Monday, 17 June 2013

Sweetheart..


Cahaya Hati by Opick.. sila klik

Cinta Hati a.k.a sweetheart. Memories..
Dengan ucapan hari bapa yang bertalu-talu di wall fb last weekend, membuatkan perasaan sayu juga apabila mengingatkan  kepada abah tersayang yang pergi tidak kembali.  Abah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya  pada hari Jumaat tanggal 25 hb November 1994.   Namun amat malang bagi diri ini kerana tidak berpeluang menatap wajah dan jenazah abah buat kali terakhir kerana berada nun jauh di perantauan.  A very talented man.  Arwah abah dulu agak garang tetapi kasih sayangnya di tunjukkan dengan caranya yang tersendiri terhadap kesemua anak-anaknya membuatkan saya amat menghormatinya.   Membonceng motor abah to~fro ke sekolah, mencari kasut hitam dan kemeja biru pengawas sampai ke Tg Malim dengan abah, tolong abah masak nasi ketika ketiadaan emak jaga kak ni masa dalam pantang (lama tu..huhuu.. tapi abahlah yang masak lauknya..) selalu kena renung dengan abah kalau buat salah.. kah kah kah.. garang-garang abah pun .. he's a very sporting man!   Bila sambung belajar ke ITM dan dah start kerja pun masih abah juga yang hantar dan ambil tiap2 minggu di perhentian bas.  Tunggu bas pertama pukul 3 pagi hari Isnin pun abah hantar.. sampai rumah hari Jumaat malam pun abah yang ambil.  Teringat bersalin anak pertama pun abah teruja ikut emak ke rumah saya tapi kesian abah.. baby dan saya terperangkap lama di hospital kerana jaundice.     Banyak kenangan bersama abah.  Merinduinya dengan selalu menyedekahkan bacaan al fatihah dan bacaan Yassin untuk arwah abah yang di cintai. Amat memahami emak juga selalu terkenangkan abah dan lebih merasakan kehilangannya. Sabarlah wahai kekasih hati..






Al fatihah untuk abah.. Kami yang masih di sini akan sentiasa merinduimu . Hanya doa dari kami mengiringimu di sana.   Semoga  Allah swt mwncucuri rahmat ke atasmu dan semoga abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. amin.  Wahai hati.. bersabarlah

Actually singgah ke rumah lama di SU1 kerana mengambil abang yang sedang bercuti sekolah  ketika itu tetapi beroperasi mengecat rumah di sana.  Aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat.  

Insha Allah.. kita story pasal "Man at Work" ni di next entry ya..  Ber~char kway teow di gerai tepi jalan di SU1 sebelum pulang ke KKB untuk menziarahi emak dan adik.   Apa khabar  kekasih hati?  How are you my sweetheart?
Gerai char kway teow yang telah lapan tahun beroperasi di SU1 dengan lori multi purposenya.  Saingan terbarunya "Tutti Frutti" yang terletak di seberang jalan.  No worry.. char kway teow hanya beroperasi di sebelah malam.. 

Verdict :  Namun kini rasanya tidaklah se sedap dulu.  Saya kini dah berusia.. deria rasa dah off shore kot.. heee...

Kesempatan pulang ke rumah emak minggu lalu, sempatlah membawa emak membuat check-up dan mengambil bekalan ubatnya yang telah habis di hospital KKB.

Emak selsema dan kebetulan demam malam itu. Kelihatan tidak bermaya dan tidak kuasa untuk ke hospital.    Namun dek kerana pujukan berulangkali .. emak pasrah dan mengalah.   Kita check tekanan darah dan ambil ubat sahaja.  Hari cuti... doktor di hospital tak akan tahan mak di wad pujuk saya sebab saya tahu emak amat fobia untuk duduk di hospital.  Usahkan emak.. saya sendiri memang cuak untuk ke klinik atau pun hospital.  Masa berkerjaya dulu lainlah.. sebab  di pejabat ketika itu memang ada in-house clinic pantang selsema batuk sikit.. dah berlari pergi beratur ambil nombor.  Bukan apa... mengharapkan dapat MC.  Hahaha.. tau takpa!  Dah tua-tua ni kan.. dalam kes saya.. takut ada penyakit lain pulak yang tersembunyi.  Semoga di jauhkan dan dilindungi oleh Allah swt.. amin. 
" La ila ha illa anta subhaa naka inni kuntu minazzholimin " 

ertinya ~ Tidak ada Tuhan selain Engkau Maha Suci Engkau.  Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim

 Kalimah di atas ialah tasbih  Nabi Yunus a.s


Sejuk kata mak.. 

Self portrait.. sempat pulak makcik sebelah ni ajak berposing bagai..

