Penang ~ Apa ada di Fort Cornwallis Pt. 2

Assalaam..


As time goes by near the esplanade

.. sambung cerita.  Kisah benar penjara di Fort Cornwallis?


Bangunan yang panjang ini merupakan penjara ketika di zamannya.  Terselit kisah di sebalik apa yang ada di dalam bangunan bekas penjara ini sekarang.  Kisah benar!

Teruja semuanya apabila nampak sel penjara

Nak buat DP lah tu

Kasihannya.. pasti dia tidak bersalah.. hahha.. Queen of Drama betul..

Haa... Inilah sebenarnya rahsia di sebalik bangunan penjara lama ini.  Kesemua segmen deretan penjara ini sebenarnya dipenuhi dengan kisah sejarah Fort Cornwallis, kisah hidup Sir Francis Light dsb.   Nak baca dengan tak nak baca sahaja atau nak lihat dengan tak nak lihat, segala pengetahuan/pameran yang dipertontonkan itu .. it's up to you!   

Setiap ruang dinding di penuhi dengan catan lukisan yang sangat cantik

Lakaran gambar yang sangat awesome..

Rambang mata memilih mana lukisan yang cantik untuk di jadikan gambar latar untuk model-model sambilan saya ini.. psst.. jangan perasan!

E.T pun ada.. OMG

Bangunan bekas penjara ini dijadikan sebagai   bilik pameran di mana selain dari hasil karya lukisan, pameran fotografi juga ada yang sedang berlangsung.  Maknanya semua yang berkaitan dengan Arts and Design di gabungkan dengan sejarah Fort Cornwallis ini sendiri.

Over excited!

Jambatan yang menghubungkan rumah api dan meriam

Dinding bersejarah.. kena tabik juga dengan dinding ni kot! suka hatilah..

Fokus di belakang tu.. Itulah skeletal rumah api setinggi 21 mtr (69 kaki) dan merupakan rumah api yang kedua tertua di bina pada tahun 1882 di Malaysia setelah Cape Rachardo Light House di Tanjung Tuan, Melaka.

Tarikan pelancong dari jauh..  Asalnya di beri nama Fort Point Light House dan setelah sesi pengubahsuaian pada tahun 1914 dan 1925 ia di tukar namanya kepada Penang Harbour Light House.

Amboi..

Ada yang nak beraksi.. ada yang dah sudah lah tu mak.. hahaha

Jambatan

lubang ini menghala ke esplanade

Berbagai pertunjukan akan di adakan di dataran ini pada hari perayaan dsb. Ia mempunyai sistem amphiteater terbuka yang canggih katanya.

Peserta lompat akustik pun ada

Mejar General yang seorang tu tak habih-habih nak mengebom.. hahaha

Lubang apa pulak lagi tu?

Ini bukan penjara ya..

Apa ada di dalam tu? Nanti kita cerita..

Nama meriam di bawah ini

Lanun dah datang ke?

Nampaklah pemandangan menghala ke laut.. bayangkan kalau nampak kapal-kapal lanun atau kapal dari Kedah tu menghala ke kota ini.. takut!!

Di atas meriam Sri Rambai


Meriam Sri Rambai ini ialah meriam yang terbesar dan tertua di Malaysia.  Ia di buat pada tahun 1603 dan dijadikan hadiah kepada Sultan negeri Johor pada tahun 1606 oleh pihak Belanda

Pada tahun 1613 apabila pihak Portugis berjaya menakluk meriam ini, ia di bawa pindah ke Jawa sehinggalah ke tahun 1795.  Kemudian apabila ia diserahkan kepada pihak Acheh, ia di bawa pula pindah ke Kuala Selangor.  Apabila pihak Brirish dapat menakluknya semula, maka ia di bawa berpindah ke kota ini pada tahun 1871.  Maka oleh itu haruslah emak ini bergambar bersama meriam yang penuh sejarah ini.. wallah hu a'lam

Apa sahaja yang dilakonkan oleh askar-askar bengal ini

MashaAllah.. oh anak!  no komen..

Bangunan yang mereka keluar masuk yang saya katakan bukan penjara itu adalah bangunan ini. Ia adalah gudang atau stor penyimpanan serbuk atau peledak api kepada meriam-meriam yang merata di dalam kota ini. 

Penat!

Alhamdulilah.. berakhir sudah siap selesai sesi fotografi di atas bukit yang dipenuhi dengan meriam atau canon ini. Dengan berjubah bagai.. amatlah terkesima agaknya pelancong-pelancong Jepun itu melihatkan emak kamu ini yang bagaikan " fashion photographer " mengambil gambar tanpa henti.  Buang tebiat ke makcik ni kot!  hahahha.. suka hati i lah kan..

Sebenarnya kota lama atau kota Cornwallis ini lebih merupakan sebagai pusat  pentadbiran sahaja di zamannya ketika itu.  Untuk lebih terperinci sila google di wiki- Fort Cornwallis ini.  Berputar belit ia, maka berputarlah juga informasi di entree ini... 

Verdict :   Bersama kami pada hari itu hanya segelintir pelancong dari Britain dan Jepun sahaja yang berkunjung ke kota ini.  Tidak ramai pelancong di dalam negeri mengambil kesempatan melawat ke tempat bersejarah ini. Namun begitu ramai pengunjung Melayu hanya bersiar-siar sama ada menemankan anak-anak bermain di taman atau sekadar berjalan di depan esplanade atau berhenti untuk menikmati laksa penang atau rojak dan pasemburnya sahaja. Tak mahu masuk sebab "entrance fee" kah?  Atau memang tiada apa yang menarik di atas itu hanya sekadar bekas tinggalan sejarah.  Sendirilah jawab ya!

Berjumpa lagi di sesi lain dengan misi pekena laksa penang  berperisa otak udang dan rasanya yang terangkat tu .. hamboih! 


ALHAMDULILLAH



Comments

  1. Ha ha nasib baik tak masuk terus dalam meriam tu dik oiii!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?