Saturday, 30 November 2013

Akhirnya pokok markisa @ passion fruit kami berbuah juga

Markisa  (Sedap ekk namanya)

Perjalanan kami ke Brastagi di dataran tinggi Karo di Sumatera Utara satu ketika dulu menemukan kami dengan buah Markisa ini.  In English they called it  "Passion fruit" .  Passion? Bukan "patience" yang sabar tu ya pak.. juga bukan "patient" yang orang sakit tu ya pak.. tapi "passion" as for berahi!

Whaaa... nasib baiklah orang Indon sudah terlebih dahulu menggelarnya buah "Markisa" sebab jika tidak,  orang Melayu di M'sia ni  tak pasal-pasal menggelarnya dengan panggilan buah "Berahi". 

" Boleh bungkus 1 kg buah berahi non..."  euwww! alamat main tunjuk-tunjuk jelah kalau nak beli... hehehe... sebab malu nak sebut.   Bukan tidak ada dijual di Malaysia ini tetapi yang diimport kan lagi sedap.. ayat cliche lah tu..hahaha.. famous gitu buah ini di sana non! kata mbah yang berjualan di pasar Brastagi tu.

Verdict :  Rasanya ?
Saya :  eeeuwwww! pada mulanya  (jangan marah sayang..nampak lembik-lembik aje)
Mr hubby & anak2 :  slurrrrrppppp!  sedap ... bila dah rasa sekali rasa nak lagi dan lagi dan lagi..

Passion fruit @ Markisa dan juga baru tahu buah ini juga dikenali sebagai buah susu di Malaysia.  

Berkesempatan ke expo pertanian pada 30hb Nov 2010 di MAHA 3 years ago membuatkan kami teruja untuk membeli dua polybag anak pokok markisa ini.  My hubby yang beria-ia kerana "nostalgia" satu ketika dahulu arwah FIL ada menanam buah markisa atau buah susu ini di Kg Sg Midah, sama seperti yang diberitahu oleh my SIL. Dan kami juga pernah membeli jus markisa ini yang rasanya memang tersangat ehh nak dan mempunyai berbagai nutrisi.
3 tahun dahulu kami beli anak pokok markisa di MAHA, Serdang
Sila baca kandungan nutrisinya yang saya copy-pastekan dari wikipedia .. tak payah translatekan lah ya..
Fresh passion fruit contains provitamin A beta carotene, vitamin C (36%), dietary fiber (42%) and iron (12%) in significant quantities as percent of the Daily Value; the vitamin A content converted from provitamin A sources is 25%.[8] Passion fruit juice is a good source ofpotassium, possibly making the fruit relevant as a nutrient source for lowering risk of high blood pressure.[9] Preliminary research indicated that consuming passion fruit peel may affect asthma symptoms.[10] One report showed that the fruit pericarp containslycopene.[11]

Selain di buat jus, isinya ini selalu dicampurkan dengan salad, jusnya juga dibuat sos untuk desserts seperti pavlova dan ice cream serta digunakan untuk perisa cheese cake.   Sebut cheese cake.. mmmm.. yummeh! dan sukahati you all lah nak buat apa dengannya.  Di rumah ni mereka just slurrppp... aja.  Sabar jelah!







Mula-mula .. tak sangka dah berbuah sebab tak tengok pun pokoknya berbunga.  Asyik siram kat bawah, tak pernah tengok kat atas pergola tu.   Almaklumlah dah lama tanam.. tahun ini dah genap 3 tahun pada 30hb November ini.  Mujur mr hubby rajin memandang ke atas pokoknya.. alhamdulillah ada 10 biji sedang bergayut.












Luarannya buah markisa ini saiznya seperti sebiji buah epal tetapi isinya yang ehh nak itu dapatlah di ceduk dalam dua camca sahaja.  So.. sebiji tu macam sedut sesudu madu aja.  





Verdict : Berbudi pada tanah.. katanya.  Mr hubby sangat teruja kerana alhamdulillah.. kalau dia yang menanamnya inshaAllah akan berbuah.  "Cold hands" kata omputih.  InshaAllah kalau berbuah lagi bolehlah kita berkirim sesama jiran ya.  Buat masa ini cukuplah kita sekadar berkirim salam sahaja.. hehehe.. peace!

Dan di dalam kita melihat keindahan bumi dan tumbuh-tumbuhan itu kita dapat membaca firman Allah swt yang bermaksud :

" Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata. " (Qaaf : 7)

" Dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah. " (Al Naml : 60)

MARKISA 

Friday, 29 November 2013

Donation for victims of Philippines' Typhoon Haiyan

Assalam

Bencana alam yang menyebabkan kemusnahan. Kehilangan nyawa, harta benda dan segalanya.   Namun yang terselamat dan yang masih hidup tanpa mempunyai apa-apa (sehelai sepinggang) itu memerlukan bantuan kita untuk meneruskan kehidupan mereka.  

