Wednesday, 31 July 2013

Dah nak raya ..

Raya .. nak raya... 



Checklist before raya

  1. shopping baju anak-anak ~ done
  2. kemas rumah tegar ~ belum beroperasi besar2an lagi..
  3. buat kuih raya ~ hmm.. takdelah kot... (tunjuk je!)


Miss Little sibuk kira hari.. berapa hari lagi nak raya ni.. tapi tiba-tiba dua malam dulu


Miss Little : Mak.. malam ni een ikut pergi taraweh ya..

Mak : Alhamdulillah..  (dalam hati selalunya semangat nak ikut solat taraweh berkobar sebelum waktu berbuka .. lepas berbuka, lepas solat maghrib berjemaah.. mulalah "engine" nak ikut solat taraweh slow balik...)

Miss Little :  Ustazah kata malam ni last malam maghfirah...malam pengampunan.. lagi 10 hari lagi Ramadhan nak habis..

Mak : (Dalam hati.. aikk! dah tak excited nak raya dah)

Miss Little :  Takutlah mak.. takut kalau Allah swt tak ampunkan kita & kali ini Ramadhan last kita..

Mak :  (Sebak dan takutnya mak rasa..)

Moral of the story :  Even the children knows.. betapa singkatnya dan besar maknanya sebulan Ramadhan dalam setahun ini kepada umat Islam.   Sering disebut bulan menambah saham akhirat, bulan kesabaran dll 

Berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan.. ganjarannya :

  • Berupaya menbentuk jiwa yang bertaqwa lalu bahagia hidup dunia dan akhirat
  • Diampuni dosa-dosa yang telah lalu
  • Mendapat pintu khas ke syurga iaitu ar-Rayyan
  • Rahsia antara hamba dengan-Nya

10 hari pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 hari pertengahan disediakan keampunan dan 10 hari terakhir adalah perlepasan daripada api neraka.

Semoga anak-anak yang soleh dan solehah ini akan dapat memberikan syafaat kepada orang tuanya.. amin...

How about us?  I cried non-stop last night before went to bed.   Takutnya kepada Allah swt.. takut akan dosa-dosa bak buih di lautan.  Astaghfirullah hal azim.. 

Maybe.. mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Siapa tahu..  

Tambah hiba bila teringat pada anak-anak yang jauh.. pada kak long di Egypt.. dengan situasi yang sedang bergolak di sana, pada kak ngah di Jepun yang sedang berjuang menghadapi peperiksaan akhir semester 1, pada anak-anak dan suami yang sedang lena.. pada emak juga yang sudah tua...

Let's pray hard to achieve our target!  Ini adalah malam malam terakhir menuju ibadah.. InshaAllah.. 





" Ya Allah... Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku"

(HR Tirmidzi no. 3760 & Ibnu Majah no. 3850)




Tragedi hampir berulang.. dua minggu lepas,  usai hantar een ke SAR maka saya singgah sebentar untuk mencari "something sodap" nak masak untuk iftar kat pasaraya berdekatan.  Terkejut bila menyaksikan berduyun orang ramai datang berlari di tempat letak kereta. 

Rupanya seorang ibu, sibuk ber'shopping' telah meninggalkan anaknya yang tidak mahu turut sama dengan alasan penat kerana berpuasa. Apa lagi.. anak ditinggalkan dalam kereta yang dipasangkan air-cond dan kereta di kunci dari dalam, maka tidur nyenyaklah si anak yang berusia di antara 8~9 tahun ini.  Bila dah habis shopping, ketuk punya ketuk anak tak bangun-bangun.. astaghfirullah...

Orang ramai melakukan berbagai ikhtiar untuk membuka pintu kereta.  Puas kereta diketuk dan digoncang untuk membangunkan anaknya itu. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mengumpil pintu dan memecahkan cermin kerana bimbang terjadi sesuatu pada si anak  

Moral of the story :  Buatlah lagi... ish ish ish.. tak serik serik.... namun alhamdulillah.. semuanya selamat.  Ambillah iktibar ~ peringatan untuk diri sendiri.


Verdict :  Berlari2 anak ke kereta sebab meninggalkan abang didalam kereta yang beraircond dan berkunci juga... intai2.. amboi.. hero sedang sibuk bertwitter... what's up mak? katanya bila tengok muka mak pucat lesi.. sabo je lah.. hmmm

Chinese tea

sirap bandung

Air cincau.. dalam gelas cincau Mohd Chan dan dalam botol beli kat kedai sebelah.. sapalah yang haus sangat tu.. hahaha

Sabtu lepas kami berkesempatan berbuka puasa di restoran Chinese Muslim Mohd Chan Abdullah di atas cadangan Miss Little yang berpuasa.  Sebagai pelanggan biasa, kami selalunya membuat pesanan secara online sahaja namun kali ini restoran ini tidak lagi mengambil pesanan makanan hanya boleh membuat tempahan untuk meja sahaja. 

Alhamdulillah.. mujur ada satu sahaja lagi meja kosong.  Itu pun terpaksa mendapat meja di luar restoran dan terpaksa datang se awal 6.30 petang untuk membuat pesanan makanan.  

Verdict : Kemudahan surau yang kecil tidak memudahkan pelanggan terutama pelanggan wanita untuk bersolat segera.  Hanya ayah dan abang sahaja yang dapat bersolat  dan kami semua terpaksa bebuka puasa selaju yang boleh kerana ada yang belum bersolat terpaksa  mengejar waktu maghrib untuk pulang ke rumah.   Namun pelanggan memang amat ramai.. (sorry.. tiada foto makanan takut ada yang telan air liur lak.. tengok gambar air ajalah ya.. peace!)


BERAMAL DI MALAM AL-QADR LEBIH BAIK DARIPADA 1000 BULAN


2 comments:

  1. Salam.. budak dalam kereta tu memang betul-betul tidur mati le ye..alhamdulillah..

    Nak beraya pun teringat sedara kita yang sedang berdepan dengan peluru hidup di Mesir dan Syria juga Myanmar... hilang rasa excited tu..

    ReplyDelete
  2. Wlkmslm.. kita yg dah tua ni pun.. kalau dh ngantuk tunggu anak dlm kereta tu pun blh trlentok2.. ni kan budak. Alhamdulillah.. selamat semua.

    Betul... mmg x feeling nak raya sgt tahun ni.. parcel post nak htr kat kak long di Mesir pun x jd pos sbb kk long kata time camni disana takut barang x sampai.. kena tunggu htr by kwn2 yg balik sana lps raya.. sabar jelah.. Dia xnak balik sbb byk kerja..

    ReplyDelete