Thursday, 31 October 2013

Dear Diary..

Assalam..

Dear Diary..  Hamboi! tajuk tak menahan.   Tak tipu.. dah lama tidak menulis diari.  Bukan tidak mahu menulis tetapi cuma menulis yang penting-penting sahaja. Contoh : Nomer akaun AZNV..akaun pinterest.. akaun twitter dsb yang berkaitan dengan password dan yang sewaktu dengannya.  Semenjak sudah berusia ini.. agak sukar untuk menghafal dan mengingati nomer yang panjang dan unik tu. So perlukan diari untuk dicatatkan segala nomer-nomer ajaib itu... takut lupa!  Hasilnya.. helaian diari akan tetap masih banyak yang kosong tidak bertulis .. O Dear Diary!

Apa kata Dear Diary saya minggu ini.. marilah baca!

26 October ~  Saturday 8.30 - 11.00 pm
APB6 Resident's Get Together.  Apa tu?  Jamuan jumpa-jumpa dengan jiran-jiran di kejiranan kami terutama yang baru berpindah dengan jiran yang lama dan juga sesi pembentangan laporan tentang aktiviti dan akaun kepada semua ahli.
Bouncing castle
Durian
Pai Ayam & Blueberry
Kambing..
Nyams
Moral of the story ~ happening!  Ada bouncing castle lagi.. apa tu?  Ala.. tempat untuk budak-budak meloncat-loncat and have fun while their parents get together... hehehhe... Ada durian, ada bihun, roti jala, pie ayam , ada kambing panggang dsb.. mak aihh!  Anyway.. seronok jugalah emak engkau ini ber get together walaupun ayah berada di Melaka dan sempat balik tunjuk muka sekejap lepas tu balik semula ke Melaka.   Ms little yang paling happy sebab first time mak kasi chance mingle dengan gang-gang kelas tahsinul dia sambil main buaian malam-malam.  Hamboih!

27 October ~ Sunday morning
Kejiranan 3H.. lorong kediaman saya menyajikan acara "breakfast not in bed" tetapi di padang kemudian disusuli dengan acara-acara sukan untuk anak-anak, keluarga, acara jamuan hari jadi dsb. Sempatlah tunjuk-tunjuk muka ala kadar jangan tidak .. tetapi tak sempat lama kerana supir perlu menghantar anak-anak ke kelas tahsinul. Kelas tetap kelas ya.. no ponteng-ponteng sebab hujung minggu ni terpaksa ponteng sebab majlis nikah kahwin kak teh di KJ
Hanya sempat menggoreng macaroni
Our breakfast is ready
The children took parts & enjoyed the moments vv much
Moral of the story ~ Whaa... abang kata terkejut tengok een bawa balik banyak goodies. Have fun lah dia tu.. walaupun cuma dapat mingle sekejap aja di padang usai kelas tahsinul.  Seronok melihat jiran tetangga menambahkan kasih sayang bersilaturahmi untuk mengeratkan persahabatan. InshaAllah.. kita akan tinggal lama di sini. Jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita.

27 October ~  Nearly 12 noon
Kak Arifah dan Roszi dah called. "Cepat Rehan.. akak dah tunggu depan guard house."  Ha.. actually dah berjanji ke kenduri kawen ustaz kami di Dewan Hambali di Masjid Asy- Syarif, Meru. Cepatan....
One for the blog
Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair... .  What a sweet couple!
Moral of the story ~ sorilah ya ustaz.. minggu ini anak murid tua ini pun akan ponteng mengaji juga..huhuhu  

28 October ~ Monday evening
Petang ni usai ambil Ms Little dari SAR terserempak dengan satu kemalangan di  simpang empat depan Econ Save.  Bayangkan jalan jammed serta-merta.  Emak yang memandu begitu berhati-hati mengintai-intai namun tidak nampak apa-apa. Menurut  Ms Little yang terjenguk-jenguk dari tingkap katanya ada budak terlungkup di tepi jalan yang dikerumuni ramai orang.  MashaAllah.. takutnya.  Hidup lagi ke? mak tanya. " Entahlah mak.. een tak nampak jelas.."

