Little bundle of joy..

Alhamdulillah... petang khamis yang suram dikejutkan dengan kedatangan tetamu yang tidak disangka-sangka.  What's a surprise!  

Little Maisara




Menerima kunjungan Dr Khathijah bersama cucunya Maisara.. mashaAllah.. sudah berumur 4 tahun.    Dah besar!  Kalau tak silap kali terakhir berjumpa Maisara, ketika itu baru berusia 2 1/2 tahun.. how times flies!  Amat pemalu pada mulanya namun kembali petah  ceria bila sudah agak lama bertandang.  Jemput datang lagi ke rumah nenek ini ya..

Kembali pada entri... tajuk apa tu?  Little bundle?  Buntil kecil?   Juga selalu di sebut sebagai "Bundle of Joy".. Buntil kegembiraan..  Apa tu..  janganlah pura-pura buat tak tau pulak ek!  Newborn baby yang baru lahir kurang dari 4 minggu .. atau lebih tepat baby-baby yang belum pun mencecah 2 tahun.  Mestilah comelkan.. sering di samakan seperti kain yang putih bersih, suci dari sebarang dosa dan noda.. dengan bau harum syurganya, dengan pipi mungilnya, kadang-kadang mata pun belum berapa nak buka.. MashaAllah.. membuatkan kita semua  berasa geramm... dan amat teruja

Ok.. nak cerita sikit pasal buntil nih.  Actually. buntil kecil yang memberi kebahagiaan  ini ada dua iaitu
  1. bayi yang baru lahir
  2. bayi yang baru lahir  
Aikk.. sama aja tu .. ha..  tapi ada yang membezakannya.  Perbezaannya ialah mereka dilahirkan oleh ibu-ibu yang berbeza.  Berbeza? .. hmmm.. nanti kita cerita lagi ya!

Dan di kesempatan ini juga saya ingin memperkenalkan " bundle of joy " terbaru grup pancaran kasih.. tahniah!   Actually ketiga-tiga ni cucu -cucu  terbaru ipar saya.

Sedikit perkongsian ketika melawat bayi yang baru lahir ~ bacalah doa ini dulu ya..  Jangan terus nak gomol aja baby tu dulu.. taulah korang tu pantang nampak baby.. bersemangat betul .. huhuhu..

Untuk Bayi Lelaki :




اللهم  بارك لهذا المولد وأعذ من الشيطان وعمله

( Allahumma Barik Lihazal Maulud Wa U'Izzu Mina Syaithoni Wa 'Amalihi )

Untuk Bayi Perempuan:




اللهم  بارك لهذه المولدة وأعذ من الشيطان وعمله

( Allahumma Barik Lihazihi Mauludah Wa U'Izzu Mina Syaithoni Wa 'Amalihi)

Maksudnya : Ya Allah, berkatilah bayi ini dan lindunginya dia daripada gangguan syaitan dan amalannya.. amin

Jangan lupa hadiahkan doa ini apabila melawat baby yang baru lahir. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang patuh pada perintah-Mu, taat pada kedua ibu bapa, anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.  Lindungilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam perjalanan menempuh kehidupan ini.. amin.. 


 Muhammad Aqil Zakwan



Liza with baby Aqil ~ baby no.3 


Hadi Fathulhaq Bin Mohd Firdauz




Ayien with baby Hadi



Anak Abi ~ Fid Fathir



 Nur Zahrah binti Mohd Hafidz 


Masha Allah.. 


Ijah with baby Nur Zahrah 
Ikatan membedung bayi yang baru lahir.  Kemaskan..


Kita sambung balik tentang ibu-ibu yang berbeza ini .  Dalam kes saya ini, ibu-ibu yang dimaksudkan ialah  kesemua yang bergelar ibu termasuklah  ibu-ibu kucing saya.  Ibu kucing di rumah ni (walaupun taklah se comel Lisa Surihani) namun ia sering menjadi tumpuan ramai hero-hero di luar sana.   Baby-baby kucing tu.. tentulah merupakan "bundle of joy" kami sekeluarga.

Jacq @ Jagoan ~ menggigil bila kene posing.. hahaha.. shian
boleh buat carpet nih.. bening, jacq & berlian
Berlian menyorok2..
Wah.. kemain happy Mei, Jun & Rejab dapat keluar dari sangkar.. kami dah BESAR! hamboih..  Mei, Jun dan Rejab adalah anak kepada ibu Itam




Kaklong dan kak ngah  kenal tak saya lagi?  
  I am Fatiah!



Fatiah yang cerdik ... 


" Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."
(Surah Ali 'Imran 3: 38)

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?