Cameron Highlands ~ A beautiful morning!

Assalamualaikum kekasih ilahi

Cuti sekolah masih panjannnggggggggggggggggggg!

Untuk yang tidak beraya ke mana-mana .. apa kata bawa anak-anak naik ke dataran tinggi ini. 

Sekarang ini trend beraya sambil bercuti bukan hanya balik ke kampung halaman sahaja.  Pusat peranginan dalam negeri dan hotel merata "fully booked" sahaja. Jiran di hadapan rumah berbangsa Cina dah lama pergi bercuti dengan meninggalkan pengawal keselamatan yang berkawal di laman rumah.  Cuti panjangkan... 

Awal Ramadhan lalu pernah juga terfikir untuk beraya berdua di Egypt bersama anakanda di sana tetapi apabila menatap wajah emak dan emak mertua yang sudah uzur. Hasrat terpendam kami simpan dalam diam. .huhuhu... berani nak raya kat luar tu ya! hahaha....

Berayalah bersama ayah bonda selagi hayat mereka masih ada..

Sekadar gambar buat pencuci mata..


Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Bunga mekar pengganti diri

Ampun maaf di pinta

Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki

Kalau ada tulisan yang mengguris hati

Jangan di simpan dalam hati

Kelak menambah luka yang dalam

Jika disimpan di dalam diam

Tulisan bukan untuk meninggi diri

Jauh sekali untuk bermegah-megah

Tulisan sekadar coretan kepada anak-anak dan keluarga tercinta serta handai dan taulan

Satu masa dulu (katanya)  kita adalah satu keluarga

Maka titipan kenangan untuk semua ini

Hanyalah sekadar buah cinta kita semua

Untuk dinikmati

bersama-sama

Indahnya kenangan manis

Bukan hanya kemanisan sahaja tetapi pahit hempedunya juga

Ya Allah.. berpegang teguhlah mereka dengan tali Allah swt

Teguhkanlah iman kami dengan amal dan takwa

Ya Allah.. kami hanya insan biasa-biasa yang tidak punya apa-apa

Sekadar tulisan untuk dijadikan peringatan dan teladan

sweet yam yang sangat sedap.. panas-panas dari pengukus

Sedap.. tak tipu!

strawberry is a must


Akhirnya..

Hello.. hello!  cantik tak rambut raya saya? ~ status retis di pagi raya kat fb.. hehehe..


Pesanan untuk diri dan keluarga dan semua : Ada lah lebih cantik kalau  menutup aurat.. tak gitu? Pahala dapat.. dosa tiada.. peace!

Pesanan terakhir untuk sesiapa yang sihat dan mampu untuk melakukannya.. apalah sekadar  6 hari berbanding dengan ganjarannya.. InshaAllah.. 


SELAMAT BERBUKA PUASA

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?