Akhirnya jambu madu berbuah derr..

Assalaam..

Kepada semua pembaca...  semoga sihat wal afiat hendaknya.  2-3 hari ini saya mendapat cik demam selsema yang kini telah bertukar kepada cik batuk pula..  Apapun penyakit ini pun satu nikmat juga rupanya.  Nikmat untuk lebih mengingati Allah swt. Memohon untuk cepat sembuh.. amin.  

Usai kelas pagi Sabtu semalam bersama rakan yang lain dan juga miss little sempat menghadiri jemputan aqikah cucu pertama Puan Norizan. Cantiknya kediaman tuan rumah.  Siap ada swimming pool ala jacuzi kat depan rumah. Mujurlah cik batuk well behave.. tak batuk pun semasa bacaan Yassin.  Alhamdulillah... 

Maaflah tiada gambar sebab sejak dua menjak ini miss little dah tak suka diambil gambar ber "back ground"kan apa pun.  Alamat tak cerialah blog mak ni tanpa wajah miss little.  Haruslah menerima realiti yang miss little gonna turn to Ms Big soon.... "no photo please .. " katanya.  Eleh!

Pagi Ahad tadi menghadiri kuliah Dhuha Muslimat dibawah bimbingan Ustazah Nor Hasifah dari Masjid Assyarif.  Kitab La Tahzan masih menjadi asas kuliah tetapi banyak ilmu yang bermanfaat dapat kami pelajari.  Diantaranya tentang nikmat, tentang suami dan anak yang bukan milik kita , poligami dll yang membuatkan adakalanya kami tidak kering gusi (bayangkan kalau makcik-makcik mula ketawa)  hingga tidak sedar masa berjalan begitu pantas.  Mujurlah cik batuk sangat well behave tadi.. alhamdulillah

Akhirnya.. berbuah juga
Lama sudah saya tidak bercerita tentang laman nurani saya.  Bukan apa.. laman nurani kini seperti laman terbiar dah ni.  Bak kata orang keliling kot.. "Hidup Segan!"  Almaklumlah bila badan tidak berapa sihat, dapat menyiram pokok sekali sehari pun sudah besar nikmatnya kepada pokok-pokok ini.

Pokok jambu madu ini sudah lama ditanam beberapa tahun dahulu oleh mr hubby di kawasan luar di belakang rumah. Anak pokok ini kami beli di Tapah. Hanya pokok ini sahaja yang berjaya hidup setelah rakan-rakan seanteronya selamat berkubur sama ada kering tak bersiram atau tercantas dek si pemesin rumput.  Dulu ada pokok belimbing besi, daun kari dan durian belanda. Alhamdulillah.. adalah juga yang berjaya untuk hidup untuk terus bertasbih bertahmid memuji keagungan ilahi

Ini sahaja yang berwarna merah dan sedap

Bergayut-gayut

Ada yang berguguran bertaburan

Peladang-peladang jaya ini melepak melihat hasil tuaian ~ Berlian , Rejab dan Jack
Dimana sahaja kita berada, ada sahajalah mereka ~ Jun, Jack dan Berlian

Rendang sahaja pokoknya ~ tinggi lagi pak tani tu..

satu-satunya
Jemput
Jemput tengok!
InshaAllah.. dapatlah merasa hasilnya walaupun tak berapa banyak 
Petik jangan tak petik ~ tangan pak tani ni sangat sejuk.. tanam apa pun inshaAllah tumbuh
Kami mengambil keputusan untuk memetik kesemuanya kerana takut ia gugur dibadai angin
Lepas ni tinggal daun sahaja
Berlian
Bening..
Insha Allah.. ada sebatang pokok menjalar di pergola juga telah mengeluarkan buahnya di laman nurani.  Nanti bila ia masak akan saya ceritakan di entri mendatang ...

Berkarya sambil menonton TV Alhijrah lintas langsung dari Masjidil Haram Makkah dengan membayangkan diri sendiri dan umat Islam di seluruh dunia sedang menuju ke padang Arafah untuk berwukuf pada tanggal 9 Zulhijah ini untuk menunaikan salah satu rukun haji.  Memori lalu yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila pun selagi hayat masih dikandung badan.  Menitis airmata bila mengingatkan dosa-dosa bak buih dilautan.  Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa-dosa hamba-hamba-Mu ini

Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia ~ petikan dari wiki

Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari Arafah bagi jemaah haji yang berada di Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

SELAMAT BERPUASA

Comments

  1. Selamat Menyambut Aidil Adha esok.. belakang tu deretan rumah kedai kan.. tak bising ke An?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam eid adha juga utk Midah & klrga .. kat belakang tu mmg bising. Kadang2 rasa macam berada di Uttar Pradesh.. huhuhu.. apa nak buat rumah kedai dah jd hostel foreigner..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?