TOUCH-DOWN.
She loves to write and travel. A good listener and does a lot more than just literally listen. Follow her on her online journey.
Cultural Village.. JOM Sarawak!
Get link
Facebook
Twitter
Pinterest
Email
Other Apps
-
Musim cuti yang masih berbaki lagi. Hmm.. yang tidak tahu nak kemana tu mehlah kita "fly away" ke Kuching. Dah lama nak bercerita pasal our honeymoon ke Kuching ni tapi takut pulak ada yang nak ter " bluekk" bila cakap pasal honeymoon lagi ni. Orang tua berdua ni asyiklah nak ber "honeymoon" aja... tapi tak mengapa.. ada saya kisah.. hhhhh..
This beautiful song was specially dedicated to me by kak long.. and i dedicated it back to both of my mom and children.. me as a daughter and a mommy love you all so much!
Kami berdua ke Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Cultural Village (KBS) ini pada hari terakhir sebelum nak balik ke KL keesokan harinya. Bayangkan dengan memandu kereta pinjam dari seorang kawan yang menetap di sini, tanpa tour guide dan hanya berpandukan GPS yang "!!*<&?%>$$##!!" (ikut sukati dia aje GPS ni), kami meredah jalan ke Santubong. Dalam perjalanan yang amat panjang dan dengan masa yang amat suntuk kerana di sebelah pagi kami telah ke destinasi yang lain. Mind you.. takde tanda jalan menunjukkan arah ke KBS. So.. meredah ajalah. Kampung Budaya Sarawak yang berkeluasan 17 ekar ini terletak di pantai Damai di kaki Gunung Santubong.
sayup di kejauhan.. Gunung Santubong
"Gunung Santubong Gunung Sejenjang.. penjaga gunung dari Sarawak.." amboi.. nyanyi-nyanyi pulak!
Mr hubby memang telah pernah datang ke KBS ini beberapa tahun sebelumnya. Teringat di zaman CMM dahulu, staf yang bekerja selama 10 tahun akan dapat "award" ke Kuching. Best masa tu.. Boss besar the late Mr Brian E Cossar, a New Zealander akan memberi ganjaran dalam bentuk "travel tours" sebagai penghargaan kepada staf yang telah lama bekerja. Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Kali ini memang kami mengejar masa. Saya mesti pergi! That is my decision. Oh yea.. it's a MUST. Rugilah dah ke Kuching tapi tak singgah ke KBS. Kami tiba di sana lebih kurang pada pukul 3 petang.
Kampung Budaya Sarawak menjadi tuan rumah kepada festival muzik tradisional sedunia yang dianjurkan setiap tahun di sini
Kampung Budaya Sarawak ini merupakan sebuah perkampungan yang menempatkan rumah-rumah berbagai kaum yang tinggal di Sarawak. Terdapat rumah kaum Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau, Orang Ulu, kaum Cina dan Orang Penan di mana setiap rumah-rumah ini akan mempunyai aktiviti yang dilakukan oleh setiap masyarakatnya. Ia merupakan Muzium Hidup ~ "the living museum" yang terbesar di dunia ( lebih kurang 150 orang penduduk) dimana kita akan dapat berinteraksi dengan artis-artis (pekerja kebudayaan) yang akan menunjukkan pelbagai cara hidup masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak. Dengan bayaran sebanyak RM60 seorang bagi orang dewasa kami melakukan lawatan paling cepat kategori "hari ini dalam sejarah". Kenapa??? Ini adalah untuk mengejar pertunjukan kebudayaan yang dipertontonkan dua kali setiap hari. Sekali pada pukul 11.30 pagi dan sekali lagi pada pukul 4.30 petang. Habis... sampai sahaja dah pukul 3.00 petang, maka istilah "shortcut tour" pun terjadilah.
Di raikan dengan penari kebudayaan yang cantik jelita ini
Rumah Bidayuh.. dari kejauhan seperti pondok besar yang bulat berpandukan pada atap nya. Ia juga merupakan rumah panjang yang sama seperti rumah kaum Iban kecuali penempatannya di bina di pedalaman tanah tinggi untuk mengelakkan dari musuh (tujuan keselamatan). Atapnya di perbuat daripada rumbia atau sagu dan dindingnya daripada buluh.
Rumah yang baru dan moden
Rumah Penan. Mengenali masyarakat Penan melalui pembacaan adalah amat menyedihkan. Lihat sahaja bagaimana keadaan rumah-rumah mereka. Hanya seperti pondok-pondok berjual buah tanpa bilik dan separuh dinding sahaja. Atap dan dinding di perbuat dari daun Rumbia sahaja. Mereka ini hidup secara nomad dan sering berpindah-randah. Tidak hairanlah rumah pasang siap ini menjadi hanya "tanda" mereka pernah ada di sana sahaja. Cuba bayangkan.. Sila baca artikel mengenai kaum Penan yang penuh dengan kontroversi ini.
