Dah nak raya .. Part 2
MashaAllah... dah nak raya ( Part 2 bagai.. amboi!)
Grup "Pancaran Kasih" beraksi kembali. Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh seluruh famili. As usual kak long dan kak ngah taderrr. Fadya pun tader, Adammm yang chubby aje yang ada ngan Nur Zahra dan Nur Marissa. Alhamdulillah.. buat penglipur lara dan melepas lelah.
Verdict : Ada pecal, ada gulai asam pedas ikan parang, ada kerabu (untuk orang mengidam kot) dan yang paling spesel ada home-made mee rebus Johor achik dan onde-onde ibu untuk juadah berbuka.. hmmm... rugi siapa yang tak makan malam tadi.. hahaha.. kan dah nyesal!

Acara menganyam ketupat |
Orang kuat? |
The making of Dodol |
Dah tak sabar nak gantung.. lambat lagi tu |
Serunding.. in the making |
Carik daging.. |
Ramadhan kali ni agak "over exhausted" sebab two helpers yang paling efisien tiada di rumah dan jauh di perantauan... Letih dan penat!
Apapun.. baiklah bersabarkan.. bersabar lebih baik... Apa? helper yang lain? Ada di rumah.. tapi adalah lebih baik mengemas bilik-bilik mereka sendiri kerana ianya adalah amat sangat dihargai..
Biskut raya " tunjuk" |
Jangan usik magnet kat wall tu ya.. precious! mild-warning..hehe... (mak ni..) |
Apa-apa pun sebab tak buat kuih raya.. so acara penat-penat buat home-made cookies tu telah di "erase' kan dari diary for this ending week.. Alhamdulillah.. walau pun ada yang tidak berpuas hati sebab nape mak tak buat biskut cokelat chips famos amos tu? Ha.. soalan tu.. sila jawab.. sila jawab..
JAWAPAN : Sebab ayah dengan berbesar hati telah membeli sedikit biskut buat juadah tetamu yang datang berhariraya.. alhamdulillah.. tak payah membazir masa dan tenaga sedangkan nanti ada yang tidak dimakan.. jangan ikut nafsu, nanti binasa!
ALASAN : Supaya mak tak penat dan boleh join malam-malam ke surau sampai ke penghujungnya. InshaAllah.. semoga diberikan kita kesihatan dan kekuatan.. amin
Acara bertadarus khatam Al Quran pun dimana jua.. selesailah sudah. Bunga telur ni untuk SRA Bt 4 |
Next door neighbour buat penambahbaikan rumah..
|
Kesedihan juga tak dapat dibendung.. melihat dan membaca di media tragedi Ramadhan kematian berdarah di merata tempat di dalam mahupun di luar negeri. Kejadian seperti banjir, kebakaran, meninggalkan anak dalam kereta, kemalangan jalanraya dsb yang mengakibatkan kehilangan orang-orang yang tersayang.. anak-anak kecil menjadi yatim piatu..
Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Setiap yang bernyawa pasti akan mati."
(Al-Anbia': 34).
Juga krisis yang belum nampak lagi pengakhirannya di Palestine.. Mesir.. Syria.. Rohingya.. dll. Krisis kemanusiaan, keagamaan, politik..
Dimanakah kita ? Apakah peranan kita?
Dimanakah kita ? Apakah peranan kita?
Sila baca link di atas dan ambil peduli..
Menderma dan berdermalah jika berkemampuan.. berdoa dan berdoalah untuk mereka ini setiap habis solat. Mungkin hanya itu sahaja yang kita mampu kerana kita bukan siapa-siapa.. hanya insan biasa
Betapa hiba mendengar kisah-kisah benar kesengsaraan dan pahit getir dari para imam Palestine, Jordan dan Rohingya yang datang berjamaah di surau-surau kita selepas solat taraweh.

Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui.. Maha Kuasa .. Allah hu Akbar
"Biarlah kita jadi insan biasa-biasa tetapi jadilah insan yang bermanfaat pada agama dan bangsa" ~ petikan dari Qari Junior TV3
"Biarlah kita jadi insan biasa-biasa tetapi jadilah insan yang bermanfaat pada agama dan bangsa" ~ petikan dari Qari Junior TV3
Before.. |
Alhamdulillah... kabinet dapur basah (wet kitchen) mak akhirnya dah berpintu! Mode: senyum sampai ke telinga.. kalau sesiapa berkenan daun pintu spt ini boleh ke link ini www.ofiano.com/ |
Dan bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati ini dengan patuh kepada perintah yang Maha Esa.. meninggalkan apa yang dilarang. Amar makruf nahi mungkar..
Amar makruf dan nahi mungkar (Bahasa Arab: الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر) berasal daripada peristilahan ayat al-Quran yang bermaksud "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran".
Firman Allah:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)
Namun... rasa sedih dan agak terkilan juga sebab penghantaran parcel pos ke Tanta telah dihentikan buat seketika kerana dikhuatiri parcel yang dihantar tidak sampai kerana kemelut pergolakan di sana. Kak long beli baju raya kat sana ajalah ya..
InshaAllah.. mak hantar "BY HAND" sendiri kot.. ????????? amboi.. cita-cita.. psss.. ayah sila baca!
Macaroni cheese bakar.. (bahan-bahan apa yang ada dalam stok di dapur saya sahaja.) Pastikan masak awal untuk mengelakkan dari terlambat untuk dibuat juadah berbuka. Di bakar dalam oven untuk selama 40-50 minit. Lamanya..
Untuk hasil yang "impressive" sila layari resepi di sini http://www.tiffinbiru.com/2013/01/makaroni-bakar-ala-melayu.html atau |
Akibat kesuntukan waktu untuk berbuka puasa di Shah Alam.. semua tempat yang sodap dah di fully booked.. Mujur ada restoran ini yang menambah meja di depan laman restoran |
nyams.. |
Alhamdulillah.. surau di depan mata.. lepas beriftar sempat bersolat maghrib berjamaah |
Pesanan dari Stunning Hijabs ~
“If you haven’t cried to Allah in a while, these few nights are your chance. Don’t miss out. Pray, admit your sins and find peace.”— Nouman Ali Khan
Selamat Beribadah
slmt hr raya maaf zahir d batin. Mood raya macam dah hilanglah...smpai la ni rasa pe2 pun.
ReplyDeletesalam lebaran utk ita juga.. jgn sedih2.. kita ceriakn diri utk anak2...
Delete