Wednesday, 31 July 2013

Dah nak raya ..

Raya .. nak raya... 



Checklist before raya

  1. shopping baju anak-anak ~ done
  2. kemas rumah tegar ~ belum beroperasi besar2an lagi..
  3. buat kuih raya ~ hmm.. takdelah kot... (tunjuk je!)


Miss Little sibuk kira hari.. berapa hari lagi nak raya ni.. tapi tiba-tiba dua malam dulu


Miss Little : Mak.. malam ni een ikut pergi taraweh ya..

Mak : Alhamdulillah..  (dalam hati selalunya semangat nak ikut solat taraweh berkobar sebelum waktu berbuka .. lepas berbuka, lepas solat maghrib berjemaah.. mulalah "engine" nak ikut solat taraweh slow balik...)

Miss Little :  Ustazah kata malam ni last malam maghfirah...malam pengampunan.. lagi 10 hari lagi Ramadhan nak habis..

Mak : (Dalam hati.. aikk! dah tak excited nak raya dah)

Miss Little :  Takutlah mak.. takut kalau Allah swt tak ampunkan kita & kali ini Ramadhan last kita..

Mak :  (Sebak dan takutnya mak rasa..)

Moral of the story :  Even the children knows.. betapa singkatnya dan besar maknanya sebulan Ramadhan dalam setahun ini kepada umat Islam.   Sering disebut bulan menambah saham akhirat, bulan kesabaran dll 

Berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan.. ganjarannya :

  • Berupaya menbentuk jiwa yang bertaqwa lalu bahagia hidup dunia dan akhirat
  • Diampuni dosa-dosa yang telah lalu
  • Mendapat pintu khas ke syurga iaitu ar-Rayyan
  • Rahsia antara hamba dengan-Nya

10 hari pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 hari pertengahan disediakan keampunan dan 10 hari terakhir adalah perlepasan daripada api neraka.

Semoga anak-anak yang soleh dan solehah ini akan dapat memberikan syafaat kepada orang tuanya.. amin...

How about us?  I cried non-stop last night before went to bed.   Takutnya kepada Allah swt.. takut akan dosa-dosa bak buih di lautan.  Astaghfirullah hal azim.. 

Maybe.. mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Siapa tahu..  

Tambah hiba bila teringat pada anak-anak yang jauh.. pada kak long di Egypt.. dengan situasi yang sedang bergolak di sana, pada kak ngah di Jepun yang sedang berjuang menghadapi peperiksaan akhir semester 1, pada anak-anak dan suami yang sedang lena.. pada emak juga yang sudah tua...

Let's pray hard to achieve our target!  Ini adalah malam malam terakhir menuju ibadah.. InshaAllah.. 





" Ya Allah... Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku"

(HR Tirmidzi no. 3760 & Ibnu Majah no. 3850)




Tragedi hampir berulang.. dua minggu lepas,  usai hantar een ke SAR maka saya singgah sebentar untuk mencari "something sodap" nak masak untuk iftar kat pasaraya berdekatan.  Terkejut bila menyaksikan berduyun orang ramai datang berlari di tempat letak kereta. 

Rupanya seorang ibu, sibuk ber'shopping' telah meninggalkan anaknya yang tidak mahu turut sama dengan alasan penat kerana berpuasa. Apa lagi.. anak ditinggalkan dalam kereta yang dipasangkan air-cond dan kereta di kunci dari dalam, maka tidur nyenyaklah si anak yang berusia di antara 8~9 tahun ini.  Bila dah habis shopping, ketuk punya ketuk anak tak bangun-bangun.. astaghfirullah...

Orang ramai melakukan berbagai ikhtiar untuk membuka pintu kereta.  Puas kereta diketuk dan digoncang untuk membangunkan anaknya itu. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mengumpil pintu dan memecahkan cermin kerana bimbang terjadi sesuatu pada si anak  

Moral of the story :  Buatlah lagi... ish ish ish.. tak serik serik.... namun alhamdulillah.. semuanya selamat.  Ambillah iktibar ~ peringatan untuk diri sendiri.


Verdict :  Berlari2 anak ke kereta sebab meninggalkan abang didalam kereta yang beraircond dan berkunci juga... intai2.. amboi.. hero sedang sibuk bertwitter... what's up mak? katanya bila tengok muka mak pucat lesi.. sabo je lah.. hmmm

Chinese tea

sirap bandung

Air cincau.. dalam gelas cincau Mohd Chan dan dalam botol beli kat kedai sebelah.. sapalah yang haus sangat tu.. hahaha

Sabtu lepas kami berkesempatan berbuka puasa di restoran Chinese Muslim Mohd Chan Abdullah di atas cadangan Miss Little yang berpuasa.  Sebagai pelanggan biasa, kami selalunya membuat pesanan secara online sahaja namun kali ini restoran ini tidak lagi mengambil pesanan makanan hanya boleh membuat tempahan untuk meja sahaja. 

