Bath ~ One of the most beautiful cities


#throwback

Nostalgia di Roman Bath iaitu kolam air panas yang didakwa boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit katanya yang terletak di Bath, UK. 

Di zaman kegemilangannya seorang penulis John Wood the Elder ada menulis:

'The Baths were like so many Bear Gardens, and Modesty was entirely shut out of them; people of both sexes bathing by day and night naked.' 
Terjemahannya :

'Baths ketika itu seumpama "Bear Gardens" (taman yang dipenuhi beruang.. tanpa baju hanya bulu.. dah binatangkan..huhuhu..) dimana kesopanan (perasaan malu) telah tidak wujud lagi di dalam diri mereka; rakyatnya dari kedua-dua jantina mandi siang dan malam tanpa seurat benangpun (telan****.. oops!).'


(Nauzubillahiminzalik..  disebabkan kolam air panas itu, manusia sudah hilang perasaan malu!)

Begitulah terkenalnya Roman Bath ini sehingga pelabur dari seluruh England sanggup melabur untuk penambahbaikan kolam air panas ini.

Walau bagaimanapun, langit tidaklah selalu cerah. Insiden seorang gadis meninggal dunia pada tahun 1979 disebabkan oleh penyakit meningitis yang ketika itu begitu jarang dialami oleh manusia ketika sedang berenang di spa menyebabkan kurangnya ia mendapat tajaan atau pelaburan untuk membangunkan Roman Bath sehinggalah ia terpaksa ditutup .

Walau bagaimanapun Roman Bath tetap menjadi tumpuan utama pelancong ke UK dan ini membantu pengusaha-pengusaha untuk membuka kembali kemudahan-kemudahan spa yang ada di hotel2.

Teringat saya akan kolam air panas di Kerling "once upon a time". Semasa emak masih kuat dan sihat dahulu, kami sering juga berkelah sambil bermandi manda di sungainya di sana dan sempat juga merendam kaki yang gatal di kolam air panasnya.  Namun tidaklah dapat dibandingkan dengan kolam air hangat di Langkawi, di Pedas, NS atau pun di Poring, Sabah.  


Berlatarbelakangkan "Town House" zaman Georgian dan kereta kuda yang siap untuk membawa pelancong meneroka Bath.  Lai.. kak ngah.. lai... nanti kena colek... colek kat pipi takpe na..
Berhenti rehat setelah penat menjelajah ke Roman Bath
Bila kak ngah minta di dokong bermakna tibalah masanya untuk berhenti rehat..haish!
Di hadapan Victoria Art Gallery.  Masuk adalah percuma
Victoria Art Gallery menyimpan hasil lukisan artis-artis dari abad ke 15 sehinggalah ke hari ini

Di hadapan Roman Bath dan muzium ini pengunjung juga dihiburkan dengan  pertunjukan seni oleh artis atau seniman jalanan. Ada silap mata, petikan gitar dan biola malah ada yang menjadi patung dengan berbagai aksi dan solekan. Berlagak patung tanpa bergerak-gerak dalam tempoh yang agak lama.  Sila hulurkan wang kepada mereka atas menghargai bakat dan usaha yang telah mereka pamerkan. Macam-macam.. haih!

Bath juga merupakan kota budaya yang mempunyai "Royal Theatre" yang menyajikan persembahan teater terbaik di luar dari kota London. 


The Jane Austen Centre ialah gedung cerita tentang kehidupan lampau penulis tersohor Jane Austen yang mendapatkan idea menulis semasa beliau tinggal di Bath.
Pulteney Bridge ialah jambatan yang merentasi River Avon di Bath dan siap dibina pada tahun 1773. Bukan sahaja kerana senibinanya yang cantik tetapi ia adalah di antara 4 buah jambatan di dunia yang mempunyai kedai-kedai di kedua-dua belah kiri dan kanannya.
Kedai-kedai yang kebanyakannya menjual barang-barang antik, cenderahati, kedai bunga, kedai minum dsb. Kita pasti dapat melihat River Avon di sebalik tingkap kaca kedai-kedainya.  Itulah keunikannya.

Perkhidmatan "City Tour" menyediakan khidmat pemandu pelancong yang akan bercerita tentang sejarah Bath.

Bolehlah berehat sambil melelapkan mata seketika.  Bas ini akan berhenti-henti di tempat tarikan pelancong dan kita boleh turun dan akan dibenarkan naik semula. Tiket-tiket bas ini sah sepanjang hari. Itulah sebabnya ia dipanggil "Hop on and off Ticket". 

Di atas bas "city tour"menjelajah Bath. Seorang sebotol jus Ribena penghilang dahaga

Kami menginap di Orchard Lodge yang sangat selesa dengan kadar yang agak murah kerana terletak di pinggir bandar
Menu vegetarian untuk sarapan kami ketika itu ialah sup cendawan yang enak, kacang panggang dan roti bakar.  Itu sahajalah yang berani nak makan.. huhuhu..

Dah penat!
Hanya sedikit catatan sepanjang jalan kenangan di Bath yang dapat dikongsikan bersama. 

InshaAllah.. bertemu lagi di entri yang lain dalam lawatan ke **Cadbury World di Birmingham pula bersama kedua arwah mertuaku.  

**Ehem.. jangan takut nak makan cokelat Cadbury ... dah halal balik kata  JAKIM.. 
Wallah hu alam   ;) 


HAPPY READING

Comments

  1. Flash back ya.. sweet memories always remain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. boring kat hospital, bacalah entri dolu2.. panjang sgt maka haruslah dikemaskinikan.. update jgn x update!

      Delete
  2. kaknoor baru je balik dari bath september lepas temankan anak, dah cantik bangat dah skrg ni bath ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?