Saturday, 30 November 2013

Akhirnya pokok markisa @ passion fruit kami berbuah juga

Markisa  (Sedap ekk namanya)

Perjalanan kami ke Brastagi di dataran tinggi Karo di Sumatera Utara satu ketika dulu menemukan kami dengan buah Markisa ini.  In English they called it  "Passion fruit" .  Passion? Bukan "patience" yang sabar tu ya pak.. juga bukan "patient" yang orang sakit tu ya pak.. tapi "passion" as for berahi!

Whaaa... nasib baiklah orang Indon sudah terlebih dahulu menggelarnya buah "Markisa" sebab jika tidak,  orang Melayu di M'sia ni  tak pasal-pasal menggelarnya dengan panggilan buah "Berahi". 

" Boleh bungkus 1 kg buah berahi non..."  euwww! alamat main tunjuk-tunjuk jelah kalau nak beli... hehehe... sebab malu nak sebut.   Bukan tidak ada dijual di Malaysia ini tetapi yang diimport kan lagi sedap.. ayat cliche lah tu..hahaha.. famous gitu buah ini di sana non! kata mbah yang berjualan di pasar Brastagi tu.

Verdict :  Rasanya ?
Saya :  eeeuwwww! pada mulanya  (jangan marah sayang..nampak lembik-lembik aje)
Mr hubby & anak2 :  slurrrrrppppp!  sedap ... bila dah rasa sekali rasa nak lagi dan lagi dan lagi..

Passion fruit @ Markisa dan juga baru tahu buah ini juga dikenali sebagai buah susu di Malaysia.  

Berkesempatan ke expo pertanian pada 30hb Nov 2010 di MAHA 3 years ago membuatkan kami teruja untuk membeli dua polybag anak pokok markisa ini.  My hubby yang beria-ia kerana "nostalgia" satu ketika dahulu arwah FIL ada menanam buah markisa atau buah susu ini di Kg Sg Midah, sama seperti yang diberitahu oleh my SIL. Dan kami juga pernah membeli jus markisa ini yang rasanya memang tersangat ehh nak dan mempunyai berbagai nutrisi.
3 tahun dahulu kami beli anak pokok markisa di MAHA, Serdang
Sila baca kandungan nutrisinya yang saya copy-pastekan dari wikipedia .. tak payah translatekan lah ya..
Fresh passion fruit contains provitamin A beta carotene, vitamin C (36%), dietary fiber (42%) and iron (12%) in significant quantities as percent of the Daily Value; the vitamin A content converted from provitamin A sources is 25%.[8] Passion fruit juice is a good source ofpotassium, possibly making the fruit relevant as a nutrient source for lowering risk of high blood pressure.[9] Preliminary research indicated that consuming passion fruit peel may affect asthma symptoms.[10] One report showed that the fruit pericarp containslycopene.[11]

Selain di buat jus, isinya ini selalu dicampurkan dengan salad, jusnya juga dibuat sos untuk desserts seperti pavlova dan ice cream serta digunakan untuk perisa cheese cake.   Sebut cheese cake.. mmmm.. yummeh! dan sukahati you all lah nak buat apa dengannya.  Di rumah ni mereka just slurrppp... aja.  Sabar jelah!







Mula-mula .. tak sangka dah berbuah sebab tak tengok pun pokoknya berbunga.  Asyik siram kat bawah, tak pernah tengok kat atas pergola tu.   Almaklumlah dah lama tanam.. tahun ini dah genap 3 tahun pada 30hb November ini.  Mujur mr hubby rajin memandang ke atas pokoknya.. alhamdulillah ada 10 biji sedang bergayut.












Luarannya buah markisa ini saiznya seperti sebiji buah epal tetapi isinya yang ehh nak itu dapatlah di ceduk dalam dua camca sahaja.  So.. sebiji tu macam sedut sesudu madu aja.  





Verdict : Berbudi pada tanah.. katanya.  Mr hubby sangat teruja kerana alhamdulillah.. kalau dia yang menanamnya inshaAllah akan berbuah.  "Cold hands" kata omputih.  InshaAllah kalau berbuah lagi bolehlah kita berkirim sesama jiran ya.  Buat masa ini cukuplah kita sekadar berkirim salam sahaja.. hehehe.. peace!

Dan di dalam kita melihat keindahan bumi dan tumbuh-tumbuhan itu kita dapat membaca firman Allah swt yang bermaksud :

" Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata. " (Qaaf : 7)

" Dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah. " (Al Naml : 60)

MARKISA 

2 comments:

  1. berbuah lagi jangan lupa aku ye..

    ReplyDelete
  2. waa...sungguh subur tanah umah k yan..heheheh kite suke gak markisa tu..suke bau dia..tapi rase dia masammm kan..hehehehe err nak tanye...buah tu telan skalik ka ngan bijik2 itam tu?? tak tercekik ka??hehehhehe

    ReplyDelete