Salam Terakhir..



Hilangnya doa ibu buat membalut cinta , menyulam kasih serta sayang.. malah membalut luka kala kesedihan

Gambar arwah emak bersama mr hubby pada syawal yang baru lalu

Sesiapa yang mengenali arwah ibu mertua saya pasti tahu bahawa beliau merupakan seorang wanita yang tersangat istimewa dan tersangat baik hati. Hampir 23 tahun lamanya menjadi sebahagian dari ahli keluarga yang akrab ini dengan mengahwini anak lelakinya, membuatkan pemergiannya meninggalkan kami semua apabila dijemput mengadap ilahi amatlah sangat dirasai apa tah lagi oleh keluarga arwah sendiri yang seumur hidup bersamanya.  Senyumnya, tawanya, tangisnya dan terutama rajuknya...  dan dengan senda mr hubby yang selalu balik dengan lawatan mengejutnya ~ "surprise !!" yang membuatkan arwah selalu  teruja menantikan kehadirannya.

Arwah emak pada hari terakhir di hospital Tuanku Mizan sebelum dibenarkan di bawa pulang kerumah

Arwah Hajah Yan bt Teh Rokiah telah kembali ke rahmatullah pada 31hb Ogos 2013 bersamaan 24 Syawal 1434H sejurus sebelum solat maghrib di rumah beliau di Taman Bukit Cheras dan selamat di kebumikan di tanah perkuburan Islam Alam Damai, Cheras ~ Al fatihah.. 

Arwah juga sebenarnya menyambut hari ulangtahun perkahwinannya pada 31hb Ogos juga yang bersamaan dengan hari kemerdekaan negara kita MALAYSIA.

Arwah emak yang saya kenali ~ 
Satu ketika dulu ketika berhenti solat di sebuah masjid, arwah pernah menghadiahkan sepasang telekung baru miliknya sendiri kepada seorang "hamba Allah" yang sangat suka dengan corak telekung arwah tanpa berfikir dua kali.  

Konsep sedekah yang sangat terbaik.  Memberikan milik kita yang terbaik kepada orang lain.  Dapat memahami betapa terbaiknya arwah?  Ini hanya sekadar menekankan personaliti bagaimanakah orangnya arwah mertua saya ini.

Haruman bantal pandan buat melapik mahkota bonda 
Haruman bunga buat iringan bonda
Exactly.. umur arwah emak  bila ditanya secara tepat memang tiada jawapan yang pasti.  Anak sendiri (mr hubby)  kata 88 +++ .. tapi kata cucunya wan dah mencecah 90 tahun.  Kad pengenalan hanyalah kad sahaja,sama seperti emak saya sendiri yang kami ragui akan umurnya yang pastinya tidak  tepat. Almaklumlah.. zaman dolu.

Memenuhi hajat arwah untuk di usung oleh cucu-cucu lelakinya secara berjalan kaki ke surau Al Mubarakah Taman Bukit Cheras sepanjang 100 meter

Sebenarnya saya menunggu mr hubby menyiapkan puisi buat bonda tercinta untuk entri kali ini tetapi.. semacam menunggu buah durian yang tak gugurlah pulak sebab mr hubby kata " apa yang ai rasa akan kehilangannya tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata".. oklah saya faham akan kesedihannya.   

Kebenarannya mr hubby ialah seorang anak yang tersangat mencintai ibunya.  Di raya terakhir kali ini arwah emak mengungkapkan kata-kata ini kepadanya tanpa sedikit pun menangis seperti kebiasaannya saban tahun pada sesi bermaafan di pagi raya.  
Kata arwah " Lan.. mak suka kau macam ni, kau jangan pernah berubah.. "  sambil tersenyum.   Kala menaip entri ini, saya sedar arwah emak pun sangat menyayanginya. Sebagai isteri saya amat mengaguminya. Semoga Allah swt juga redho dengan kedua anak beranak ini.. amin




Namun kemenangan besar padanya kerana berjaya melalui bulan Ramadhan ini dengan amal ibadat yang amat sempurna bagi wanita yang seusia senja seperti arwah emak.  Dapat khatam Al Quran, dapat menunaikan solat tarawih berjamaah di masjid walaupun berkerusi roda, dapat mendengar ceramah dari imam dari Palestin dan Jordan dsb. Semoga Allah swt menerima segala amal ibadat dan segala kebaikan arwah ini. 



