labuh lagi.  Bagi saya, pencarian tudung muslimah bersaiz L atau XL dalam berbagai corak dan warna adalah sangat dinantikan.  Jika di KKB harganya RM45 di sini kita boleh mendapatkannya dengan harga RM30 dan jika ditawar dan membeli berkodi harus kau mendapatkan rege RM25 sahaja.    Pakaian seperti blaus memang tersangat murah. Seluar Palazzo pun boleh dapat RM20 sehelai.. Wowww!

Verdict ~  Pada Ahad yang lepas kami anak beranak ke Setia CM untuk cuci mata dan jalan jalan sahaja sambil meninjau jika ada sisa-sisa saki baki sales CNY.  Menghampiri gerai menjual pelbagai tudung di ruang legar dan amat terkejut apabila tudung bersaiz L dan XL juga dijual dengan harga RM20 - RM25 sahaja. Ambik kau! Tak payah pergi jauh kot.. hahhaa.. namun di Parit Buntar designnya lebih up to date dan banyak yang tidak terdapat di sini (sekadar penyedap hati.. hehehe).  Anyway untuk sesiapa yang ke Utara tu janganlah lupa untuk singgah ke pasar ini ya. Best buy i tell you!

Blogger in action bersama anak-anak kesayangan

We had fun in the sun

Jumpa lagi dengan next entri menarik.. perjalanan mencari cinta ABanah ke KULIM

TILL WE MEET AGAIN


P/S ~ Dear reader.. done reading, pls click all the ads by nuffnang (on top of the above) because it will make me "extremely" extra more happy... thanks again!

Comments

  1. Berapa kereta yang berkonvoi tu..meriah sungguh nampaknya..!! Miss you sis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss you too dear! Tak dan nak berblog walking lagi..

      Delete
  2. miss you too yan! bila nak jumpa nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 buah lan silih berganti bertemu jdoh. Ingat blh jumpa di kenduri kak Ram nanti tp x ksampaian juga krn ada 5 majlis lg yg belum settle. InshaAllah.. bila2 jika ada rezeki berjumpalah kita. Miss you too & smoga semuanya sihat2.. amiinnnn

      Delete
  3. Pasar tu Ari APA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh.. lupa nak tulis.. hari Sabtu pagi.. happy shopping!

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Uhh dik .. bukan kat Batu Kurau .. jauhhhh sangat tu ... memang kat Parit Buntar ... :) saya dok sini ... tak larat dah nak datang, kat belakang pasar ni ada tempat letak kereta selesa .. org sini je tau.

    ReplyDelete
  6. Ooo.. hhaha.. terimakasih atas makluman. Inilah akibatnya x ikut peta. Akan "upgrade" balik entri.. tq sudi bertandang. Akak amat berbesar hati.. Blogger famous nih!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?