Was it 23 ?

Cahaya Hati oleh Opick.. sila klik

Wedding anniversary we all hari ini.   Alhamdulillah wa syukurilah.. Happy Anniversary! 

Terimakasih Mr Hubby.. dari 45kgs mula kahwin dah naik 60kgs setelah 23 tahun kini.  Merupakan satu achievement yang membanggakan.  Taklah tut.. tut.. (no exact word) sangat dan tidaklah toot ttoot (cannot say word) sangat.. taklah menghabiskan bogheh (berass tu ) aja kata orang nogoghi.. ahahaha..

"No breakfast in bed" what so ever.. tapi pagi ini ai buat breakki special.. mushroom soup with toasted bread and  boiled macaroni and as usual MILO in a jug.  All cooked with love and tender care!
i know.. me too!
Malam ini turut berkesempatan  ke surau sebelum maghrib dengan bersama-sama jemaah surau membaca ma'thurat dan doa akhir tahun, mendengar alunan qasidah bersama pelajar-pelajar tahfiz yang mengalunkan lagu diantaranya Yahanana dan Ya Badrotim dan kemudiannya di akhiri dengan kuliah maghrib oleh Imam muda Faris yang juga turut mengimamkan solat isya' berjemaah kami.
Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz
Alunan Qasidah
Imam Muda Syed Faris
Azam ~ Sentiasa Solat berjamaah dan bacalah Al Quran
Mendengar kuliah maghrib
No card only kisses ... semoga kita akan saling senantiasa menghormati,  saling bersabar dengan kerenah masing-masing, semakin berusia ini lebih sensitif dan amat mudah terasa, saling ingat-mengingati dan paling penting kita ini bukan siapa-siapa.  Hanya hamba-hamba-Nya yang disalut dosa bak buih-buih di lautan dan luas dosanya seumpama seluas langit ciptaan-Nya.  Ampunkanlah kami Ya Allah.. hamba-Mu ini yang sering lalai dan alpa ini dalam mengharungi hidup berumahtangga. Ampunkanlah kami juga dalam kesilapan kami mendidik dan mengasuh anak-anak. Walau dimana anak-anak ini berada semoga mereka mengutamakan dakwah lebih dari segala-galanya. Ya Allah perkenankanlah doa kami ini... amin
Macam cantik jer?
Dengan kehadiran tahun hijrah 1435H ini semoga Allah swt memberikan kami kesempatan untuk terus membaiki dan memperbaiki kehidupan kami dalam hidup berkeluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Semoga hari-hari esok akan menjadi hari yang lebih baik untuk kita semua.  Let's UPGRADE!

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

 "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. 
Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya. 
Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. 
Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. 
Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang 
kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."


SALAM MAAL HIJRAH 1435H

Comments

  1. happy anniversary yan dan azlan. 23 yrs yg penuh bahagia dan utk selamanya. salam sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear.. hope our marriage both (you & husni) too bahagia hingga ke jannah.. amin

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?