Jangan pejamkan mata.. jangan tutupkan telinga.. mereka berjiran dengan kita.   Mendermalah sekadar yang kita mampu.




All photos attached taken from Typ Haiyan website

"It’s been two weeks since the Haiyan Typhoon barrelled into the Philippines on the 8th of November but the search for bodies continues. This monster typhoon has injured over 20,000 people and over 1,600 people were reported missing up to date. More than 800, 000 people had been asked to leave their homes – that do not exist anymore as a result to the catastrophic disaster. The death toll has spiked to 5,235 and the list just keeps getting longer. "~ by Jessica Goh Nuffnang Community Team

From now till 22 December 2013, you can do your part and contribute to our fund #NNforPH in just a few simple steps, by donating here via http://blog.nuffnang.com.my/2013/11/25/distribute-your-relief-for-typhoon-haiyan/

TERIMA KASIH

Wednesday, 27 November 2013

Sweet 14th kakak!

Assalamm..



Saengil Chukha Hamnida! pls click.. 

27th Nov .. Happy B'day Kakak!

How's your day kakak?  Hmmm... boring sikit katanya.  Kesian... moh le kita gi Tesco.  Nawaitu nak beli makanan kucing yang dah critical habis. Katanyalah mula-mula.  Last last .. emak kata kakak cari hadiah bday kakak.. nanti mak bayarkan. Yippeeeee!

Peace!  Frosty delight as a treat.. 
3.1 kgs... 14th years ago.. sekejap ajekannn..
Alang yang bawa kakak "round" cukur jambul.. thks alang!
Kemana-mana dengan abang dia.. abang dia!
Oh abang! kesayangan
JOM! abang dah ada lesen dah sekarang...
Suddenly dah jadi kakak... hahaha.. over protective tu! Pls do not touch adik saya
Kejap dah besar...  adik kakak yang kakak "protect" tu.. huhu
Cousin kesayangan... lahir selang sebulan.  Nana lahir pada 27th October 1999
Dah dara... happy 14th girls!
Meraikan kakak di Mohd Chan Abdullah... apa lagi dim sum ayam faveret kakak.. 3 sets ya ayah!
1 set = RM3.80 ~ bolehlah..
Inilah tetamu abang.. rupanya b'day boy juga pada 24th Nov hari tu..
Kita order apa yang kakak suka.. shark's fin soup
Roasted ayam
Kali ini try terung pula..
Jemput.. bismillah
Ketam telur masin.. teringat kat arwah wan
Portuguese Tart
Yummeh!
Semoga kakak menjadi anak yang solehah.. sentiasa di rahmati dan di berkati oleh Allah swt.  Study smart and work hard as always. " Kamsa Hamnida " kerana menjadi anak yang baik.. We all love you!


HAPPY BIRTHDAY!

Tuesday, 26 November 2013

London ~ Trafalgar Square

Assalam..

Ada yang bertanya via message... tak pergi bercuti ke cuti-cuti Malaysia ni? Hahahaha... sabaq na! Ayah jika membaca " sila jawab.." .  Tak adalah kot senah oi... budget dah lari.. ops! " cik kakak sila jawab.. " wakkaka.. 

Soon... 

Apa-apa pun sebab tetamu abang masih ada di rumah dan ada yang masih tak sihat maka apa kata kita melancong via entree saya ni dah lah  ya.. Kelas-kelas weekend masih berjalan seperti biasa sayanglah nak memontengkan.. lagi pun for sure akhir Dec hingga ke March nanti akan ada majlis wedding abad ini yang silih berganti minggu ke minggu dan yang pasti tentu-tentulah akan memonteng.  MashaAllah..

mr hubby and pigeons
Apa kata kita ke London dulu.. ke Trafalgar Square.  Tidaklah lengkap kalau ke London kalau tidak singgah  ke Trafalgar Square.  Tumpuan pelancong tu.. Namun yang paling happeningnya dulu di sini terdapat banyak betul burung merpati atau omputih panggil "pigeons".  Itu masa zaman kami ke sanalah lebih kurang 19 tahun yang lampau.  Cepatnya masa berjalankan... 

Terruja si kecil-kecil tu
 Ketika itu handycam pun besaq gabaq.. mana nak dokong cik kak ngah lagi, nak "piggy back" cik kak long kat belakang ayah lagi.. hahahaha... cepatnya korang berdua dah besar remaja.  Masa tu kita boleh beli makanan pigeons dan fed them  di sini. Dah tak ingat berapa penny harganya.  Murah sahaja..

