Laman Grill ~ A late night dinner

Hari-hari Tasyrik sudah berlalu.  Tiada lagi takbir raya bergema dimana-mana.  Sedih pula rasanya. Jika ada umur yang panjang.. inshaAllah.. masih bisakah diberi kesempatan untuk kita mendengarnya lagi?   Semoga Allah swt murahkan rezeki kami.. amin

Sila klik  video di atas ini sebelum kita baca entri ya... MashaAllah.. subhanaAllah.. Doa yang sangat syahdu.  Ya Allah  ... dengan berkat-Mu murahkanlah rezeki kami.

Old fling! Cam kat kopitiam pulak dengan B&W tone bagai.. **wink**

Hari ini anakanda kami kak long akan bertolak ke Mesir ( yesterday's status ).  Bagaimanakah perasaan ayah dan emak terhadap pemergian anakanda yang akan berangkat tidak beberapa jam lagi.  InshaAllah.. emak ayah yang satu  ini tenang-tenang sahaja.  Sedang membuat persiapan terakhir untuk bekalan ke sana sambil up-load gambar-gambar untuk entri ini.  Semoga semuanya dipermudahkan.. amin

Malam Sabtu yang lepas kami berdating  dengan Along Wiwi dan adik-adiknya.  Andak berdua masih di Makkah ketika ini dan semoga mereka berdua juga sihat sejahtera di sana setelah selesai menunaikan kerja-kerja ibadah haji.  Akhirnya ajakan berdating menjadi misi berdating beramai-ramai pula.  Hahaha... maaflah kerana tidak menjemput semua.  It's just a small gathering only. Meraikan pemergian kak long ... dan menggembirakan anak-anak dan anak buah sahaja.

Lamb Grill, Steak and Bar-B-Que
Mak Ude and the gang.. tq  for the arrangement!
Ahli majlis sedang bersidang
Appetiser -  Caesar Salad ordered by Pak Ude
Appetiser - the soup
lovely couple
Apple Juice
The bar - all the juices fresh from here..
floor.. cool eh!
The tissue
Appetiser juga nih... Buritto apa ke bende namanya
Pesanan dah sampai..
The gang
Ni emak punya
Ni ayah punya
Mmmm...
Paklang & maklang's
Steady Ajiq!
Potong mesti ada style..
Ni kaklong punya..
Actually.. 
The sauce looks good
Eat slowly
The gang
Buddy
Yumm..
Akhirnya sampai juga..
Buddy
Tunggu Nana.. kakak dah habis dulu.  Pinggan kosong kakak pun dah diangkat
Ayah..
Along Wiwi's
Pak Ude : Bila nak balik nih?  Mak Ude :  Tutti Frutti kat depan tu je.  Kaklong :  Bunga sabun cantik gak.. Alang : Wall paper batu bata pon ok. Along : Esok nak balik naik bas.. (cerita-ceriti dalam hati) hehehe.. agaknyalah
Kak long nak balik Egypt dah... tak sabar.. tak sabar!
Masa kecil dulu dua-dua arwah wan yang jaga..  
 We're not 50 yet! woot..woot
The gang
Saranghae.. 
Feel bless..
Taufiq : Bila nak datang makan lagi kat sini.. Abang  :   Digest dulu yang makan tadi  
Nizam :  HAH! Are you sure nak datang lagi? .. hahaha.. 

Good Guys
Ani.. yang senantiasa manja dengan umi
Apa-apa pon.. Alhamdulillah..
Sesiapa yang berkesempatan tu silalah terjah!
Dah makan.. dah kenyang.  Sekali-sekala berkumpul tu.. seronok juga makan di tempat yang tidak pernah kita cuba.  Rumah makan abad ini yang tengah top meletop kerana Chef Zubir top judges kat rancangan Master Chef di Astro tu adalah chefnya.  Malangnya malam itu beliau berada di cawangan Laman Grill di Kajang.  Tak dapeklah den nak dapat signature dish.. kata korannglah.  Eden tak kisah...

Verdict :   Disebabkan sibuk makan.. lupa nak interview ahli majlis seorang seorang.  Namun mari dengar apa kata Paklang Polis yang duduk semeja 
" Restoran Sabar Menanti..." katanya  hahhaa.. patutlah pun.. sabar Paklang.. ramai kot.  Kena masak one by one specially made giteww.    Apa pula kata cik abang saya sejurus masuk kereta.  
" Apa pun abang still sangat suka dengan kambing ayah masak! "  hmmm... mode :  Anak ayah.. mestilah puji ayah . khen.. khen??????    Dan mak kata pulak " Oklah ayah... anniversary nak dekat.. bolehlah candle light kat sini berdua sahaja.. " hahahha... mode : nak menggodalah tu.. hahahaa.. Note : Ayah sila baca! wakakaka..

Anyway.. kami enjoy aja makan di mana-mana..   yang paling best.. kita tak order dessert kat sini sebab kita ada plan besar lagi nak makan lepas ni.. malam kan masih mude!

On the way.. nak makan dessert.. sempatlah sibujang tu "feel alive!"
WOW!  Froyo tu..
Menggembirakan the little one

Nizam yang handsome.. ehem.. 
Terimakasih kaklong cik fara!  .. sila baca short cut pantun sikit.. daun keladi.. belanjalah lagi! amboi pantun katanya
We enjoyed it very MUCH!
Sesi "Auld Lang Syne".. 
Pandang sinilah..
HAH!  
InshaAllah.. ada rezeki kita gather-gather lagi. Actually i should post this entry yesterday. 
Mode : Feeling blue! 
Kak long Nur Amira Nabila sudah selamat bertolak ke Mesir via Egypt Air malam tadi pukul 9.55 malam. Semoga semua urusan di sana dipermudahkan oleh Allah swt.  Hanya kepada-Mu kami memohon. Hanya doa dari kami mengiringi pemergianmu.  InshaAllah..

BE GOOD BE BETTER BE THE BEST!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?