Sekadar sedikit perkongsian betapa beruntungnya arwah.  Beruntung kerana mempunyai anak-anak yang sangat prihatin terhadap beliau.  Sanggup membawanya ke mana-mana demi memenuhi impian dan hajatnya.  Betapa beruntungnya mempunyai anak yang ramai.  Arwah meninggalkan 10 orang anak, 9 orang menantu, 52 cucu + 11 cucu menantu, 23 cicit + 1 yang bakal lahir, 1 menantu, 1 cucu dan 1 cucu menantu yang telah lebih dahulu mengadap ilahi.  Dan tidak berkesempatan menyaksikan perkahwinan beberapa orang cucu nya yang dijadualkan tidak lama lagi.  Harap betulkan ya.. kalau tersilap pengiraan   





Saya "copy paste"kan  apa kata sebahagian dari coretan kesedihan dan kerinduan anak-anak dan cucunya tentang kehilangan yang abadi ini.. 

Setalah seminggu mendapat rawatan, bonda Hjh Yan bt Hj Ahmad, telah kembali kerahmatullah pada petang hari Sabtu 31/8/13 . Di Suboh pertama pulang kerumah amat merasai pemergiannya. " Ya Allah ya tuhan kami, kau lapangkan lah kuburnya dan permudahkan lah urusannya disana"
ALLAHUMMAFIRGLAHA WARHAMHA. AMIIN..
Sungguh sayu dan pilu yang tak terhingga x dapat menahan air mata bercucuran semasa Dr, Mohd Zaki membacakan dao buat arwah bonda tersayang, jutaan terima kasih buat Zaki segala pengorbananmu hanya Allah saja yg akan membalasnya...amin

Asam pedas ikan parang, asing2 kan tulang, letak kicap. Gaul. Makan bersuap...
kalau masa mak sakit raya hr tu, kemas kat dapur sorang2 mesti wan jengah dapur.. tolong kemas sekali.. sampai jatuh2 bekas plastik. lps tu wan sedih, wan ckp, ak ni dh x guna dah.. nk angkat bekas plastik pn x larat..
tp mlm ni kemas, wan da x jenguk da.. rindu wan.. semoga wan sentiasa dicucuri rahmat.. alfatihah utk arwah wan dan atuk.. sesungguhnya kenangan itu akan sentiasa tersemat di lubuk hati yg paling dalam..
mama agung namamu oh mama mama perlindong hidup ku mama.. pengorbananmu tak terhhingga perlindong ku pagi dan petang o..
o..oo.mamaku sayang tiada didlm dunia cinta semurni mama tiada didlam dunia kucinta sebagai mama..mama perlindong hidupku mama..semoga ditempat bersama orang yg beriman alfatihah .....amin
Rindu...nak cium lagi arwah wan...nak dengar suara wan...nak tgk wan senyum...nak tgk wan makan...nak tolak wheel chair wan..nak bawak wan g toilet...nak siapkan wan...nak tgk wan berusaha tuk dtg setiap majlis anak2 wan...rindu sangat...rindu sangat2...

Allahummaghfirlaha warhamha...Al-fatihah buat arwah wan yg sangat2 aku sayang...semoga wan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...
waktu atuk mula2 meninggal dulu wan berhari menangis teringatkan atuk..

sekarang ni giliran kita pula yang menangis teringatkan wan.. baru hari ke-6,tapi kakdek dah start rindukan wan. lagi2 bila dah nak masuk belajar balik ni. wan akan tanya lagi berapa lama nak belajar. kalau wan da takda nanti boleh ke balik rumah jenguk wan.

betul kata orang, bila orang tu da takde baru kita teringat balik memori indah bersama mereka.

Al-fatihah buat arwah atuk dan wan yang aku sayangi.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat dan menempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman.. amin
Semoga Allah swt memberi balasan sebaik-baiknya kepada seluruh sahabat handai taulan yang datang menziarah dan mengucapkan takziah.. amin

Dan semoga kita semua bersabar dan redho dengan ketentuan Allah swt, mengucapkan Alhamdulillah kerana memberikan pengakhiran yang baik dan Al-Istirja’ (mengucapkan Innalillah wa Inna ilaihi raji‘un)”. 

Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. AL-FATIHAH.

 JAZAKALLAH KHAIRAN KHATHIRAN

Comments

  1. Catatan paling indah dari seorang menantu. Rindu itu tetap hadir sampai bila-bila. Alhamdulillah, wan diraikan oleh anak menatu dan cucu cicit hingga akhir hayatnya petanda bahawa almarhumah seorang yang baik. Khusnul khotimah untuk Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. semoga kita semua senntiasa diberkati & dirahmati juga.. amin

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?