Abang Kamarul pun comel lagi masa ni

Happy wan dikelilingi cucu-cucu dan pigeons

Apabila keluarga pak ngah datang bercuti bersama wan, apa lagi kami pun ke Trafalgar Square.  Bila di ingatkanlah, satu ketika dahulu semasa saya kecil.  Kami pernah tinggal di kuarters JKR di Jalan Pahang.  Walau pun saya masih belum bersekolah ketika itu (masih boleh nampak dan ingat) jiran di sebelah rumah mak adalah berbangsa India. Mereka membela banyak burung merpati dengan membina rumah burung merpati.  Sangat banyak rasanya... asyik terbang dan bertenggek serta berjalan merata-rata di jalanan.  Cukup tak suka dengan najis buangannya yang berwarna putih.  Tidak pasti pula jika mereka membela burung ini untuk di makan atau just for fun only. Ironinya, bila pigeons ini ada di London.. whahahaha... siap bergambar lagi dengannya kot...  hmmmm... 


Photo ini diambil di hadapan rumah lama kami di kuarters JKR.  Rumah jiran di sebelah tu memang ada membela burung merpati.  Apa?  mana satu saya?  hahaha... tentulah yang macam comel jer.. macam comel jer tu.. hahaha.. tak comel pon.  Saya bergurau sahaja... masa ini belum bersekolah lagi. Nostalgia ni.. ops mari saya kenalkan dulu who's behind the scene.. cam lari tajuk je ni.. ada saya kisah! hahahaha...

Di belakang tu ~ abang saya Nasir dan juga sepupu saya Naza.
Di depan tu ~ sepupu saya kak Norhashimah, kakak dan saya (kami dulu digelar kembar sebab setahun satu kata kau..) serta sepupu saya kak Norliza. Siapa yang tak kenal kakak saya yang sangat femes tu kan... peace!
Inilah lebih kurang rumah burung merpati yang standard kat Malaysia dulu-dulu - mohon pinjam gambar pada empunya ~ tq

Eli semasa remaja

Kebetulan ketika itu anak saudara mr hubby Zulkafli Md Idris yang biasa kami panggil dengan nama manjanya Eli telah sudi mampir untuk menghabiskan cuti pengajiannya dari Pennsylvania US dan datang direct terus ke UK.  Eli ini ialah anak kepada sepupu suami saya kak Nab.  Memang tersangat rapat dan mesra dengan kami semua.  Apa lagi.. bila membawanya berjalan-jalan tentu sahaja Trafalgar Square dan pigeonsnya tetap menjadi pujaan di  hatiku.. ahaha..

Paling tak tahan dengan kerenah pigeons ini ialah ia suka bertenggek di atas badan kita.  Tak suka you.. 

Kini Trafalgar Square tidak lagi seperti dahulu. Tiada lagi burung-burung pigeons ini yang menjadi penghuni tetapnya.  Trafalgar Square kini sudah hilang daya tarikannya kepada pelancong-pelancong terutama kanak-kanak.  Ia tidak dibenarkan terbang lagi kesana.  Majlis Bandarayanya menggunakan khidmat dua ekor burung helang pemangsa yang sangat handsome dan gagah untuk menghalau burung-burung pigeons ini ke tempat lain. Kasihan... 

Jika ingin membaca tentang kisah Trafalgar Square dan Pigeonsnya jangan lupa singgah ke sini www.angelanealworld.com dan search London's Trafalgar Square is a no fly zone.  

Dulu merekalah wira/posmen yang ditugaskan untuk menyampaikan pesanan atau mesej terutama di zaman peperangan atau kepada si Romeo dan Juliet dengan cepat dengan cara mengikat gulungan atau cebisan kertas dikaki mereka.  Terbang sana terbang sini.. pintarnya burung pigeons ini.  Kini dianggap mengotorkan kawasan persekitaranlah pula.  Begitulah lumrah alam.

Akhirnya terima kasih Eli kerana mengajar makcik memasak "no bake cheese cake" yang sangat sedap tu.  Masa tu manalah tahu nak masak-masak cheese cake bagai nih.. katanya resepi ini adalah turun menurun dari arwah neneknya.  Pakar masakan belaka! Bertuahlah siapa yang mendapatkan jejaka tampan ala Eltimet yang serba berkebolehan ini. Bertuahlah Tina! hahahaha... Kini sudah berkeluarga dan mempunyai tiga orang anak yang comel-comel belaka.  Rasanya seperti baru semalam berlalu

Cheese cake by kak ngah ~ gambar sekadar hiasan

KENANGAN TINGGAL KENANGAN