Tiba-tiba teringatkan anak sendiri.  Kesian anak orang yang jatuh tu.. kalau keluarganya tidak tahu macamana? Macamana?  tak boleh.. tak boleh jadi. Kena pusing balik.. pusing balik.  Walau hari hampir senja kami berpatah balik dan menuju ke tempat kemalangan. Dari jauh ternampak seorang wanita India berlari-lari membawa ais batu penuh sedulang ke tempat kejadian.  Memberikan pertolongan cemas kepada mangsa dengan meletakkan ais di badan mangsa.   Seorang lelaki Cina tidak berbaju hanya berseluar pendek berdiri disebelah mangsa.  Memberanikan diri menghampiri mangsa.  Rupanya seorang remaja Melayu hampir sebaya dengan abang sedang menaiki motosikal dilanggar lari oleh lori.  Lori blaah.. macam tu sahaja.  Mujur lelaki Cina itu berada di tempat kejadian dan berjaya mengheret mangsa ke tepi jalan.

Alhamdulillah.. syukur dia cuma pengsan sekejap namun mengalami kesakitan dalaman di perut, pinggang dsb.  Seorang lelaki Melayu berjaya menghubungi keluarganya.  Remaja itu berada dalam keadaan separa sedar sambil mengerang kesakitan.  

Moral of the story ~ Teruja!  Walaupun kawasan kejadian merupakan kawasan yang ramai didiami bangsa Cina dan India tetapi mereka sangat mengambil berat dengan memberikan pertolongan serta-merta tanpa mengira bangsa.  Teringat peristiwa beberapa tahun dahulu  dengan satu kemalangan motor yang terjadi di sebuah perkampungan Melayu.  Bukan sahaja tidak ada yang "volunteer" membantu menghantar mangsa yang pengsan ke hospital, malah dompet mangsa pun hilang diseluk.  Astaghfirullah.. hal azim.. bayangkan jika yang kemalangan itu kaum keluarga kita..  sedih dengan sikap segelintir bangsa kita    


28 October ~ Monday night
Berkesempatan membuang masa dengan menonton "Master's Sun" drama Korea abad ini yang tersangat "sweet" lakonan So Ji Sub dan Gong Hyo Jin sebanyak 17 episod adalah merupakan satu rekod baru.  Rekod tu.. 2 hari bila ada free + selang-selang episod yang tidak penting, maka tamatlah kisahnya.
Gong Hyo Jin dan So Ji Sub
Sedikit tentang sinopsisnya :-
Joo Joong Won (So Ji Sub) is a cold and ambitious CEO, who measures all human relationships through money. Tae Gong Sil (Gong Hyo Jin) is a sensitive assistant, who suffers from insomnia, due to her ability to see ghosts after an accident. Joong Won will learn to trust Gong Sil and falls in love with her.
Verdict :  Thumbs UP!  Kelakar.. i like funny dramas..  ala-ala drama Ghost Whisperer lakonan Jennifer Love Hewitt

29 October ~  4 petang
Menerima kunjungan  dua orang kakak-kakak ex-colleague satu ketika dahulu. Rupanya business women ini berkunjung dengan misi untuk mencari rakan niaga untuk meluaskan rangkaian perniagaan jualan langsung.  Terubat rindu dengan arwah kak Shima kerana mereka ini dulu rapat dengan arwah. 
Kak Mus dan kak Midah ex-CMM
Moral of the story ~ Hati belum terbuka lagi untuk berjualan langsung..  huhuhu.... Anyway, seronok bila ada yang berkunjung bertanya khabar.  

29 October ~ 5.45 petang
Petang ni terkejut sebab sedang memandu tiba-tiba terdengar bunyi berdentum. Allah hu akbar! Saya dah langgar siapa?  Brek mengejut.. nasib baik kereta dibelakang pun brek juga.  Rupanya side mirror disebelah kiri terkatup dilanggar.  Terus membuka cermin kereta. Rupanya side mirror dilanggar dek sipenunggang yang berbasikal melanggar arus.  Aiyoo..   dari manakah datangnya kamu.  Lucky, sipenunggang basikal tidak jatuh dan cuma mengusap lengannya. Alhamdulillah..