Mereka hidup dengan hanya bergantung sumber daripada hasil hutan sahaja. Akibat dari kerakusan manusia melalui kerja-kerja pembalakan , hasil pencarian hidup kaum Penan yang bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan terhapus dengan cepatnya. Mereka ini kebanyakannya berada di Limbang, Bintulu dan Ulu Baram. Pernah dengar mengenai Bruno Manser dari Switzerland yang berkait rapat dengan orang Penan?
Mereka mempercayai kayu-kayu ini berupaya menghalau makhluk halus yang sering menganggu mereka di hutan
Masha Allah .. tingginya. Inilah rumah panjang Orang Ulu. Orang Ulu ialah nama yang diberi kepada lebih kurang 27 etnik kaum yang diantaranya terdiri daripada orang Kenyah dan Kayan yang terkenal itu. Sila fokus pada tiangnya yang diperbuat dari kayu berlian. Tingginya... tak payah sambung-sambung. Kayu berlian ini tahan hingga beberapa ratus tahun tanpa dimakan oleh anai-anai. Sila layari laman web tertera untuk lebih lanjut : http://www.journeymalaysia.com/MCUL_orangulu.htm
Harus menaiki tangga tinggi ini untuk ke atas rumah panjang
Inilah beranda di rumah Orang Ulu
Dinding mural yang sangat artistik..
Di antara sebahagian hiasan di dalam rumah
Wanita Melayu Sarawak yang tersangat peramah ini menjual makanan tradisional bergoreng yang di masak secara "live"
Untuk mengelakkan lantai licin, papan ini di kerok.. kreatif dan memerlukan kesabaran
Hendak naik amat mudah, hendak turun sangat gayat. Tangga yang curam dan tinggi. Rumah ini di bina amat tinggi untuk menggelakkan dari banjir dan tujuan keselamatan dari pihak musuh.
Mari kita ke rumah kaum Iban pula.. Ia di bina dengan begitu tegap sekali supaya bertahan selama 15 - 20 tahun bergantung kepada kesuburan tanah di persekitaran. Kaum Iban ini juga dikenali sebagai Dayak Laut.
Di sini terdapat juga demontrasi menenun kain pua kumbu yang di buat secara tradisional
Pelancong juga dapat menyewa pakaian tradisional untuk bergaya dan berangan "extra".. MashaAllah.. comelnya adik kecil ni ..
Uniknya rumah Iban ini ialah ia mempunyai koridor yang panjang di luar pintu rumah dan ia amat memudahkan bagi mereka untuk melakukan acara keramaian kerana keluasan yang begitu selesa.
JOM turun..
Rumah Melanau ini pula merupakan rumah yang dibina dengan sangat tinggi ~ 40 kaki dari tanah. Sekampung boleh tinggal di dalamnya kerana ia di bina tiga tingkat. Tingginya.. Lelah memanjat tangga terubat lega mendengar alunan muzik tradisional Sape. Mereka yang bukan beragama Islam mempercayai makhluk halus yang dipanggil Ipok. Kini mereka tinggal di rumah yang sama seperti masyarakat Melayu. Penempatan awal mereka ialah di Mukah. Kalau tidak silap sahabat lama kami semasa di SMKKKB iaitu Mary berketurunan Melanau dan beragama Kristian. Namun mirip wajahnya seperti Pan Asian sahaja.
Rumah Melanau dari arah depan
Patung yang di ukir menghiasi segenap tamannya
Jambatan Bidayuh
Rumah kaum Cina yang moden berbanding rumah-rumah yang lain. Menggunakan papan dan atap rumbia serta berlantai rendah seperti rumah biasa di kampung-kampung baru Cina. Kebanyakannya adalah peniaga dan peladang. Mereka ini menanam lada hitam.
Di belakang itu adalah rumah Melayu. Di dalamnya ada demo cara membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih kapit. Terdapat juga pelamin pengantin untuk istiadat perkahwinan masyarakat Melayu. Senibina rumah kayunya penuh dengan ukiran seperti rumah melayu kampung di semenanjung.
Papan tanda arah
Jambatan yang sangat kuat daripada buluh
Rumah ini kelihatan begitu misteri.. disebabkan lawatan "short cut" ini, kami tak sempat singgah..
Tattoo
Alhamdulillah.. setelah selesai membuat siri lawatan kerumah-rumah ini kini tibalah masanya untuk "show time". Ramai betul pelancong yang datang berkunjung sama ada dari dalam dan luar negara. Kami berjaya mendapat tempat duduk yang selesa. Terpukau dengan berbagai pertunjukan tarian kebudayaan dari berbagai etnik yang dipertontonkan. Penonton bertuah juga di pilih untuk sama-sama memeriahkan pertunjukan sumpit belon. Kami amat terhibur dengan persembahan ini yang dipenuhi dengan gelak tawa. Persembahan di akhiri dengan penonton di ajak beramai-ramai untuk naik ke pentas untuk menari bersama penari-penari. Emak kamu yang pemalu ini, terus melekat di kerusi dengan senyum simpul menggelengkan kepala apabila di ajak oleh penari-penari yang comel-comel sokmo itu ke pentas. Buang tebiatlah kalau tetiba mak naik ke atas pentas... astaghfirullah hal azim..
