We meet again

Guide me all the way.. sila klik

Masha Allah... cantikkan? actually this photo belong to my daughter, kak ngah Nur Amira Ilyani.. taken while she visited Sendai in Japan  weeks ago.   

Sabtu yang padat dengan jemputan.  Namun sempat menjengah seketika ke Selayang Baru memenuhi jemputan sahabat lama kami iaitu Puan Azimah Zakaria yang melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuannya.

We meet again ~ Meh kita berkenalan...  Berdiri  di sebelah saya itu ialah kaksu atau Puan Mazita Abdul Ghafar, sebelah kaksu ialah Zah atau Puan Zaharah Ahmad.  Duduk di hadapan ialah Dah atau Puan Sharidah Redzuan dan emak pengantin perempuan, Puan Azimah Zakaria.   Harap saya tidak tersilap ejaan nama .. 
Wakil dari kawan lelaki ~ Icam atau nama penuhnya Shamsul Anuar Kahar yang datang bersama keluarganya.  Maaflah Icam.. touch-down ai lalu kat muka you! But no worry.. kehenseman you ..still menyerlah.. hehehe

Perasaan?  Hmmm.. mestilah excited lebih sebab nak jumpa gang lama.  Ternanti-nanti siapalah yang akan datang.. Borak?  Taklah borak sangat .. camna nak borak, datang pun macam angin aja..  balik pun macam ribut taufan.. nasib baik majlis belum habis lagi.  Namun kalau lambat seminit.. meja dan kerusi pun nyaris-nyaris siap nak di angkat da.. hhhh.. joke aja!


Photo courtesy Puan Zaharah Ahmad ~ Dulu kak Mim, kemudian Hasnah, kini Zimah pula dah bermenantu.. siapa lagi lepas ni ya?

Inilah pasangan pengantin baru.. wajah anakanda Azimah saling tak tumpah seperti wajah ibunya semasa muda remaja.. tahniah! semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga.. amin..

Alhamdulillah sudah dapat berjumpa lagi, seharusnya bersyukur .... Insha Allah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi.  Terima kasih semua.  I'll cherised it for the rest of my life...

Alhamdulillah... berjodoh bertemu Adah atau Puan Nor Saadah Dato' Hj Tajuddin di KKB pada minggu berikutnya pula.  Sihat wal afiat cik adik ni.  Lama dah tak jumpa.. bila berjumpa mulalah nostalgia zaman sekolah berulang lagi.  Adah ini junior saya setahun.  Kini bergelar "business woman".  Mempunyai kedai dobi dan kedai alat tulis di pekan KKB.  Tumpang bangga!

Bila dah tua-tua ni..mulalah kata "school days were the best  days of our life " (alkononnya..) namun bagi saya dalam hati still berkata-kata " school holidays are the best day ever! " haish... jangan marah cikgu! hahaha... 








Latest collection.  

Ibu cantik dah melahirkan tiga ekor "kitten" yang sokmo comel.  Dan yang se ekor di atas ni adalah favourite ayah.  Ketiga-tiga ekor ni sudah di beri nama.  Binar, Bening dan Berlian... Cer teka mana satu Berlian? Kali ni kalau betul tak dapat hadiah.  Dapat cium Berlian sahaja.. hahaha


SALAM JUMAAT

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?