29 October ~ 7 malam
Merasa gelisah kerana kenapa ayah tak balik-balik lagi dengan cik kakak nih.  Dah masuk maghrib ni. Cepat-cepat suruh miss little telpon ayah.  Ayah kata " Mommy.. kan ai ada kelas Selasa dan Khamis malam "  OMG.. OMG..  cik kakak mesti sedang menunggu depan sekolah dengan mata bulat menahan tangis.  Camnalah mommy tak hengat.. MashaAllah!  hari dah gelap..

Apa lagi.. memecut laju kalah Michael Schumacher kata kau... hahahaha... Akhirnya nasib baiklah kakak berteman dengan seorang kawannya yang ketinggalan van yang sepatutnya dinaikinya. Alhamdulillah... kakak kata takde hal mak.. tadi kakak dah telpon emak tapi een yang jawab.  Fuhh! lega.. kakak tidak menangis walaupun mak lambat ambil.. selepas menghantar kawan kakak, kami pun pulang
Masih confuse dengan nama pelakonnya

Verdict :  Alamak... I love U Mr Arrogant (Drama kat TV3 pukul 7.00-8.00 mlm) dah lama start.. tak tunggu ai... sampai hati!  Nii budak2 ni punya cerita .. mak dah terjebak .. terlajak menonton.. hehehe..

30 October ~ 9.30 malam
Hari ini ayah sebelum pukul 5 pagi tadi dah bertolak ke Penang.  Semoga mr hubby selamat dalam perjalanan pergi dan balik.. amin. 
Abang pula pergi ke sekolah dengan menaiki motor untuk menghantar buku sekolah. Alhamdulillah.. abang dah ada lesen L untuk motor.  Semoga dia juga lebih berhati-hati di jalanraya..selamat pergi dan selamat pulang.. amin

31 October ~ hari ini..
Hari ini hari terakhir di bulan Oktober. Kalau sesiapa yang dapat menimang anak perempuan pada hari ini.. bolehlah diberi nama Yati October.. hahaha.. berilah nama  Yati Octavia. Siapa tu? Tak kenal? Untuk yang muda belia tu.. Yati Octavia ini ialah pelakon cantek popular Indon satu ketika dulu.  Dia lahir pada bulan October so diberi nama Yati Octavia.. Barulah glam kot! 
Favourite place bila tak berkesempatan untuk memasak seperti hari ini
Family Feast Chicken Crazy Crunch + coleslaw + mashed potato + Pepsi and Wedges with creamier cheese .. ummmp!  Belanja diri sendiri or ayah jika membaca.. boleh claim tak ? heeee...
Bunga telur.  Hasil tangan bakal  pengantin. Semoga majlis Sabtu ini berjalan lancar dengan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt... semoga semuanya dipermudahkan.. amin

Inilah catatan diari saya setakat hari ini. Kali ini catatan diari ini saya simpan di blog sahajalah. Bila teringat nak baca, saya ulang baca balik.. 

Walaupun Dear Diary  ini tiada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau pun yang mati (ayat cliche kurun lalu) dengan semua pembaca budiman tetapi cukuplah untuk dijadi kan sebagai "sepanjang jalan kenangan.." buat diri saya sendiri.

BYE BYE OCTOBER.. 
WELCOME NOVEMBER!

Friday, 25 October 2013

Life must go on


Assalam alaik..

Anggerik desa
Indahnya anggerik kembang mekar di laman emak di KKB
Alhamdulillah.. hari ini rasa lega sedikit.  Semalam masuk sahaja ke bilik mereka berdua rasa kosong sangat. Tiada lagi yang melingkar atas katil.  Tiada lagi baju-baju bergantungan atau belum dibasuh. Tiada lagi buku-buku merata-rata. Tiada lagi kaklong dan  sudah tentu juga tiada kak ngah yang telah terlebih  dahulu berpamitan.   Semuanya kemas dan bersih sahaja... menahan sebak seharian dengan membuat kerja-kerja rutin selalu adalah sesuatu yang amat sukar.

