Departure ~ Anata ni aita kute

Anata ni aita kute
Betul ke ni kak ngah? ( mak translate dari google)

"Homesick"  ya?
Patutlah semalam mak terkejut dari tidur dan terus panggil nama kakngah. Rupanya kakak yang dok main sims kat sebelah katil ayah tu senyap2.. (sama macam kak ngah hampir sebulan yang lalu.. haish!) 

Bezanya bila mak panggil kak ngah.. bukan kakngah yang sahut tapi ~  "ni kakak lah mak.." bhahaha.. you too really "not made a sound" a like!

Bersabarlah ya.. menuntut ilmu itu dituntut oleh agama.  Sekejap aja.. chotto !

To Haneda Airport ~ Departure 2.45pm
Alhamdulillah.. setelah di post mortem oleh ayah, si beg merah ini dapatlah ngam ngam 30kgs
Ayah sempat hadir dari bengkel di Sepang untuk menghantar kak ngah ke LCCT. Mujur dekat..
Jangan lupa tampal kat sketch book ya..
mommy miss you too!
Sayonara kak ngah! We always love you.. (senyum tapi nampak sedih dalam hati)

Dengan kehadiran kak long di rumah setelah evakuasi dari Mesir yang lalu membuatkan "feeling lost" akan kak ngah seakan terubat juga. Namun kini hanya berjumpa kak long di sebelah malam sahaja.  Kak long kini membuat "attachment" di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang selama 3 minggu sebelum pulang menyambung kembali pengajiannya di Tanta.  Go go kak long!
Rezeki datang lagi.. tidak disangka tetamu2 - Dukturah Anis Zarina dari Cairo Uni dan Nadhira Fadzlin dari Ain Shams Uni sudi bertandang kerumah usai taklimat perjumpaan pelajar Msia/Mesir with KPM, MMC, MDC dan Lembaga Farmasi Malaysia 
Ada sambal udang tempoyak + petai hidangan makan tengahari untuk tetamu 
Tak pernah makan... dah makan.. 
Ada gulai asam pedas ikan pari
Bubuh daun bunga kantan dan daun kesum.. hmmm.. 
Actually.. ayah beli pes asam pedas ni dari Melaka.. sangat sedap! recommended..
Selang beberapa hari kemudian menerima kunjungan tetamu jauh ~ Farah Ameera ada, Hajar ada, Atikah pun ada...  Ikin dan Aishah je tak ada! Nanti datang lagi ya.. semua ni housemate kaklong dari Mesir. Achik amat berbesar hati. Tak sempat nak masak yang best-best!
Di sebelah kanan Atikah bersama mamanya. Minta maaf di atas layanan yang tidak seberapa.. hanya sempat "mengkway teow" goreng sahaja akibat kekangan masa

Dari Anas bin Malik r.a., katanya:

Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: 
Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."


"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."


"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."


"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

Di copy paste dari ~ indahnya agama islam

Bersabarlah sayang.. inshaAllah jika ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?