Wednesday, 25 September 2013

Ada yang honeymoon di DEMC

Assalaam mu'alaikum semua

Tengok tajuk pun dah tahu siapa yang sakit ke DEMC dan siapa yang berbulan madu tahun ni di DEMC sahaja... hahaha.. (kesiannya..  sayalah tu)

Alhamdulillah.. kakak dah semakin beransur sihat tapi ada orang di rumah yang komplen sebab macam dah jadi nurse pulak kena panggil ambil itu, ambil ini (tapi bukanlah mak ya..mak staff nurse) tentulah abang dan miss little.  Bila kakak panggil aje.. cepat-cepat datang.  Sayang juga awak berdua kat cik kakak ya.

Alhamdulillah..masuk hari ke 3 di rumah cik kakak dah ok sikit..bubur pun dah boleh habis semangkuk dah. Pelan-pelan nanti baiklah tu.  

Apendiks oo apendiks.. setelah lama asyik komplen sakit perut sakit perut.. bawa gi klinik asyik di dianogsis angin lah, gastrik lah.  Akhirnya, setelah selesai menghantar kak ngah ke LCCT untuk pulang ke Akita pada 21 Septambir Sabtu lalu, kami bersiap pula untuk ke Andalas untuk menghadiri kenduri tahlil di rumah mak uda pada sebelah petangnya.  

Kemuncaknya tiba bila majlis bacaan yassin dan tahlil selesai dan tetamu mula beratur untuk mengambil hidangan, kesakitan kakak sudah tidak dapat dibendung lagi.  Kaki dah lembik asyik tersadung,  sakit perut yang tidak tertahan menyebabkan muka pucat lesi.  Airmata yang gugur jangan cakaplah...  Apa lagi emak pun bagaikan "superman '' memecut Innova ke DEMC dari Klang ~ berdesut!!

Note : Maaflah ayah.. sebab terpaksa berkejar-kejar to-fro dari Sepang ke Shah Alam.  (Ayah tiada pada malam itu kerana menghadiri bengkel 3 hari di Sepang) 

Hospital Pak Teh katanya
Nomor kamar
Day 1 : kesian kakak.. sakit
Kakak terpaksa berpuasa sejak kemasukannya ke ER malam sebelumnya
Glam.. ada bakul, dulu dapat beg 
Remote control untuk naik turunkan katil
kakak..
serba tak kena.. orang sakit nih
Kakak di tolak masuk ke OT..  berserah kepada Mu Ya Allah
OT di tingkat dua dan keluarga boleh menunggu di "waiting room"
Terimakasih kak long cik Fara bawa lunch untuk semua yang menunggu.  Juga alang dan angah Jaja serta Haziq yang menceriakan hari kami di sini
Day 2 ~ JOM breakfast.. alone & lonely.  Takkan nak makan depan anak nasi lemak sambal bagai. Mode : emak prihatin.. makan soranglah dulu
Akhirnya.. Day 3 ~ setelah pembedahan selesai. Menghadapi trauma "after effect" bius yang teruk. Mual-mual dan muntah-muntah sepanjang malam hingga ke pagi. 

Bubur ayam

Kena paksa makan
Kena minum jus dan banyak air kosong

Apa kata mereka pada saya

Doktor Jamal :  Kakak ni manja sangat.. baru nak bius dah nangis.. habis operation, dah sedar.. nangis lagi.  Tahanlah sakit sikit.. manja sangat nih.. 

Kakak :  Doktor kata masa nak operation tu.. bayangkan kakak sedang terapung dalam air.  Lepas tu Doktor Wan masukkan bius dan kakak terus tidur

Emak : hmmm... tahun ni plan mak dah habis.. mak dah honeymoon kat DEMC aja da..!

Cantikkan.. pemandangan dari jendela bilik kakak
Whaa.. emak dah berangan nak buat lanskap taman macam ini
InshaAllah.. jika ayah bagi "budget".. bajet sangatlah.. heeee
Kakak dah tunggu.. valet mak ambil kereta
Dapat MC sampai 4 Oktober..
Untuk yang sihat ke?
Apa pun.. terimakasih kepada semua yang datang menziarah dan juga yang turut berdoa untuk keselamatan dan kesihatan yang baik dan berpanjangan.  Juga untuk para doktor Dr Jamaluddin Yusak, Dr Wan Afaf, Dr Adam, Dr Tg Arizal dan para jururawat sekalian.  Jazakallah khairan kathiran 

KEEP HEALTHY


2 comments:

  1. Salam, nape teruk sangat lepas kena bius.. takkan manja sangat sampai muntah-muntah kut he he.. harap skrg dah sihat kakak, dan boleh makan nasi lemak mak he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaha.. kakakkan.. itulah ghopenya.. no "sambal" ~ pantang.. (iyalah tu..)

      Delete