Fenomena hujan tak turun..

Assalam

Hari yang sangat panas.
Sana sini semua komplen pasal panas.. dahlah panas.. hujan  pulak tak turun.. dahlah panas bekalan air paip ditutup pulak .. huhuhu.. 

Apa kata ayong di fb
February 16
dear syabas, where's my water? #kegawatan_air #paippecah


Namun bersyukurlah.. gunung-ganang dan bukit bukau kita masih lagi tidak aktif dan tidak meletus.. kalau tidak.. tak terkatalah kita

Astaghfirullah hal aziiimmm.. tak dapat dibayangkan bagaimanalah status di facebook kita eh ..

Harus "kosong" sebab masing2 sibuk nak menyelamatkan diri dari letusan lava .. "tak dan" nak hapdet kot fb fb nih.. heeee....


hehehehe.. jangan marah.. true story katanya

Status kak ngah kat whatsap mak semalam " Tadi macam nak demam redah snow.." .  Bersyukurlah negara kita tidak turun salji.  Menurut berita, salji tebal telah meragut puluhan nyawa di Jepun. MashaAllah..

Apa khabar juga pada mr hubby saya yang berada di Guangzhou, China sekarang ini.  Tentu sejuk juga kan..  Walau pun rasanya salji tidak turun di sana.   

Kalau menggigil tu.. ingat-ingatlah kat roomate aka mommy yang kepanasan ditinggalkan di sini.  

Walau apa pun terimakasihlah kepada mr air-cond yang setia di sisi dipasang saban malam. Harus naik bil elektrik dan air juga akibat mommy asyik menyiram pokok-pokok tanaman di luar itu dengan kadar berganda .. whaaa.. fenomena tu bila mr hubby balik! fenomena nak bayar bil!  

Dan status sana sini situ di fb kebanyakannya berkisah pasal anak-anak demam.  Bersabarlah wahai ibu-ibu sekalian. 

Dulu masa kami kecil-kecil emak saya selalu mengamalkan pengubatan tradisi ini bila anak-anaknya demam. Dan saya juga ada mengamalkannya pula semasa anak-anak saya kecil. Kiranya ini true living testimonilah ya.  

Bukan pasal mampu atau tak mampu untuk pergi ke hospital atau ke klinik ya tetapi apabila saya mengamalkannya, selalunya panas badan anak yang sedang demam akan cepat turun.  

InshaAllah.. semuanya dengan kuasa Allah swt. Namun cubalah buat jika ini merupakan ikhtiar terakhir setelah mendapatkan rawatan di hospital atau klinik tetapi  lambat berkesan.

Caranya ~  Ambil sehelai kertas suratkhabar atau apa-apa kertas yang mudah menyerap air.  Lipat dua dan potong separuh bulat seperti alat geometri separa bulat tu.  Lipat dua lagi kertas yang separa bulat dan gunting buat lubang di tengah-tengah lipatan tu. Kemudian bila siap kita akan mendapat kertas yang bulat dan berlubang di tengah.  

Siapa yang tak faham sila bertanya ya!  Sebenarnya kita perlukan kertas bersaiz bulat dan berlubang di tengahnya. Itu sahaja..  Saiz?  Buatlah ngam-ngam sebesar saiz perut anak kita.

Dan pecahkan sebiji telur ayam.  Ambil kuning telurnya sahaja dan sapukan kuning telur ini di perut anak kita.  Sapu sebulat sebesar saiz kertas bulat yang kita gunting itu. 

Kemudian setelah telur kuning itu diratakan pada perut ambillah kertas bulat itu dan tampalkan pada perut anak kita. 

Fungsi kertas ~ supaya pakaian atau cadar tilam tak kotor.   Lubang di tengah kertas itu adalah  untuk lubang pusat anak.  Sapukan semalaman atau hingga telur kuning itu kering dan melekat pada kertas.

Moral of the story ~ Khasiat telur ayam ini telah dihuraikan oleh Imam Ibn Qayyim yang diterjemahkan dalam buku " Healing with the Medicine of The Prophet". 

Berdasarkan buku ini mengatakan telur yang segar adalah lebih baik dari telur yang lama. Dalam banyak-banyak telur, telur ayam adalah yang terbaik. Telur ayam adalah mudah dihadam dan sejuk - Petikan diambil dari blog healthy lifestyle.  

Dan inshaAllah.. kepanasan pada badan anak kita itu akan diserap oleh telur kuning itu.  Wallah hu a'lam.. dan jangan lupa makan ubat yang diberikan oleh doktor ya.. 

Nur Adillah Mohd Sharif
February 16
My sister on astro awani now — with Eida Mohd.


Kaklong / kakngah.. kak ida on air.  Proud of you dear.. she is our niece.

Sila layari link di atas untuk mengetahui cara-cara menangani fenomena cuaca panas dan wabak penyakit di Astro Awani .. dan tengok sampai habis ya demi untuk kebaikan kita bersama.  Dengarlah nasihat doktor..

Dan berdoalah dengan firman Allah swt yang selalu saya amalkan ketika hari panas begini..


Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)


Mari berendam dengan Aliff Azfar.. photo credit to Nur Zulaikha

Sejuknya...comelnya.. mashaAllah! photo credit to Nur Zulaikha

Jumpa lagi di entri mendatang.  Jaga diri jaga keluarga.. dan jangan lupa check air minuman kuching .. (peringatan pada diri sendiri)



Comments

  1. Kalau di ikutkan tak lah panas sgt cuaca kat negara kita ni kan?
    tak dapt nak bayangkan klu cuaca yg terlalu sejuk..sakit hingga ke sendi2.. apa pn tetap bersyukur berada di Malasysia...
    salam kenal follow sni #20...
    jemput ke blog sy...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih ..Alhamdulillah.. salam perkenalan

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?