Wednesday, 11 September 2013

No Bake Desserts Recipes

Salam pagi yang cerah... alhamdulillah

Saya terima SMS ni selepas beberapa hari "open house" berlalu.  Mesejnya bertaip begini :-

~ Dessert masa open house tu sedap,  boleh tak kasi resepinya.. nak cuba buat

Si Baldu Merah

Dah tak nampak biskut raya lain dah..

Sebenarnya saya bukanlah penulis resepi.  Chef pun bukan.  Tukang masak di rumah sahaja. Namun adakalanya apabila dah penat dah boring dah tiada ide nak masak .. senang cerita "kerajinan menghilang"  dan yang pasti pun yang masih dan yang paling suka pergi makan-makan di luar juga.  

Nak kongsi resepi juga.  Resepi simple sangat yang biasanya di buat oleh anak-anak.  Anak-anak ? Betul..  "Teachers" akan menyediakan bahan-bahannya dan anak-anak ini akan memanipulasikan menjadi hidangan yang cantik untuk di makan.  Tak payah masak-masak, tak payah pasang api dapur pun.. ini sebenarnya resepi paling senang nak buat lepas tu "declare".. whaa.. i made my cakes! 

Ditujukan kepada semua rakan-rakan dan jiran-jiran yang sempat menjamah dan bertanya dan nak buat agaknya " No Bake Desserts" ni . (Resepi profesional sila search google ya.)  Saya dan anak-anak paling suka dengan resepi yang main campak-campak sahaja.  Untung sabut timbul, untung kelapa tenggelam.  Maknanya.. dengan izin Allah swt jika jadi.. jadilah ia!

Bahan2nya :-

  1. Red Velvet cake  ~ beli siap kat Tesco
  2. Whipping Creme
  3. Tatura milk cream cheese
  4. Castor sugar


Cara2nya
~ Kek di potong ikut suka di dalam bekas.  Buat layers lagi bagus.  Cream cheese + whipping cream (agak2 sukatannya tapi whipping cream jangan lebih dari cream cheese) putar sampai kembang + masukkan gula castor (ikut suka nak manis atau nak tawar).  Kemudian salut pada kek dan simpan dalam fridge.  

Halal Tatura Milk Cream Cheese ~ ada di jual di Tesco & Giant

Whipping Cream ini ada di jual di mana-mana pasaraya juga

Ready made Red Velvet Cake ~ ada di jual di Tesco.  Harga antara RM4.50 - RM5.99 (kalau tak silap) satu bekas.

Potong suka hati korang la..

Layers dengan cream cheese yang sudah diputar.. Dah siap sejukkan dulu dalam fridge supaya cream cheese tu mengeras, barulah ummph!
mmmm... mama muahhh!
Dan saya terima SMS lagi.  Taip si penghantar mesej :-

~ Yg lg satu tu.... camne lak

Mode : hahaha... biar betul!

Tiramisu... bukan "Mira i miss you ya!"

Bahan2nya


  1. Biskut lady finger / biskut marie (suka hati..)
  2. 1 sudu besar serbuk nescafe (atau yg sewaktu dgnnya) + semangkuk kecil air panas = biar larut
  3. Whipping cream + Tatura cream cheese + castor sugar = pukul sampai kembang


Cara2nya
Celup biskut dalam bancuhan air nescafe.  Susun rapat2 dalam bekas.  Ratakan cream cheese atas biskut.  Kemudian susun lagi lapisan biskut yang dicelup nescafe atas cream itu.  Buatlah sampai 2 atau 3 lapis.  Kemudian sejukkan dalam fridge.


sama

sama

Biskut lady finger ~  Saya suka texture lapisannya bila di potong

Bancuhan nescafe

Biskut yang dicelup.. di susun rapat & kemas

Layers dengan cream cheese yang sudah diputar

Hari itu lapisannya sangat cantik.. hari ini tak berapa nak menjadilah pulak.. heeee

Kemudian saya terima SMS lagi.  Taip si penghantar mesej:-

 ~ TQ.. anak nak buat bawak gi sekolah

Mode : hahaha.. kan dah kata.. resepi anak-anak ni. Sangat simple!

Extra special.. sebab tak sempat nak buat masa "open house" hari tu.. dan terlupa nak pulangkan balik pada Andak mesin sagat ais ni.. apa kata kita telan ayaq lioq tengok ABC spesel nih..

Ni kak long punya

Kena bubuh kacang lebih sikit...yummeh!

Verdict :  Hidup tak perlu menyusahkan.  Buatlah sesuatu yang senang untuk dimakan.  Janji sedap!

Moral of the story : Masak dari hati kata Chef Ammar


HAPPY TRYING!

2 comments:

  1. alahai yan..dessert dan stew kambing ari tu memang terlepaslah sbb masa aku dtg kau dah buat plan B. Tak mau tunggu next yr..bila2 buat stew panggil aku noo...

    ReplyDelete
  2. inshaAllah.. mintak maaplah ita.. hari tu mmg kelam kabut sikit.. nnt bila buat aku call!

    ReplyDelete