Monday, 13 January 2014

Sabah - Sea Walking di Mamutik Island Pt 2

Assalaam..

Dengan cuaca panas membara kebelakangan ini sementelah musim persekolahan memasuki minggu ketiga, membuatkan segala sendi lemah tidak bertenaga.  Muka yang sudah sedia gelap,  semakin gelap terbakar dek sinaran panas terik mentari pantai di Mamutik & Manukan masih berkilat lagi walaupun saban waktu menepek  aloe vera  + glycerin.  Inilah akibatnya apabila menyuruh anak-anak menepek sun "block up!" SPF 50 + aloe vera bagai tu tapi diri sendiri malas nak buat. Maka tanggunglah akibatnya.. huhuhu..

Melancong ke Sabah tanpa aktiviti scuba diving, snorkeling even just terapung sahaja di laut dan sewaktu dengannya memanglah tidak sah kata kau. Dengan lambakan "magnificent islands" merata seperti Pulau Mantanani, Gaya,  Sapi, Manukan , Mamutik, Mabul dsb yang perlu di terokai maka janganlah lepaskan peluang ini jika di ajak lagi. Ke laut mana sekali pun i will follow..  Buginese will always be Buginese.. haha!

This is the view.. magnificentkan?

i love it!

Don't forget to remember Allah swt

My darling..
Masha Allah

SubhanaAllah

Mommy was here too

The one & only

Pemandangan di atas di ambil di "tembok" kata kau bah!  Kami dipertemukan dengan seorang ejen pelancongan ini yang sedang meronda mencari pelanggan untuk ke Tunku Abdul Rahman Parks. Bayaran yang dikenakan untuk ke pulau Mamutik dan Manukan dengan menaiki "private boat" tanpa melalui jeti Jesselton sangatlah "negotiable".   Dengan life jacket dan bot yang baru.. alhamdulillah.. perjalanan yang indah membelah laut pun bermula menuju ke pulau.

Sila klik video ini ya untuk bersama merasai pengalaman berada di dalam laut

Kami di tawarkan dengan aktiviti "sea walking " yang merupakan acara berjalan-jalan di bawah laut sedalam 3 - 5 mtres.  Kami dikenakan bayaran RM135 seorang @) untuk perjalanan di dalam laut ini.  Bayaran asalnya ialah RM140 @.  Ini adalah lebih murah dari kebanyakan package yang menawarkan RM250 @. Jauh bezanyakan? 

Laluan pejalan kaki telah dibina di dalam laut dan kita seperti berjalan di dalam akuarium yang penuh dengan ikan-ikan yang sedang berenang dan pelancong yang turun ke dalam laut ini menggunakan "helmet diving system" so tak payahlah kita nak mengangkut tangki oxygen yang besar gabak dan lain-lain peralatan bagai tu..  Kami di bawa dengan menaiki bot laju ke tengah laut di mana sebuah bot besar sedang menunggu. 

Ketika itu ada dua kumpulan pelancong dari Jepun dan Russia sedang menunggu ketibaan kami. Kami di ajar bagaimana cara-cara untuk memulakan perjalanan dan juga "hand gesture" sebagai komunikasi di dalam laut.  Kalau kita ok atau tak ok.. tak dapat bernafas.. minta naik ke atas atau apa..  Kami juga dibekalkan dengan kasut yang sesuai.  Di bawah laut itu juga disediakan tali untuk dipegang semasa kita berjalan.  Jangan risau tentang keselamatan anak-anak kita.  Instructor yang berpengalaman akan sentiasa berada bersama. Aktiviti di dalam laut itu berlangsung selama setengah jam.   This package include return land/boat tranfer, equipment, 1 digital photo dan 1 photo CD.

Pada mulanya terasa cuak juga namun setelah diberi peluang untuk memberi makan ikan-ikan dengan taburan serbuk roti dan merasai ikan-ikan yang beraneka warna itu meragut dan mengigit roti di jari-jari kita barulah kita sedar bahawa kita tidak bermimpi dan ini adalah keajaiban dan kebesaran ciptaan Allah swt.   Apa-apa pun .. i believe in Allah swt.  Alhamdulillah.. 

Verdict : Note to mr hubby --->> pls bring me along again.. pleaseeeeee.. 

Perjalanan ke Kota Kinabalu juga menemukan kami dengan pasangan bahagia a.k.a teman sepersekolahan di SMKKKB ini yang berasal dan menetap di negeri di bawah bayu ini.  

Katanya via sms apabila di maklumkan kedatangan kami ~ " Wkslm.. Alhamdulillah.  Bila smpi? Nginap dmana? Brapa lama dSabah? Program kemana? Alamak banyak tanya pula. Slamat dtg knegeriku dbwh bayu.  InshaAllah.. "

Actually.. sejak sampai ke Kota Kinabalu.. kami membuat "non stop journey" ke sana dan ke sini sehinggakan jambatan besi biasa di sangka jambatan Tamparuli.. kah kah kah.. nak short cut lah tu.. hampa juga rasanya kerana tidak mencari arah sebenarnya walaupun sudah dekat di jangkauan mata.

Bercuti dalam waktu yang singkat bagaikan sedang mengejar dan dikejar di litar F1 lagaknya. 
Close-up muka berkilat dan keletihan kami. Dah sakan berjemur di atas dan di bawah laut pada waktu paginya.. baru berjodoh bertemu.

Azman dan Dayang Azizah yang sanggup turun ke hotel menjemput kami ke rumah mereka di Kg Lembising di Putatan.  Usai menanti ketibaan anak buah suami yang belajar di UMS akhirnya kami berkonvoi ke sana.  Terima kasih Man dan Zah atas layanan mesra.. jangan lupa ke Semenanjung singgah ke rumah kami pula bah!  InshaAllah.. jika ada umur yang panjang bersua kembali kita.


TILL WE MEET AGAIN

8 comments:

  1. Assalamualaikum, tumpang tanya, blh tahu mcm mana nak ambil pakej sea walking tu? Ada contact number@page yg blh dhubung? Trima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. sbnrnya setiap pagi ada tour guide / ejen yang mencari pelancong di depan Kota Kinabalu waterfront dan mereka akan approach kita dan menawarkan untuk berbagai jenis pakej2 untuk aktiviti di TAR Parks.
      Nanti sy akan cari no phonenya. InsyaAllah .. tq :)

      Delete
  2. Replies
    1. Assalam siti afiqah zahirah.. 01125253221 ini no phone ejen/boat man yg aturkan trip akak ke pulau2 juga aktiviti spt sea walking dan para gliding. Sorry.. lambat response :)

      Delete
  3. As-salam...saya nk jugak contact no....;p
    dah lama survey sea walking ni..tapi yg awak dapat mmg murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam N.A.I.N.A. Boleh call 01125253221 ejen/boat man yg aturkan ekspedisi kami ke TAR Parks. Sorry.. dah lupa namanya. Just call ya! :)

      Delete
  4. Kalau kita tak boleh berenang, boleh ke buat aktiviti underwater walking ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Surya.. boleh sahaja. Pastikan kita berani dan kita berada di dalam keadaan sihat. Dan tawakal kpd Allah swt.

      Delete