Good friends are hard to find..

Assalaam ..


Berkesempatan menziarahi sahabat lama Azman Ali di Bangi dan Ahmad Zurin Noh di Gombak pada musim raya yang baru sahaja berlalu dan akan meraikan pemergian Azlina Mat Isa dan suami menjadi tetamu Allah swt ke tanah suci Makkah al Mukarramah nanti ini akan di abadikan sebagai "sepanjang jalan kenangan".  Kiranya edisi 3A lah ni.. Azman, Ahmad Zurin dan Azlina

Baru tak baru dah nak masuk raya haji baru  entri keluar.  Ni bukan kes "double standard" ya.. huhu  

Kami berkenalan sejak di zaman ITM lagi.  Dah masuk 27 tahun .. lama kan?

mohon share  tuan punya gambar..terimakasih

Sama kursus sama bidang sama jurusan. Mereka sahabat mr hubby dan saya juga sahabat mereka. Kami belajar di dalam satu kelas satu ketika dahulu. Walaupun umur tak sama tapi ada yang sebaya .. apa ada hal.  Kiranya dah lama kenal hati budi masing-masing.  Rahsiamu rahsiaku.. mmm..  namun jangan risau, tidaklah saya nak membocorkan rahsia apanya dalam entri ini .. hahaha..

MashaAllah.. comel. Saling tak tumpah like his daddy tapi cute like his mommy too.  Azman's latest edition nih.  Tahniah! Kami ziarah nak tengok baby baru juga.
Little superman ini ialah Arraies Zain bin Azman Ali.  Sorry .. auntie lambat posting gambar baby. Dah nak masuk 2 bulan kalau tak silap.. mesti dah tambah chubby.   Semoga terus sihat dan menjadi anak yang soleh serta sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah swt dan tentu sahaja menjadi kesayangan kepada keluarga ini.. amin
Mama yang masih dalam pantang ketika ini. Cikgu Che Zainab ini adalah isteri kepada sahabat kami Azman Ali. Terpegun melihat taman indah dan kemas milik pasangan ini.  Gubahan pokok-pokok bonsai hasil kreativiti tuan rumah.  Whaa.. teruja melihat betapa cantiknya halaman mereka.

Azman Ali bersama mr hubby.   Cemburu dengan pokok bonsai hangpa tu.. Berangan nak "magic"kan pokok-pokok kat rumah tu jadi pokok bonsai.. soon!
Nampak tak "bintang raya" yang tergantung tu.. Kalau nampak bintang tu  maka confirmlah itu rumah Azman.  Besarnya bintang!  Banyaknya lampu..      
Kemudian ke rumah sahabat kami Ahmad Zurin Noh dan isteri NorAinon Othman pula di Gombak. Jejaka kacak yang menjadi rebutan gadis di ITM ni... ehem.. satu waktu dululah.  Jangan marah Non.. nostalgia ni. Mee goreng hari tu.. sedap sangat.  Apa kata kita kongsi resepi?  (tukar tajuk da... hahaha)
Teruja dengan warna merah di dining hall tuan rumah.  Apatah lagi dengan apa yang "special" yang dilekatkan di dinding.  "A Famosa" kat Melaka tu kalau tengok ni mesti automatik kata " welcome to momma!" hehehe.. tak sia-sia ai pakai tudung sama warna
Jangan tak tahu pula .. selain dari berkebun (tanam pokok anggur siap berbuah lagi..)  Zurin bersama suri hatinya Nor Ainon ini mempunyai hobi yang sangat "marvelous". Cer teka? Apa tu? Apa lagi.. mereka ini adalah "collector fridge magnet" tahap tegar... lihatlah di dinding tu! Untuk penggumpul magnet di luar sana.. jangan cemburu.. hahaha.. kedua pasangan suami isteri ini lewat tugasan ,selalu ke luar negara so koleksi fridge magnet mereka sangatlah "awesome"  

Terkenang apa kata Zurin dulu ~ 
Kak Yan (panggilan mereka pada saya) .. abang Ngah (panggilan gelaran mr hubby dulu di ITM) ni rajin. Almari baju dia sentiasa kemas tersusun ..     (sesi mencarikan jodoh masa tu.. jangan pula ketawa.. serious matter ni..)

Moral of the story ~ Apa tak tersusunnya.. baju hantar dobi dah lipat siap.. 


Verdict : Terimakasih Zurin kerana beria-ia mempertemukan jodoh kami. Semoga perkahwinan ini terus berkekalan hingga ke akhirnya dalam rahmat dan keberkatan dari Allah swt.. amin

Akhir kata ~ Terimakasih kepada Azman Ali dan Ahmad Zurin Noh serta keluarga masing-masing kerana telah berbesar hati menerima kunjungan  kami.   Jazakallah khairan khatira

Malam tanggal 30 September nanti akan menjadi malam yang amat indah pada sahabat se ITM kami Azlina Mat Isa (Lin) dan pasangannya YB Zairul kerana terpilih untuk memulakan perjalanan menunaikan ibadah rukun Islam ke 5 dengan menjadi tetamu Allah swt di tanah suci Makkah Al Mukarramah. 

Berharap dan berdoa semoga diberi kesempatan oleh Allah swt meluangkan diri untuk menziarahi Lin dan YB Zairul sebelum mereka berangkat di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya nanti. Jom pakat pi ramai-ramai..
Foto terbaru dari fb Azlina ~ Lin bersama keluarga. Selamat menunaikan ibadah haji sahabat..semoga mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan selamat kembali
Lin yang manja ini merupakan sahabat baik suka dan duka saya.  Kalau turun ke utara, inshaAllah kami akan cuba sedaya upaya untuk bersua. Saling kunjung mengunjungi merupakan resepi keakraban kami selama ini.  Begitu juga dengan suami Lin, YB Zairul yang rapat seperti sahabat sekelas kami juga kiranya.  Dari Repoh, Kangar hingga ke Arau.. Padang Besar ke Langkawi.. mana dia pi.. kami ikut na..  

Semoga sahabat-sahabat kita semua di mana sahaja mereka berada terus mempertahankan dan mengeratkan silaturrahmi ini. Semoga Allah swt memberikan kita kebahagiaan dalam kehidupan, panjang umur dalam keberkatan, kesihatan yang berpanjangan serta kesejahteraan di dunia dan di akhirat kepada kita semua.  

Juga kepada kesemua bakal-bakal haji (kak Hadiyaton ~ kakak ipar saya dan suami abang Lazi ) di mana sahaja diseluruh pelusuk dunia semoga mendapat haji yang mabrur. Amin..

Betul kata pepatah " Good friends are hard to find, hard to lose and impossible to forget "

SALAM KASIH SAYANG

Comments

  1. Semoga persahabatan kekal hingga keakhir hayat...
    Lin,selamat melaksanakan ibadat haji bersama suami tercinta.
    Semoga mendapat haji yg mabrur,,,Insyaallah,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?