Penang ~ Makan sedap.. Pt 1

Assalaam..

First thing first!

Perkara pertama setelah tiba di sesuatu tempat yang baru mestilah mencari tempat makan yang sedap.   Kali ini kami tidaklah teruja lagi nak mencari nasi kandar atau yang sewaktu dengannya di Penang. Kali terakhir kami makan nasi kandar di Penang ialah bersama Ateh sekeluarga, usai majlis meraikan perkahwinan abang Epit dan Ayien setahun yang lalu.  Dah tak ingat dah.. nama restorannya tapi betul-betul "in a town".

Kata orang Pulau ~ janganlah pergi  makan ke "go straight" restoran atau ke "go blurrr" restoran itu lagi. Dengarlah cakap pakcik* ni.. kami orang Pulau kami tau la.. kata pakcik ini bersungguh-sungguh.

* Pakcik ni kami temui semasa sedang sama-sama makan laksa penang di esplanade.. orang Pulau yang sudah lama merantau ke KL tetapi sedang bercuti bersama anak isterinya dengan misi balik kampung sekali jalan.  Alhamdulillah..  Dan "orang Pulau" stand for penduduk asal yang lahir di Penang.

Moral of the story ~  Untuk memastikan kebersihan dan kesedapan sesuatu makanan itu, masakan itu mestilah yang segar dan baru dimasak.  Jika restoran itu mengamalkan budaya "carry forward" atau berniaga non-stop.. bilalah masanya mereka akan membersihkan setiap peralatan dengan teliti jika dapur sebagai main operation tidak di tutup dan sentiasa "on going"..  Maknanya sempatkah periuk belanga hendak dibasuh jika pelanggan tak jemu-jemu beratur sampai line tak berapa nak clear dibuatnya..  ini kisah benar

Pagi pertama kami dengan misi untuk mencari sarapan pagi berakhir dengan makan tengahari. Dengan kata lain "brunch" in the morning ~ breakfast + lunch.  Menu yang menjadikan kami anak-beranak teruja ialah sambal tumis petai ikan bilis tetapi petainya tidak dibuang kulitnya.  Kulit petai dikikis dan petai dihiris nipis secara menegak.  Maaf.. tiada gambar kerana pada hari pertama cepat benar habis sambal petai itu maka tidak sempat memperkenalkannya kepada all the readers yang disayangi dan mungkin sedang menelan air lioq la ni.. hahaha

Segala jenis ulaman yang menerujakan

You name it.. they got it!

Ini juga merupakan faveret anak-anak.  Walaupun udang ini bukan udang kertas yang biasa kita makan itu dan berkulit agak keras.. tapi rasanya tersangatlah sedap.  Nak tambah nasi lagi kak? Haish.. "saya ini memang suka makan nasi.. tapi doktor kata tak baik makan nasi banyak sangat".. hehe.. tetiba teringat kat iklan ni satu waktu dolu-dolu

The sambal belacan

Satu sambal belacan asam limau  dan satu lagi sambal belacan buah kuini.. nyams!

Petai rebus ada, jantung pisang ada

Pucuk daun tenggek burung pun ada.. buah mahkota dewa sahaja yang tiada

Gulai nenas ikan talang masin

Kulit udang sahaja yang tinggal

Mmmmmm...

Alhamdulillah masih diberi nikmat oleh Allah swt untuk menikmati makanan yang sedap.  Syukur alhamdulillah....

Restoran ZJ Bahagia.. Restoran makanan kampung
Verdict ~ Restoran ini " Orang kata kena dengan selera" kami.  Maka setiap pagi dalam perjalanan ke Penang , kami pasti akan singgah ke restoran ini. Dari rumah tamu mengambil masa lebih kurang 5 minit perjalanan dengan menaiki kereta untuk ke restoran ini.  

Ia merupakan restoran di antara deretan kedai kayu yang berada di tepi jalan besar.  Kedudukan nya yang berdekatan dengan tanah perkuburan Islam membuatkan kita senantiasa insaf dengan kematian serta dapat menambahkan silaturrahim kita dengan ucapan salam kepada semua ahli kubur. Dan yang pasti ia bukanlah restoran carry forward. Ia beroperasi  hanya di waktu pagi dan tengahari sahaja.  Dan appetiser ~ buah pisang tergantung sebiji dua adalah percuma* - Alhamdulillah..

* Rezeki kami masa tu pisang free.. nx time only Allah swt know.. murah rezeki tuan punya kedai..
amin

Jangan lupa singgah!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?