Alhamdulillah.. mujur ada satu sahaja lagi meja kosong.  Itu pun terpaksa mendapat meja di luar restoran dan terpaksa datang se awal 6.30 petang untuk membuat pesanan makanan.  

Verdict : Kemudahan surau yang kecil tidak memudahkan pelanggan terutama pelanggan wanita untuk bersolat segera.  Hanya ayah dan abang sahaja yang dapat bersolat  dan kami semua terpaksa bebuka puasa selaju yang boleh kerana ada yang belum bersolat terpaksa  mengejar waktu maghrib untuk pulang ke rumah.   Namun pelanggan memang amat ramai.. (sorry.. tiada foto makanan takut ada yang telan air liur lak.. tengok gambar air ajalah ya.. peace!)


BERAMAL DI MALAM AL-QADR LEBIH BAIK DARIPADA 1000 BULAN


Saturday, 27 July 2013

또 뵙겠습니다 kak Dek!

Salam Nuzul Al Quran everybody..

Semalam dan hari ini selsema.. (kategori hingus cair meleleh.. euwwww) 

Namun digagahkan juga ke kuliah Dhuha pagi ini. Penceramahnya ialah Dr Rosni Adam seorang doktor pergigian dengan tajuk kuliah : Muhasabah di penghujung Ramadhan.  Kuliah yang sangat bermanfaat..

Anyway, sebab dah lama tak update entri baru.. baru teringat foto-foto sempena keberangkatan kak dek Nurul Hiqmah ke Korea di airport hari tu. Sebelum nak ber aktiviti tu + kepala pun masih pening ni.. kita download dulu .. tapi postingnya entah bilalah nih.  Harap-harap entri ni tak basi lagi ya kak dek.. (psst.. een kata kak dek dah upload foto di Korea.. ) Alamak.. kena buat entri sebelum kak dek balik.. haish.. betul tak tajuk entri mak anjang ni? heee...

Rombongan detik 12 tengah malam kak Dek.. flight kak Dek pukul 1 pagi.  Mengeratkan silaturrohim sesama keluarga.   안녕히 가세요 ( Annyeonghi Kaseyo )!

Mmmuah.. mmuah... wan nak ikut tak?
Selamat jalan kak Dek..dan selamat berhari raya di perantauan.. Minal aidin wal faidzin.. simpankan memori terindah tu ya! 
Inilah dia die hard fan K-pop segala running man bagai tu... 
Hajat hati nak ikooott mak Dek ke Korea..namun apakan daya.. hahaha.. siap main galah panjang kat airport .. tengah malam tu!
Mommy and daddy sempat bermassage yo!
Terima kasih Andak atas jemputan berbuka puasa dan juga.. terimakasih kak lang Sazwani atas Pavlova yang mengancam nih.. nasib baik mak anjang dah kidnap satu.. kalau tak.. tak merasalah "hott stuff" of the week iftar ni.. ehemm
hot stuff
Ini pula Cheese cake by kak ngah Ilyani.. boleh tahan..jangan tertelan air liur dahlah.. 
Sebut pasal hot stuff.. last week kita celebrate bday ayah lepas berbuka dengan home made sponge butter cake yang toppingnya by Amira Izreena... kalah kak ngah punya cheese cake topping.. hahaha.. berseni oi!
Sayang ayah sangat-sangat!
Lamanya.. jangan jeles kak long and kak ngah

potong jangan tak potong...
Kari kepala ikan special untuk ayah
sotong goreng tepung.. crunchy.. nyams!
pecal lele pun ada

Kuih Akok.. RM2 @5 keping.. sedap.. beli di bazaar di sek 7
Alhamdulillah.. rezeki Ramadhan
Tertinggal petai untuk Een yang Andak bagi..  sorrylah ya yang.. no petai for this sambal
Gulai daging masak lemak cili api
Home made onde-onde.. true pandan flavour
Home made putri mandi @ badak berendam by Een juga

Onde-onde versi kak ngah Ilyani pula.. amboi.. Akita people nih.. melawan nampak.. hahaha..