Ayah di pintu masuk Kampung Budaya Sarawak.. Sayonara!
Sempat bergambar berdua.. gambar ini di ambil oleh seorang pelancong asing
Kami di arah untuk posing di sini pulak.. hehehe.. jeles tak?
Pantai Damai saujana di hadapan tu..
Land of the hornbill
Verdict : Alhamdulillah.. Akhirnya tercapai juga hasrat untuk melawat ke Kampung Budaya Sarawak. Walaupun masa yang amat singkat tetapi sudah cukup untuk saya menyimpan kenangan manis di sini. Sekurang-kurangnya untuk merayau seluruh kampung ini kita memerlukan di antara lima ~ enam jam berbanding dengan kami yang mengambil masa "short cut" selama tiga jam sahaja. Apa yang istimewa mengenai explorasi ini ialah pelancong akan diberi pasport untuk masuk. Setiap kali kita berkunjung ke setiap rumah budaya ini, mereka akan mengecop dengan tanda nama setiap rumah ke dalam pasport kita. Pasport ini akan dijadikan kenangan sebagai tanda kita pernah ke sini. Para artis dan pekerja kebudayaan di sini sangat bersopan-santun dan melayan setiap pertanyaan kami dengan begitu baik sekali. Kemudahan tandasnya juga tersangat bersih. Insha Allah.. jika diberi kesempatan, akan berkunjung lagi ke sini bersama anak-anak.
Pertama kali sampai di Sekincan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Walaupun majlis sudah hampir ke penghujung tetapi alhamdulillah... kami berjaya sampai ke destinasi yang di tuju apabila melihat "banner" pengantin mengalu-alukan kedatangan para jemputan di simpang jalan masuk. Ben dan Adha Buah Sukun Cuaca amat baik sekali. Seronok melihat buah-buahan seperti buah nangka dan buah sukun bergayut-gayut. Melihat keterujaan anak-anak kami membezakan antara buah cempedak dan nangka. Melihat mereka keseronokan menikmati ais cendol dan bubur kacang sebagai pencuci mulut sementara saya dan suami tidak henti mengunyah rempeyek kacang hijau yang sungguh sedap dan ranggup disulami air sirap sejuk dari gelas melamine yang berlambang..ops.. lihat foto.. jangan marah ya! sirap special "Selamat Pengantin Baru" untuk kedua pengantin, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. dalam keberkatan limpah rahmat
Bertemu lagi hari ini .. as always juga pagi Ahad kelas mengaji berjalan seperti biasa. Setelah "housework" agak settle marilah kita sambung lagi ya tentang nota dari al ustaz ** MashaAllah.. Hassan dan Hussin merah pipinya. Berangan kalaulah dapat cucu kembar.. hhaha.. amin.. Di entri sebelum ini ada diselitkan doa mustajab untuk anak-anak untuk menghindari segala jenis penyakit terutama wabak penyakit berjangkit. Kali ini masih berkisar tentang kata-kata pujian lagi tetapi kata-kata pujian terutama kepada anak-anak serta bayi-bayi yang masih kecil. Ustaz berpesan kepada semua apabila kita hendak memuji haruslah berlapik kerana dikhuatiri akan terkena penyakit mata iaitu musibah yang akan menimpa kanak-kanak kecil dan bayi. Jujur memang saya ada membaca tentang penyakit mata yang dikaitkan dengan bayi-bayi ini akibat dari kata-kata pujian terhadap mereka tetapi kurang arif apakah sebenarnya yang dikatakan dengan "penyakit mata" ini. Ust
Assalam Waahh.. sangat marvelous dan bermanfaat tajuk entri hari ini. Apatah lagi di kala musim cuti persekolahan. Nak ajak anak-anak pergi berenang? Ke mana? Tentulah.. ke kolam renangkan.. Jangan percaya tajuk entri tu.. Actually tajuk entri sebenarnya ialah "Kesian anak-anakku dapat berendam sekejap sahaja di dalam kolam renang..." huhuhuhu! T-T Perhatian: Jangan tiru aksi ini... merbahaya! Perhatian: Jangan tiru aksi ini... merbahaya! Perhatian: Jangan tiru aksi ini... merbahaya! Kegembiraan untuk menghilangkan kepenatan kadang2 jarang membawa bahagia apatah lagi ia berkaitan dengan adegan yang semua orang ingin buat ----> Berendam dan BERENANG .. :p Life guard : Kak.. anak-anak pakai baju renang? (sambil mata menghala kepada anak2 yang berdebur2 dengan kuak lentang terjun papan anjal aksi stunt bagai ... di dalam kolam renang) Emak : Mmmm...mmmm... ( Mata memandang Kakak dan ms little dengan costume musl
Comments
Post a Comment