Hari ini sudah ok. Merenung jauh dan bermuhasabah diri. Mereka semuanya bukan hak kita.  Hanya Allah swt sahaja yang berhak ke atas mereka.  Oleh itu redhokan pemergian ini. Serahkan mereka kepada-Nya.   Bak kata kaklong Lina " Life must go on... "

Langit yang cerah pada mulanya
Bertukar mendung akhirnya
Done with her attachment at HTAR for 3 weeks. Alhamdulillah.. tiap-tiap malam usai balik dari kerja, akan bercerita itu dan ini ~  " Mak.. tadi kaklong jahit mat rempit."  " mak.. tadi ada satu makcik tu kesian..."  " mak.. tadi ada patient tu mabuk."   bla..bla.. bla.. Mak dah miss that moment already
As always kaklong akan balik lambat.. paling lewat 10.00 malam. Jarang yang cepat.  Bila banyak kes menjelang malam, dia langsung tak balik dan terus membantu di hospital.   Enjoy sangat kerjakan.  Mengenali ramai orang adalah satu rahmat dan keberkatan dari Allah swt. Bersama salah seorang rakan dari MSU.   InshaAllah pasti berjumpa lagi
Bersama para doktor yang banyak membantu dalam memberi ilmu yang sukar dicari
Time to go back and study! Ahlan misr
Bersama kakak
Dua beg besar 46kgs dan satu hand luggage not exceed 8 kgs.  Alhamdulillah.. ngam  ngam
Ya Allah.. semoga semuanya dipermudahkan dalam urusan perjalanan ini .. amin
Adik-adik yang teruja
Hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang tersirat dihati
Peace
Mommy miss you already
Posing dulu
Posing jangan tak posing
Pasu besar dan miss little
Ayah
Snap.. snap
Abang
sibling.. kak ngah sahaja yang tiada
Senyum


Syukran jazilan.. kak long Lina bersama Aliya dan Iman yang sudi mampir
Peluk ketat
ketat-ketat
Akhirnya..
Selamat jalan sayang..
Ma as sa lamah.. wa ilal liqo'.. semoga berjumpa lagi. InshaAllah..
i'm waiting for you

AHLAN MISR

Wednesday, 23 October 2013

Laman Grill ~ A late night dinner

Hari-hari Tasyrik sudah berlalu.  Tiada lagi takbir raya bergema dimana-mana.  Sedih pula rasanya. Jika ada umur yang panjang.. inshaAllah.. masih bisakah diberi kesempatan untuk kita mendengarnya lagi?   Semoga Allah swt murahkan rezeki kami.. amin

Sila klik  video di atas ini sebelum kita baca entri ya... MashaAllah.. subhanaAllah.. Doa yang sangat syahdu.  Ya Allah  ... dengan berkat-Mu murahkanlah rezeki kami.

Old fling! Cam kat kopitiam pulak dengan B&W tone bagai.. **wink**

Hari ini anakanda kami kak long akan bertolak ke Mesir ( yesterday's status ).  Bagaimanakah perasaan ayah dan emak terhadap pemergian anakanda yang akan berangkat tidak beberapa jam lagi.  InshaAllah.. emak ayah yang satu  ini tenang-tenang sahaja.  Sedang membuat persiapan terakhir untuk bekalan ke sana sambil up-load gambar-gambar untuk entri ini.  Semoga semuanya dipermudahkan.. amin

Malam Sabtu yang lepas kami berdating  dengan Along Wiwi dan adik-adiknya.  Andak berdua masih di Makkah ketika ini dan semoga mereka berdua juga sihat sejahtera di sana setelah selesai menunaikan kerja-kerja ibadah haji.  Akhirnya ajakan berdating menjadi misi berdating beramai-ramai pula.  Hahaha... maaflah kerana tidak menjemput semua.  It's just a small gathering only. Meraikan pemergian kak long ... dan menggembirakan anak-anak dan anak buah sahaja.

