Back to December 21, 2013.. Congratz Wiwin!

Assalaam..

Akhirnya..  

Gigih menamatkan bacaan novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose kepunyaan kak deq dalam masa tak sampai beberapa hari.. hahaha.. impressive!  

Terima kasih kak deq  (gara-gara slot akasia Ariana Rose arahan Raja Ahmad Alauddin di TV3.. termeroyan pulak nak baca novelnya).  Apa nak buat.. jiwa muda! mr hubby sila jangan konpius.. hehehhe.. selalunya tak tengok slot Akasia ni bagai tapi kalau Nur Fathia berlakon emak kenalah tengok kan.. kan.. dan ms little n cik kakak "die hard fan" no 2 & 3 kat rumah ni siap jom tonton sambil pegang novel sebab nak tahu apa yang terjadi in the next episode..mmm.. emak dah nak pulangkan pada kak deq dah sabtu nih novel tu.. hahahha.. habislah.. takde buku rujukan lagi!

Alhamdulillah..

Dan akhirnya setelah selesainya majlis kawen kak long cik fara eh.. ops! majlis kawen Puan Fara pada 12 Januari yang lalu,  maka barulah siapnya dedikasi editing photovideo untuk wiwin a.k.a Aween Hana dan pasangannya Fazreen ini yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 21 Disember 2013 yang lalu di seksyen 4, Shah Alam. 

Lamanya production.. akibat kesibukan "on duty driver" to n fro ke sekolah.  Dengan  pinggang yang masih senggal lagi akibat lagak ngeri "stunt" di bilik air minggu lepas.. dengan tersadung jari kaki terkena kepingan kaca lagi.. darah merata-rata non stop.. what to say.!  Astaghfirullah hal azim.. Ya Allah.. berikanlah kami kesihatan yang baik.. amiiinnn

Namun syukur alhamdulillah.. ic cik kakak yang hilang sejak balik dari KK tempohari akhirnya mak dah jumpa.. merata mencari.  Mujur tak repot lagi dan buat ic baru. Kalau tak.. selamatlah RM100. Anyway.. alhamdulillah.. setiap yang terjadi tentu ada hikmahnya yang tersendiri. Bersabar dan bersyukur sahajalah.   Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.


 Photos-video behind the scene.. the wedding of Azwin Suhana dan Fazreen.. sila klik ya!

Malam pernikahan
Terimalah..
Nak tak?
So sweet..
Yang mana satu?
The flower girls

Seri pengantin
Ya Allah.. berkatilah kami.. amiinnn

Mmmuahh.. untuk ayah

Pelukan sayang untuk emak
JOM bersantap!
The wedding cake by our architect ~ Fawizah Fathir
Jemput semua..

" Ya Allah Ya Wadud Ya Hakim.  Kami memohon mawaddah wa rahmah.  Campakkanlah rasa cinta dan mahabbah dalam rumah tangga kami, Ya Allah....   kaum keluarga, generasi anak-anak kami. Jadikanlah sepertimana cinta yang Kau jadikan pengikat rindu sebagaimana Rasulullah S.A.W dan Saidatina Khatijah Radiallahuanhu.  Berikanlah cinta yang Kau jadikan mata air kasih sayang dan berikanlah cinta yang Kau luhurkan sebagaimana kedua-dua ibubapa kami tercinta.  Amin .. Ya Robbal Alamin " ~ Doa dari petikan dalam novel "The Wedding Breaker" oleh Evelyn Rose dibacakan oleh Tengku Adam Kamil kepada Ariana Rose sempena pernikahan mereka.  Hamboih.. mak anjang.. over dah ni.. hihihi


Dari Anjang dan Mak Anjang sekeluarga ~ 
Tahniah wiwin dan suami.. kehidupan ini sangat indah.  Selamat berkasih sayang kerana Allah swt di dalam kehidupan yang masih panjang ini inshaAllah.. dalam limpah rahmat dan keberkatan dari Allah swt.  Ibu bapa dan keluarga  dilupa jangan kerana mereka pembawa cahaya dan kebahagiaan kita selama-lamanya. Hingga sampai syurga... aminnnnnn


Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?