Hahaah.. betulkan... untuk yang ada anak sorang tu "no komen" 

Sabda Rasulullah s.a.w perbanyakkan pada bulan Ramadhan ini iaitu 4 perkara :-

2 perkara untuk mendapatkan keredhaan :-
ucapkanlah Lailahaillah dan perbanyakkan istighfar

2 perkara yang mesti dibuat :-
pohonlah untuk memasuki syurga dan  dijauhkan dari memasuki nerakanya


TERUS BERPUASA

Wednesday, 17 July 2013

Sanah Helwah ya Ayah..

Sila klik..

Alhamdulillah.. hari ini berulang lagi.  Dengan ucapan yang sama, dengan ingatan yang sama, dengan kasih sayang yang sama  dan insha Allah.. dengan kami semua bersama selama hayat dengannya di bawah limpah kurnia dan rahmat dari Allah swt.. amin..

Selamat panjang umur Ayang..  Selamat panjang umur dalam keberkatan.   Happy 51st!
  
Alhamdulillah.. proud of you
Walaupun hari lahir ayah tertera pada tanggal 18 Julai tapi tidak semua tahu yang ayah lahir pada 17 Julai. Masha Allah.. dah tua sehari tapi nampak muda 10 tahun.. hahaha.. ni bukan nak jekk ya! Jekk tu apa mak? hahaha.. sapa tau dapat hadiah..

Ingat...
Tak bolehlah nak dedicatedkan lagu 150 juta by Fynn Jamal ya.. sebab bolan posa.. lagu tak menahan nafas tu

Awal Ramadhan kali ini disambut dengan perasaan yang gembira namun ada sedikit hibanya kerana anak-anak yang jauh tidak dapat berkumpul bersama.  Di saat bersahur dan berbuka.. terbayangkan anak-anak dan emak yang tiada di depan di mata, berbuka apakah mereka.. terjagakah mereka di waktu sahur..  InshaAllah.. redhokan  aku Ya Allah..

Mode : feeling blue

Sabtu pertama, kami diundang untuk berbuka puasa bersama mertua di rumah SIL kak Siti Faridah di Sri Andalas.  Alhamdulillah.. terubat rasa rindu pada anak-anak yang jauh di perantauan bila mengucup pipi anak-anak buah yang sama sebaya. Menumpang sedikit kasih sayang dan gelak tawa semasa berkumpul dan makan bersama.. sekadar melepas rindu pada anak sendiri.  Terimakasih...

Mee Asam Daging dan Spagheti di antara menu utama
Esoknya pagi Ahad yang cerah, kuliah Duha bersama Ustazah Fatimah Sharha.  Dimulai dengan riwayat oleh Imam al Baihaqi di dalam al syu'ab dengan doa dari Nabi Muhammad S.A.W ketika memasuki bulan Rejab


“Ya Allah! Berkatilah ke atas kami pada bulan Rejab dan Sya’aban serta panjangkanlah umur kami sehingga sampai ke bulan Ramadhan”.


Sedikit catatan perkongsian ilmu dari ustazah Fatimah.  Tahniah.. kita berjaya diterima memasuki Universiti Ramadhan pada tahun ini.  Dan kita akan mendapat bonus pula. Bonus? Whaaaaa.... Ya.. bonus di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.. rezeki berganda

Di antara bonus itu selain dari di anugerahkan dengan malam 1000 bulan (Malam Lailatul kadar) terdapat satu detik (seketika) yang doa kita tidak akan di tolak dan akan dimakbulkan.  Sedetik (10-15min) itu ialah sebelum kita berbuka puasa.  Jadi sambil menunggu waktu berbuka puasa.. marilah kita mengajak anak-anak kita berdoa dengan penuh kusyuk dan tawadduk meminta apa yang di hajati. 

Janganlah sudah dekat waktu berbuka puasa tu masih jom tonton lagi critter mitter drama Melayu popular abad ini itu atau masih bertwitter mitter lagi di lappy mak tu.. (pesanan untuk warga di rumah) Astaghfirullah hal azim..

Bagi ibu-ibu pula, ini adalah peluang bagi kita untuk mendoakan kesejahteraan anak-anak semua. Berdoa semoga anak-anak kita tetap mendirikan solat, anak kita berubah menjadi anak yang baik, terang dan tenangkanlah hati mereka, mendoakan kesejahteraan rumah tangga kita dan teguhkanlah iman kami dengan ketakwaan dengan takut kepadaMu Ya Allah.. amin


Di antara modul yang menarik untuk dilakukan di bulan yang mulia ini selain dari misi atau visi untuk khatam al-Quran ( kata ustazah ~ membacalah al Quran secara berterusan bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja ) berusahalah untuk menghafaz surah Yasin contohnya atau menghafaz dalil-dalil contohnya seperti fiqh wanita.   Insha Allah...


