She's not single ..

Assalaam

wink wink **

And she's not single anymore..

** rugilah korang! 



Mengenali kak long Farahanizan sejak kecil setelah mengahwini bapa saudaranya iaitu my loving mr hubby dan setelah bertahun-tahun mengenalinya dapatlah me"label"kan beliau ialah seorang yang saaaangat baik hati.  Mampu dan berkeupayaan menyayangi semua orang yang disayanginya dengan sepenuh hati dengan kasih sayang dan juga wang ringgit tanpa berkira.   Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..

Singgah ke Kuala Terengganu.  Bersama emak, mr hubby , arwah ibu mertuaku dan cer teka .. siapa sikecil di depan sekali tu?  (Al fatihah untuk emak)
Memori daun pisang membawa kepada memori paling manis bagi mr hubby dan saya.  Memori membawa "full package" ~ emak, arwah emak mertua dan juga kaklong yang ketika itu dijaga oleh arwah mertua untuk sama-sama ber "honeymoon"...

Wajah tak berubah. Ketika ini kak long berumur 8 atau 9 tahun.  Puas mak anjang menyelongkar..   
Kami berkahwin di zaman "recession" ketika itu. Setelah berjimat cermat (bersusah dahulu bersenang kemudian) barulah berpeluang untuk berbulan madu.  Tempat yang nak dituju pun bukanlah jauh mana.. tapi zaman to' kadok dulu berpeluang ke Pantai Timur merupakan satu impian..alhamdulillah.  Mind you.. janganlah cerita pasal oversea mahupun over river bagai tu ya! Zaman kami ke Kelantan pun dah kira "heaven" a.k.a kelass tu jah...

Bestkan tempat ni kaklong?  Untunglah jadi mak usu nih.. hahahahha.   Chalet-chalet kayunya berbentuk A mengancam sokmo. Pantai Cinta Berahi nama diberi.  Di negeri  yang digelar Serambi Mekah ini.    Disinilah kasih kami bersemi.  Hamboihhh!  Cuba cari kat peta .. dah takde  dah nama tempat ni lagi.. hahhhaha.. now they called it Pantai Cahaya Bule.. boleh?

Kenapa??? Kenapa honeymoon beramai-ramai?.. suka hati kamilah..the more the merrier kan. Sebenarnya tak sampai hatilah kami nak berjalan tanpa membawa kedua-dua emak kami ini.  Kita pun belum pernah ke Pantai Timur apatah lagi mereka .. jauh tu!

Verdict :  Dengan  doa dan berzikir bertasbih  oleh kedua emak yang mengiringi kita di sepanjang jalan penuh kenangan ini .. inshaAllah.. semoga kita akan sentiasa terpelihara dan dilindungi oleh Allah swt. Rugi.. kalau kita tidak mengambil kesempatan ini dan juga cuba menggembirakan mereka dikala mereka masih sihat ketika itu..

Mind you.. cerita tak lari tajuk ya.. entri di sharingkan sempena kak long dan suami yang sedang berbulan madu pada mulanya ke Prague di ROC, ke Boracay Philiphine  dan dari Bali terus ke Lombok pula .. wallah hua'lam... dan anjang dan mak anjang di sini cuma menelan ayor lior sebab tak dapat ikut.. hahahhaaa...


Usai majlis pernikahan 11 Januari 2014
you're mine!

Dan ada ucapan panjang "thank you note" dari kak long untuk semua tetapi  mak anjang dah kasi potong habis dan cuma copy paste sikit sahaja khas untuk alang Nurain.. sebab alang kan bcf katanya.. hahahaha..


"Special thanks to....ALANG!!! Jadi pengapit...u always be my bcf!! Hehhehehe...yg lain jangan jeles...kaklong syg korg jugak..."

Suka melihat keakraban sepupu ini


Kemuncak Gunung Kinabalu saksi persahabatan dan persaudaraan.  Lepas ni moh kita ke Everest pulak  ya alang.. 
Alang as pengapit

Semoga Alang juga sepupu-sepupu yang lain juga pasti bertemu jodoh.. InshaAllah

Ibu bapa dilupa jangan

Majlis berkhatam Al Quran
Sepupu dan anak saudara.. tahniah !

Mak ude & pak ude Pn Hjh Siti Faridah dan Tn Hj Saahari.. emak ayah kaklong

12 Januari 2014.. it's the day
Silalah klik photo-movie ini... ada lagu hits i like!


Dan sedikit gambar "behind the scene .."

Udang! udang!

Udang from Sabah with love

Ateh , Wiwi & all ~ preparation for makan beradat

Puyuh

Silence of the lamb.. hihihi

Hand made craft fruits for hantaran specialty by Andak..  awesome!

This wedding cake is not damage ya ibu.. hahaha.. korek lubang tampal lubang.. JKR what!

Symbolic special made cake for this bride & groom both JKR engineers by architect Fawizah Fathir. Flavoured chocolate cakes with almond. Sedap sangat..

Silence of the lamb.. again

Lai.. lai..
Ms little  pakai tudung sponsored by kaklong dan dijahit oleh our top PK tailor Angah Jaja.. terimakasih daun keladi! Dress also special bought and fly over all from Vietnam.. berkodi2 kata kau


Bertandang ke Melaka

Ada depan mata mak.. yummeh!

anak saudara dan mak saudara

Cousins and all
Peace!
Special tribute to paklang and maklang..
"orang kuat behind the scene"
Sedikit perkongsian yang mak anjang copypastekan untuk peringatan diri sendiri dan untuk semua..


Friendly tip: Don't share all the good things your spouse does to you on the internet.

Keep most of them private; just between you, your spouse, and Allah swt.

Inshaa Allah, those good things will feel more special when they are hidden from public knowledge.

They become your beautiful secrets...

Tahniah dari kami sekeluarga
"Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan."

" Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair."

next wedding.. JOM Kulim!

P/S ~ Dear reader.. done reading, pls click all the ads on top above by nuffnang  because it will make me "extremely" extra more happy... thanks again n enjoy yr day!


Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?