Oleh kerana hari Sabtu dikira hari cuti, emak cuma mendapat bekalan ubat untuk dua minggu sahaja dan adik pula terpaksa datang lagi setelah dua minggu berakhir untuk mengambil stok ubat yang baru.  Alhamdulillah.. semoga Allah swt mempermudahkan urusan adik kami dan memberikan kesihatan yang baik kepadanya untuk menjaga emak sepenuh masa..amin

Waiting... tunggu ubat

Di belakang itu ialah kaunter pendaftaran pesakit.  Di sebabkan hari cuti, pesakit yang ingin berjumpa doktor haruslah mendaftar di kaunter kecemasan.  Rekod pesakit tidak dapat di sertakan kerana hari cuti.  Namun pesakit macam biasa boleh berjumpa doktor dan mengambil ubatan.  Baguskan?  Berterima kasih kepada semua kakitangan hospital yang sangat berjasa yang sudi berkhidmat tanpa mengira hari cuti.  Namun tiada kelibat saudara mara atau rakan taulan yang mengenali emak di sana hari itu.  Kalau ada sekurang-kurangnya akan membuat emak lebih ceria..

Sempat "calling" Hasnah, sahabat lama juga yang bekerja di hospital KKB sementara menunggu panggilan untuk mengambil ubat, namun panggilan tidak berjawab.  Apabila urusan perubatan emak selesai dan sudah pulang ke rumah, barulah Hasnah "call me back".  Tak berjodohlah kita nak berjumpa kan Nah?  InshaAllah.. next time ya!


Asam pedas ikan pari berbendi dan masak lemak cili api telur itik untuk emak.  Adik juga menggoreng nasi berperencah sawi, sotong dan ayam namun emak menjamah sekadar seadanya sahaja.. Anyway..  Alhamdulillah

Semoga selera makan emak akan kembali normal.   Terpaksa meminta pill supplements dari doktor. Emak lebih banyak berbaring dan bertanya2kan anak dan cucunya yang tidak nampak di mata.  Sudah teramat rindu agaknya..   

Mujurlah ada adik yang rajin melayan selera emak.    Kadang-kadang di tengah malam, adik akan menggoreng mee atau kway teow, menebar roti canai, melempeng batter , membuat sandwich, melapis burger banjo etc.. hanya untuk emak.  Hari itu adik membuat jeruk maman untuk emak makan bersama ikan bakar.  Bagaimanakah caranya proses menjeruk  ni.. dan yang penting lagi rupa apakah daun maman tu.. haish!    

Memori baru emak juga semakin menipis.. hanya memori lama sahaja yang agak kekal di ingatan.  Emak juga lebih senang berada di rumahnya sendiri bila saya mengajaknya untuk melepas lelah di Klang pula.  Yalah.. hujan emas di rumah orang, hujan batu di rumah sendiri.. betul tak? Selalu dengar petikan ayat-ayat cinta dari orang-orang tua ~ "Kamu belum tua lagi untuk merasai perasaan   yang seperti ini nanti.." (soon.. the time will come! ~ ini saya yang kata)    Berdoa semoga kesihatan emak akan selalu bertambah baik dalam rahmat dan keberkatan-Mu Ya Allah.. amin.
Kacang pool yang tidak begitu menepati selera.. indah rupa dari khabar..

Verdict : Kurengggg....

Nasi kukus, ayam goreng berempah dan sambal belacan juga lah yang menjadi pilihan..

Verdict : Makan tak toleh-toleh! Sharifah Aini lalu pun  tak nampak..


ABC special.. WOW!
Ada aiskrim siap topping dengan marshmellow lagi.. daebak!
Verdict :  Best! (sila lihat wajah een.. heeee...) Jika berkunjung ke seksyen 2, Shah Alam, jangan lupa singgah. Nasib baik rumah kita jauh di seksyen 24, kalau tidak .. tak jadi kerja asyik singgah-singgah aja ke sini .. 
Anyway..  enjoylah  sangat dengan kehidupan duniawi belaka ini namun ingat.. tiada hidup yang kekal abadi.  Marilah kita sama-sama menuju akhirat. 


Berpesan pada diri dan anak-anak : Berbuatlah amal serta kebajikan  paling "terbaik" kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada kita di keesokan hari dan di hari tua nanti.  Semoga di berikan pengakhiran yang baik buat kita semua.. amin



Semoga diri kita senantiasa diberi hidayah dan petunjuk oleh-Nya, diteguhkan iman, ditegapkan akidah... jangan di pesongkan hati kami ini Ya Allah.. amin

" Esok.. bernafaskah lagi kita ?" Gementarkan.. 

2 comments:

  1. Kak Ann, abg Lan makan nasi kukus, siap genggam duit gitu hihi, tapi nasi kukus situ memang sedap.

    ReplyDelete