Rasulullah S.A.W bersabda :


“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. [HR. Ahmad]

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di Akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke Neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah ~ sharing knowledge dengan Iluv Islam.  Peringatan kepada diri sendiri dan anak-anak sekalian.


Dan cubalah untuk berubah.   Berkemungkinan ini adalah Ramadhan terakhir kita..  

Hari ini  8 Ramadhan 1434H.  Bervisi untuk tidak membeli di bazaar.. InshaAllah..  

Cadangan juadah berbuka/sahur pada minggu ini

Gulai ketam masak lemak cili api
Gulai tempoyak udang + terung
Gulai rebung masak lemak udang
Penang Char Kuey Teow.. tak menahan
Murtabak is a must for mr hubby

Sandwich telur.. sangat senang, mudah dan berkhasiat.  Caranya ~ Pukul telur bersama  sedikit serbuk lada hitam dan garam.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak.  Dadarkan.  Kemudian masukkan ke dalam mangkuk + mayonis (suka hati perisa apa dan banyak mana) dan hancurkan dengan garfu.  Kemudian sandwichkan... (kalau suka bubuhlah salad atau tomato atau udang rebus) dan make sure buang kerak roti di tepi-tepi. Tada.. dah siap!

Akhirnya kerana turun bershopping ke Shah Alam dalam masa yang agak terhad (selepas zohor.. schedule asalnya ke Kenanga di KL) maka terpaksalah mengambil keputusan berbuka diluar .. Akhirnya visi hanya tinggal visi..

Namun sempat pulang kerumah dengan pecutan kereta mr hubby ala-ala Michael Schumacher auranya, kami sempat bertarawih di surau.  Sayang oi.. nak miss.. hehhe.. sebulan dalam setahun kot!

Nasi Arab... kambing + ayam = 5 orang makan. Ramainya yang datang berbuka di sini.  Sempat berjumpa dengan anak buah suami Dr Zaki dan isteri yang turun dari Melaka untuk melawat anak-anaknya di sekolah Tahfiz

Extra bawang besar dan cili hijau.. nyams!

Miss little yang "happy" dah dapat baju raya.. kurung peplum lagi you + jubah 
Di saat ini... tidak pernah melupakan mereka berdua.. rindu!
Ter "water mark" lah pulak.. sorilah pada yang empunya gambar ni..peace!

TERUS BERPUASA

Saturday, 13 July 2013

Resepi Penang Char Koay Teow


Istimewa untuk kak long dan kak ngah.. dan semua penggemar Penang Char Koay Teow especially my ms little yang bila sudah "BIG" nanti


Untuk yang masih kempunan nak buat Penang Char Koay Teow atau yang dah buat dan masak berkali-kali namun rasanya setakat boleh makan aje.. tapi still terbuku rasa dihati dengan satu soalan



" Napelah mak gue masak kuey teow basah  ni tak seenak dan tak se 'ummph' seperti yang di jual di pasar malam Tabung Haji KJ tu.. "


Pesanan khidmat masyarakat ~ jangan salahkan mak.. salahkan diri sendiri ya.. nape tak masak?


Alhamdulillah.. selamat mencuba dengan jayanya dengan mengikuti resepi yang di copy paste dari che'iza@myresipi.com ini ya!


InshaAllah sedap.. 

Bahan-bahan ( 2 org )

* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....


Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.



UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.



Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.



**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh...... (kena cakap loghat utara ya.. nama pun Penang Char Kuey Teow)



Amacam.. rahsianya terletak pada petis dan pati ikan bilis ya tuan2 dan puan2... tapi kalau ada diantara bahan-bahannya tiada dalam "fridge" hangpa .. bolehlah adjust seperti apa yang saya buat..


3 sk kicap pekat gantikan dengan 3 sk kicap masin
1 sk petis gantikan dengan 1 kiub ikan bilis

Daun kucai gantikan dengan daun bawang


Soalan cepumas ~ Mana nak dapat petis atau pati ikan bilis nih?

Jawapan ~ kat TESCO pun ada di jual.. atau kalau (tak berapa nak malu) ada jiran-jiran oghe kelate.. mu ngoya' le skitt... 


***

Kalau nak kawwww kaw.. sila makan dengan hirisan cili hijau besar jeruk ya!

