Sunday, 11 August 2013

Dah raya.. 1434Hijri



Allahumma taqobbal minna shiyamana, wa qiyamana, wa sujudana, wa tilawatana, wa shodaqona. Taqobbal Allahu minna wa minkum kullu aamin wa antum bi khoir.

Semoga Allah swt menerima dan membalas amal ibadah kita - saya dan anda (puasa, solat malam, sujud, tilawah AL Qur'an, sedekah, dll) dengan balasan yang baik. ~ Semoga setiap tahun kita akan mendapat kebaikan yg berterusan .. amin.. begitulah lebih kurang terjemahannya

Rendang ayam

Rutin raya yang tidak pernah berubah.  ..  tidur pukul 3.00 - 4.00 pagi merupakan rutin biasa bagi ibu-ibu seperti kita yang bergelar masterchef ini menjelang raya... amboi!

Cheras.. KKB.. Cheras.. KKB... emak mertua di Cheras, mak di KKB.. kau hado?

Namun kegembiraan meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa agak sedikit hambar kerana korum tak cukup.  Dua orang anakanda yang berada di perantauan. Kak Long confirm tak pulang dan kak ngah inshaAllah pada 18hb Ogos baru akan pulang...

Kesimpulan ~ sorrylah Ngah.. family portrait tiada.. 


Merendang ayam
Dua ekor ayam untuk rendang ayam istimewa. Tahun ini ayam daging sahaja.. tiada ayam tua. Kalau tidak mahu isi ayam hancur.. gorenglah potongan ketulan ayam sedikit biar isinya kenyal. 

Tahun ini mak merendang ayam dengan menumis dahulu bawang merah dan putih sampai naik bau, menumis cili giling + cili api hijau, 3 serangkai serai + halia + lengkuas dan akhirnya baru masukkan  pati santan bersama sedikit air serta asam keping dan terjunkan ayam dan kerisik kelapa. 

Dengan ini kita tidak payah menunggu masa yang lama untuk menanti rendang kering.  Namun kalau menggunakan ayam tua, tidaklah perlu sesi menumis tadi.. cuma perlu terjunkan bahan-bahannya sekaligus ke dalam kuali.    Apabila rendang ayam agak kering masukkan daun kunyit sebagai pewangi rendang. Pewangi? Apa tu? Amboi.. Ingat Ambi Pur sahaja yang wangi ke.. 
Mari beroperasi

Paling suka dengan mixer ini berbanding dengan blender biasa ialah kita tidak payah menggunakan air untuk menghancurkan bahan-bahan seperti bawang, halia, serai , cili mahupun lengkuas.

Daging kambing sedang di rebus untuk hidangan kedua ~ lamb stew black pepper my style

Meja dapur yang berkecah


"My helper" yang sangat sibuk.. mana nak membasuh seekor kambing lagi, nak merebusnya lagi dan di samping itu sibuk memberus dan membersihkan porch kereta.. bagi makan kucing-kucing yang tak puasa lagi.. membersihkan sangkar kucing lagi.. dan bla.. bla.. bla.. terimakasih ya ayang!  Buat kerja last minute barulah thrill kata saya.. hehehe..  
Selamat hari raya kak long.. selamat hari raya kak ngah.. ayah pakai "brown" baju melayu tahun ni



Alhamdulillah.. jadi juga stew saya

Miss little dengan kakaknya Cik Fara

Selamat hari raya juga dari emak...blurry

Sessi pungutan "ang pow"

Sessi  tele-skyping dengan kak long baru bermula


MashaAllah.. ramainya nak bertele-conferencing dengan kak long

TV di kerumuni untuk live show dengan kak long di Tanta

Mak lang buat apa tu? Subhanallah.. mak lang bagi tips cara cara buat rendang dinding pada kak long

Pak ude buat apa tu?  haahaha.. Rembau most wanted yo!

Nur Zahrah yang terus diulit mimpi

Mak Andak yang kurang sihat meraikan hari jadi di hari raya.  Semoga mak andak cepat sembuh. .. amin.. Sanah helwah ya gameel kak..

Ziarah kubur mengingatkan kita tentang kematian. Al fatihah untuk kedua abah dan seluruh muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan kita.. semoga mereka di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman..amin

Nur Marissa yang cerdik.. baru dua minggu tu.. subhanaAllah

Adegan yang ingin kita lihat

Alhamdulillah.. tahun ini tite dah kawan semua orang.. mashaAllah..cumelnya tite tu!

Kakak dan saya sempat beraya sakan sampai ke tengah malam di KKB. Melawat bapa saudara dan emak saudara serta handai taulan.  Di antaranya bersama makcik Awa, adik wan yang masih sihat.

Mmmmuah.. sayang makcik!



Abu Ayyub al-Anshari radhiallaahu 'anhu meriwayatkan, Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Puasa Ramadhan ganjarannya sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka bagaikan berpuasa selama setahun penuh." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hubban dalam "Shahih" mereka)

SELAMAT BERPUASA
TERUS BERPUASA

1 comment:

  1. Syiokknya raya bila ada rendang ayam dan kambing black pepper tu.. bau sampai Meru ha ha.. memang tak lengkap raya tanpa anak di sisi.. tapi raya mesti tetap dirayakan tanda kemenangan!

    ReplyDelete