Friday, 18 October 2013

No rendang for raya haji

Alhamdulillah.. Aidil Adha kembali lagi.

Kali ini  tidak tergesa-gesa untuk balik ke KKB kerana emak masih berada di rumah kakak di KJ. Mengimbau kenangan pada hari raya Aidil Adha setahun yang lalu apabila "speeding" merendang ayam pencen, merebus ketupat segera, buat kuah lodeh, sambal tumis dsb demi untuk membawa kekasih hati pulang ke kampung halamannya segera. Ketika itu emak tinggal bersama kami.

Usai solat sunat hari raya  Aidil Adha, kami kembali lagi ke surau untuk membantu meraikan majlis korban.

8 ekor lembu telah berjaya ditumbangkan di surau BR

Bergotong-royong

Melapah

Dan melapah
This photo was captured by miss little.. sangat berani ma!
Photo by miss little .. credit to her

Jangan ambil muka ya dik.. kata all the aunties to miss little

Kaum hawa memotong daging untuk lunch
No faces please!  credit to miss little too
Mak and the gang.. dah habis semua baru nak ambil gambar mak.. uwaaa!!
Breakfast while waiting..
Orang kuat
The soup is boiling
Orang kuat
Daging goreng kunyit in the making
Sup tulang yang sangat sedap
Panas-panas
Pedas!
No rendang for us at home this raya haji.  Sempat merebus nasi impit segera dan menumis sambal bilis for kuah lontong sahaja.  Sementara kaklong mengimprovisasi kuah kacang dengan menambah potongan ayam.  Sedap juga!

Merebus nasi impit ~ kepakaran luarbiasa.. haha
Operasi mengetos ~ 66 biji ketupat mini
Sempat membasuh sarung sofa walaupun menyarungnya semula selepas raya haji ke 3.. huhu
BIG bag kak long dah standby kat hall.  Belum berpacking lagi.. soon
Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amalan anak cucu Adam pada hari raya korban yang lebih disukai Allah melebihi dari mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban), sesungguhnya pada hari kiamat nanti haiwan-haiwan tersebut akan datang lengkap dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya, dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebagai korban di manapun haiwan itu disembelih sebelum darahnya sampai ke tanah, maka ikhlaskanlah menyembelihnya.” [HR. Ibn Majah dan Tirmidzi. Tirmidzi menyatakan: Hadits ini adalah hasan gharib]
Daging lembu korban masak lada hitam. Tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan daging yang telah dihiris nipis.  Kacau-kacau dan masukkan sedikit air.  Agak-agak daging dah masak.. masukkan bancuhan tepung jagung, kicap dan serbuk lada hitam.  Biarkan mendidih. Kemudian masukkan garnishing ~ cili api hijau, bawang besar potong melintang, daun bawang atau belahan tomato ikut suka.
Nyamm... daging baru! 
“Hari Raya Qurban adalah hari untuk makan, minum dan berzikir kepada Allah” [HR. Muslim]

“Katakanlah: sesungguhnya solatku, sembelihanku (korban), hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” [Qur’an Surat Al An’am : 162]

No comments:

Post a Comment