Lamb Grill, Steak and Bar-B-Que
Mak Ude and the gang.. tq  for the arrangement!
Ahli majlis sedang bersidang
Appetiser -  Caesar Salad ordered by Pak Ude
Appetiser - the soup
lovely couple
Apple Juice
The bar - all the juices fresh from here..
floor.. cool eh!
The tissue
Appetiser juga nih... Buritto apa ke bende namanya
Pesanan dah sampai..
The gang
Ni emak punya
Ni ayah punya
Mmmm...
Paklang & maklang's
Steady Ajiq!
Potong mesti ada style..
Ni kaklong punya..
Actually.. 
The sauce looks good
Eat slowly
The gang
Buddy
Yumm..
Akhirnya sampai juga..
Buddy
Tunggu Nana.. kakak dah habis dulu.  Pinggan kosong kakak pun dah diangkat
Ayah..
Along Wiwi's
Pak Ude : Bila nak balik nih?  Mak Ude :  Tutti Frutti kat depan tu je.  Kaklong :  Bunga sabun cantik gak.. Alang : Wall paper batu bata pon ok. Along : Esok nak balik naik bas.. (cerita-ceriti dalam hati) hehehe.. agaknyalah
Kak long nak balik Egypt dah... tak sabar.. tak sabar!
Masa kecil dulu dua-dua arwah wan yang jaga..  
 We're not 50 yet! woot..woot
The gang
Saranghae.. 
Feel bless..
Taufiq : Bila nak datang makan lagi kat sini.. Abang  :   Digest dulu yang makan tadi  
Nizam :  HAH! Are you sure nak datang lagi? .. hahaha.. 

Good Guys
Ani.. yang senantiasa manja dengan umi
Apa-apa pon.. Alhamdulillah..
Sesiapa yang berkesempatan tu silalah terjah!
Dah makan.. dah kenyang.  Sekali-sekala berkumpul tu.. seronok juga makan di tempat yang tidak pernah kita cuba.  Rumah makan abad ini yang tengah top meletop kerana Chef Zubir top judges kat rancangan Master Chef di Astro tu adalah chefnya.  Malangnya malam itu beliau berada di cawangan Laman Grill di Kajang.  Tak dapeklah den nak dapat signature dish.. kata korannglah.  Eden tak kisah...

Verdict :   Disebabkan sibuk makan.. lupa nak interview ahli majlis seorang seorang.  Namun mari dengar apa kata Paklang Polis yang duduk semeja 
" Restoran Sabar Menanti..." katanya  hahhaa.. patutlah pun.. sabar Paklang.. ramai kot.  Kena masak one by one specially made giteww.    Apa pula kata cik abang saya sejurus masuk kereta.  
" Apa pun abang still sangat suka dengan kambing ayah masak! "  hmmm... mode :  Anak ayah.. mestilah puji ayah . khen.. khen??????    Dan mak kata pulak " Oklah ayah... anniversary nak dekat.. bolehlah candle light kat sini berdua sahaja.. " hahahha... mode : nak menggodalah tu.. hahahaa.. Note : Ayah sila baca! wakakaka..

Anyway.. kami enjoy aja makan di mana-mana..   yang paling best.. kita tak order dessert kat sini sebab kita ada plan besar lagi nak makan lepas ni.. malam kan masih mude!

On the way.. nak makan dessert.. sempatlah sibujang tu "feel alive!"
WOW!  Froyo tu..
Menggembirakan the little one

Nizam yang handsome.. ehem.. 
Terimakasih kaklong cik fara!  .. sila baca short cut pantun sikit.. daun keladi.. belanjalah lagi! amboi pantun katanya
We enjoyed it very MUCH!
Sesi "Auld Lang Syne".. 
Pandang sinilah..
HAH!  
InshaAllah.. ada rezeki kita gather-gather lagi. Actually i should post this entry yesterday. 
Mode : Feeling blue! 
Kak long Nur Amira Nabila sudah selamat bertolak ke Mesir via Egypt Air malam tadi pukul 9.55 malam. Semoga semua urusan di sana dipermudahkan oleh Allah swt.  Hanya kepada-Mu kami memohon. Hanya doa dari kami mengiringi pemergianmu.  InshaAllah..

BE GOOD BE BETTER BE THE BEST!