Soalan cepuk kang ~ Cili hijau tu camne? kat ne?
Jawapan ~ kat ECONSAVE/TESCO pun ada di jual yang di dalam botol  tapi kalau cuak dengan cara pembuatannya.. maka boleh buat sendiri

Cara ~ Hiris serong tak berapa nak nipis cili besar hijau tu dan masukkan dalam mangkuk.  Didihkan air panas, kemudian tuangkan dalam mangkuk tadi setakat tenggelam cili.  Masukkan gula setakat 2 sb dan 1 sb garam dan biarkan bahan2 tu menjiwai cili itu selama 10-15 min.  Ini untuk yang pantang makan cuka ya.. tapi suka hatilah kalau nak bubuh cuka .. cara ni my SIL ~ Puan Siti Hapsah yang ajari.. (ingat-ingat lupa da... nampak sangat buat sekali lepas tu tak pernah buat lagi)

Repeat order.. kali ni kerang takde.. ganti dengan sotong

SELAMAT MENCUBA

Monday, 8 July 2013

Last Syaaban, Welcome Ramadhan 1434H

Welcome Ramadan by Sheikh Mishary Rashid Al Afasy, a qari and a munshid .. please click.. MashaAllah..  love it so much!

Malam Muhibbah Surau Baiturrahman, Aman Perdana
Kuliah maghrib istimewa oleh Ustaz Syed Al Kadir Al Jofree
Muslimin yang hadir
Mengakhiri June dan menghabiskan saki baki Syaaban dengan jamuan dan kenduri di sana sini.  Kenduri doa selamat menyambut puasa, aqiqah, tahlil, perkahwinan dsb.  

Alhamdulillah.. semoga Allah swt memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada pihak tuan rumah yang sudi menjemput.. amin.  Sedikit gambar-gambar buat kenangan..

Usai kelas mengaji kami ke Jalan 11 untuk memeriahkan majlis aqiqah cucu sulong Puan Wan Mastura dan En Halim

L~R - Kak Salbiah, Ruzi Rashid, kak Arifah, Ju , Dr Rozi dan emak..
Een join sekali dengan para ibu sekalian
Berkesempatan memenuhi jemputan kak Lina dan abang Zainol jiran kami pula di Jalan 3H untuk kenduri  aqiqah  kedua orang cucu tercinta
Lina jiran di sebelah rumah bersama anak-anak
Merendang lamb stew black pepper memenuhi hajat seseorang untuk kenduri  kesyukuran Ateh pula di seksyen 4 keesokan harinya
Kuah stew yang telah sebati untuk disatukan bersama lamb
Garnishing
Jiran-jiran ateh di Sek 4
Pecal lele.. special dari Banting .. sedap tak tipu!
Berkesempatan membekukan agar-agar santan bergula merah untuk kenduri tahlil dan menyambut puasa di rumah mertua pula di Cheras
dan juga agar-agar longan berceri merah
manis-manis buah

Dan berusaha keras juga kak Nam berdua (u know who u are.. ) membantu Ateh menggoreng kelonsong untuk Pie Tee ini
Demi untuk memenuhi selera ibu mengandung yang mengidam.. alhamdulillah.. tertunailah sudah hajat 
Alhamdulillah... sempat juga ke sek 20 menghadiri majlis perkahwinan menyambut menantu anak lelaki kepada rakan mr hubby sebelum ke Cheras mengambil mertua untuk bermalam di rumah
jus laici untuk emak
Alhamdulillah.. 
Menghadiri kenduri aqiqah anak lelaki Isma, jiran di depan rumah pada Sabtu lepas.  Biru.. pelamin untuk baby boy
Carrot cake yang sangat sedap
As usual kambing panggang is a must
Dr Hjh Zana dan Puan Liza jiran-jiran kami turut serta memeriahkan majlis
Puan Lina dan anaknya .. kakngahnya dah ke UPM 
Memenuhi jemputan kenduri kesyukuran sepupu mr hubby Tan Sri Osman Razak di Kg Melayu Kepong
Andak and the company... kak Adek yang akan ke Korea soon...
Atlast, kenduri perkahwinan anak kak Gayah di AU2, Keramat.  Dah tak larat nak makan nasi lagi da... makan kuih yang mekar comel dahlah..
Penat dah een.. mak angkut ke hulu hilir
"Tetamu Syaaban sudah mengemaskan barangnya.  Tetamu istimewa Ramadhan sudah semakin hampir sampai kepada kita.  Dia datang bersama isterinya yang sihat iaitu Tarawikh dan bersama anak-anaknya iaitu Sedekah jariah, Tadarrus, Sahur dan Iftar.  Ia membawa buah tangan kepada kita yang cukup banyak iaitu pahala yang berganda, kesabaran, pintu taubat yang terbuka luas dan rezeki yang melimpah ruah.  Saya berharap agar kita semua menyambutnya dengan penuh senyuman dan kegembiraan.  Layani ia dengan penuh adab dan tertib" ~ Mencari Keredhaan Illahi

WELCOME RAMADHAN