Penang ~ Apa ada di Fort Cornwallis Pt 1

Assalam...




Bintang Syurga Raqib Majid ft UNIC 

JOM lepak kat Padang Kota!  Nak pekena pasemboq pun bole, laksa pun ok.. rojak menjerit pun ada.. 

Rojak buah.. Rojak menjerit!

Membawa anak-anak untuk melihat kesan peninggalan sejarah di Padang Kota lebih-lebih lagi Fort Cornwallis yang merupakan kota sejarah yang dibina oleh Sir Francis Light pada tahun 1786 setelah mengambil alih pulau ini dari Sultan Kedah.

JOM.. kita sharing sebungkus rojak menjerit dulu.. Happening!  eating rojak at the esplanade.. 

Whaa.. sebungkus rojak share enam orang?

Tak boleh makan banyak-banyak .. food testinglah dulu.. hahha
Kids will always be kids.. kata nak tengok tempat bersejarah ..last last tersadai kat playground nih.. haish!

Layanlah dulu kat playground nih.. santai

Taman Kota Lama ~ Ramainya penduduk tempatan bersiar-siar membawa anak-anak bermain di taman permainan sambil menikmati rojak dan laksa penang di depan esplanade tu

Beca kat belakang.. Fort Cornwallis di sebelah kiri.  Ayah pula dalam kereta.. tidur kepenatan. Sementara ayah "charge battery" dia setelah penat bekerja dan memandu, marilah kita explore Fort Cornwallis ini bersama emak kamu ini.  JOM!

Inilah jambatan yang membawa kita masuk ke Fort Cornwallis.  Sebenarnya di sekeliling kota ini ada parit buatan yang dalam telah digali untuk menjadi benteng pertahanan seperti ala-ala Perang Khandak di zaman Nabi s.aw.  Namun akibat serangan wabak penyakit yang teruk, parit buatan ini telah dikambus semula dengan tanah. Jambatan ini satu ketika dahulu boleh ditarik dan diturunkan.

Fort Cornwallis ~ here we are!  Pada mulanya kami ingat masuk adalah percuma.  Ramai pelancong asing  terdiri  dari mat-mat salleh dan orang-orang Jepun (pakej tour pelancongan) yang masuk.  Bayaran adalah RM2 bagi seorang dewasa dan RM1 bagi seorang kanak-kanak.    

Warisan Negara

Replika Sir Francis Light

Kerusi taman yang unik

Whaaa...

Tabik springgggggg...

Kakak nak pergi berjuang menentang lanun.. 

Ramai peminat mat salleh nih.. beratur orang nak bergambar

The bride & the groom

adik abang

Bangunan chapel (gereja lama) yang merupakan tinggalan sejarah dibina pada tahun 1799

Bangunan ini merupakan satu-satunya rumah yang masih kekal dan dapat diselamatkan di kota ini.   Bumbung dan  bentuk atapnya yang pertama seumpamanya di zaman kolonial kini menjadi tinggalan sejarah kepada kita sekarang.

Perasaan ingin tahu membuatkan kami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam chapel ini. Namun cuma ada lantai kosong dan suasana yang gelap sahaja di dalamnya.
 
" Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka"
(Al Baqarah : 201)

InshaAllah.. kita akan ke  Fort Cornwallis lagi untuk entree berikutnya dan mencari misteri apa yang ada di dalam penjaranya pula..

TUNGGU





Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?