Penang ~ Art Attack

Assalaamm..


Entri terakhir "all about our journey to Penang" ..

Maaflah Isya.. mak yan tak sempat bawak jalan jalan melawat muzium.  Muzium Islam Pulau Pinang ini sedang menjalani proses pembaikpulihan maka tak dapatlah kita melawatnya.  Muzium ini memerlukan sumbangan dari orang ramai untuk kos pemulihannya juga. Asalnya ia merupakan rumah kediaman Syed Al Attas, seorang rakyat Acheh berketurunan Arab. Terkilan juga kerana ia kini tidak dibuka kepada orang ramai sehinggalah proses pembaikan selesai.

Tidak lengkap jika berjalan jika tidak berhenti menunaikan kewajipan di rumah Allah swt ini. Pada mulanya kami beria-ia untuk ke masjid Kapitan Keling yang terkenal dan terletak di tengah-tengah bandaraya ini.  Namun akhirnya berhenti untuk solat jamak di masjid Melayu Lebuh Acheh ini pula kerana berdekatan dengan tempat yang hendak di tuju.

Tiga dara berputar mencari tempat wuduk untuk muslimat.


Cool.. signage tan*** wanita  
Mimbarnya cantik kata kakak

Kakak suka tingkapnya.. mak ambil gambar ya..

The Arab style minaret with Achehnees roof


Masjid Lebuh Acheh atau dikenali sebagai Acheen Street Mosque merupakan salah satu masjid yang tertua di Penang. Di bina pada tahun 1801 oleh pedagang yang merupakan putera raja berdarah Arab dari Acheh yang kaya raya iaitu Tengku Sheriff Syed Husin Al Aidid yang datang dari Acheh di atas pelawaan Sir Francis Light.

Kemudian kami memulakan perjalanan utama untuk mencari Ernest Zacharevic Murals of George Town.  Ernest Zacharevic ini ialah seorang pelukis berbangsa Lithunia yang ditaja untuk melukis mural di dinding di beberapa jalan yang telah dipilihnya sempena George Town Festival pada tahun 2012.

Menjejaki lukisan mural ini menemukan kami dengan berbagai hasil karya seni oleh artis-artis yang lain di sepanjang jalan-jalan penuh kenangan ini.  Di antaranya muzium  yang sangat comel ini

Dari Lebuh Cannon ini kami sampai ke Armenian Street.  Armenian St. diambil namanya sempena dengan kemasukan immigrant yang dibawa oleh Sir Francis Light iaitu orang-orang Yahudi selain dari pedagang Acheh, China, India  dll

Cantik pokok ulam pegaga ditanam di dalam cerek.. saya suka 

Segalanya "home made" katanya

Anak-anak yang teruja dan berminat dengan lukisan mural membawa kami ke sini.  Di antaranya kedai basikal ini yang pintu kayunya terpaksa di buka dan di tutup untuk membolehkan pelancong melihat lukisan muralnya.
Begitu ramai pelancong yang teruja melihat lukisan mural yang sangat menarik ini


Di antara hasil karya dari steel rod sculpture .. kaBOOM!!

Reaching Up ~ Karya gabungan realiti (kerusi dan een serta botol air) dan fantasi di dinding.  

Nah..amik nih - ayah kata
Di belakang kakak itu ialah tuan punya rumah ini.  Cheq nak tumpang lalu dulu ya.. katanya


Boy on a bike

Core zone



Sempat bergaya depan beca lagi

kuatnya een.. awesome!

"Little children on a bicycle" ~ di antara lukisan mural yang paling terkenal
Berat apa abang nih!


Berebut dan beratur pelancong menunggu giliran untuk bergambar


Arts 2013..  di City Hall juga ada





"Kongsi" as a kumpulan kongsi gelap - comel!

Haiyaaa.. Bruce Lee pun ada

Don't worry! T-shirt untuk kak long dan kak ngah ada juga.. siapa balik dulu boleh pilih dulu
Best Buy!..  2 sided fridge magnets with  an information about the painting on the other side. Boleh baca..

Verdict  : Dengan berpandukan kepada brosur pelancongan, anak-anak ini begitu teruja untuk menjejaki setiap karya yang dihasilkan dari berbagai medium dan artis.  Namun bagi saya "momen indah" bersama-sama mereka dalam hujan gerimis melangkah menyelusuri setiap jalanan bermula dari Cannon st., Armenian st., Ah Quee st., dsb untuk mencari setiap hasil karya merupakan sepanjang jalan kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan selagi hayat dikandung badan.  Tidak tahu entah bila kalau ada umur yang panjang boleh kita berpeleseran begini lagi.. hahha.. hamboih!




My point of view ~ Masih banyak lagi artis tempatan yang berkemampuan untuk "making a scene" di jalanan untuk menghasilkan lukisan mural setanding seperti ini.   Di antaranya projek 101 Lost Kittens Street Art Project oleh pelukis visual terkenal dari Malaysia iaitu Tang Yeok Khang dari Bukit Mertajam dan Louise Law dari Kuala Lumpur.   Namun memang tidak dapat disangkal, lukisan Mirror of George Town nya sangat cantik.  

Peace.. kita jumpa lagi!
Teruja untuk ke seksyen 2 Shah Alam untuk melihat lukisan mural yang dihasilkan oleh artis tempatan. Lokasinya di belakang deretan kedai-kedai.  


One man's trash is another man's treasure
SELAMAT BERKARYA

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?