Wednesday, 26 June 2013

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Bertemu lagi hari ini .. as always juga pagi Ahad kelas mengaji berjalan seperti biasa.   Setelah "housework" agak settle marilah  kita sambung lagi ya tentang nota  dari al ustaz ** 


MashaAllah.. Hassan dan Hussin merah pipinya.  Berangan kalaulah dapat cucu kembar.. hhaha.. amin..
Di entri sebelum ini ada diselitkan doa mustajab untuk anak-anak untuk menghindari segala jenis penyakit terutama wabak penyakit berjangkit.  Kali ini masih berkisar tentang kata-kata pujian lagi tetapi kata-kata pujian terutama kepada anak-anak serta bayi-bayi yang masih kecil.  

Ustaz berpesan kepada semua apabila kita hendak memuji haruslah berlapik kerana dikhuatiri akan terkena penyakit mata iaitu musibah yang akan menimpa  kanak-kanak kecil dan bayi.

Jujur memang saya ada membaca tentang penyakit mata yang dikaitkan dengan bayi-bayi ini akibat dari  kata-kata pujian terhadap mereka tetapi kurang arif apakah sebenarnya yang dikatakan dengan "penyakit mata" ini.  

Ustaz berkata jika hendak memuji janganlah berkata seperti ini  ~ " Comelnya baby ni..." tetapi lapiklah dengan ayat seperti ini ~ " MashaAllah... comelnya baby ini..".  Ini adalah kerana takut anak-anak ini akan ditimpa penyakit seperti demam dsb.  Walaubagaimanapun jika mereka menyebut juga ayat ini  ~  " Comelnya baby ni..." hendaklah kita menjawab dengan berlapik ~ " Alhamdulillah.. syukur kepada Allah swt " dan jangan tersenyum-senyum aja "kembang bontot" akibat pujian ini...hmmm!  

Dulu-dulu orang-orang lama sering berpesan kalau memuji jangan sebut bayi tu comel tapi sebut " buruknya baby ni.. ".  Gitulah lebih kurangkan?  Maknanya terbalikkanlah realiti tu tapi takutlah ada  ibu2 jaman sekarang ni yang kecil hati sebab tak faham. " Anak aku comel-comenga dikatakan buruk plak... sensitip i tau! "  heeee......

Berbalik kepada istilah " penyakit mata " yang dikatakan itu , sebenarnya dari pandangan mata yang memuji itu ia akan bertukar kepada keji.  Ini adalah kerana hati yang memuji terdapat di dalam dua kategori iaitu 


  1. Ikhlas
  2. Sakit hati apabila memandang (cemburu, dengki, iri hati dan yang sewaktu dengannya)

Contoh kisah benar yang diceritakan ustaz ~ Ada seorang bayi yang tersangat comel.  Ramailah yang memujinya tetapi malang tidak berbau, entah bagaimana musibah menimpa apabila bayi itu telah terkena air panas hingga mencacatkan wajahnya.  Nauzubillah... renung-renungkanlah dan ambil iktibar dari kisah benar ini.

Gimana ? Menarikkan ilmu yang bermanfaat ini?  Dan ustaz juga memberikan doa mustajab kepada kami semua dan wajibunlah  saya kongsikan kepada semua " all my precious and silent readers " yang sangat dikasihi.

 Surah Al Imran : 103 ~
Baca ayat pertama ...
Maksudnya :  Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.... 


Doa mustajab ini hendaklah dibaca apabila para ibu hendak memasak nasi.  Genggamlah beras yang hendak ditanak ini dan bacalah doa ini sebanyak 3 kali dengan niat supaya disatukan hati ahli keluarga atau sesiapa yang makan nasi ini supaya tidak berpecah-belah dan sentiasa sayang-menyayangi.  InsyaAllah ... berpesan kepada diri sendiri.

Sayang-menyayang merupakan satu rahmat dan benci-membenci amatlah dilaknat.  Sekian dulu untuk entri kali ini.  Segala kesalahan dan kesilapan adalah dari saya yang cetek ilmu ini dan yang betul dan benar itu semuanya dari Allah swt.  Maafkan saya jika terdapat  sebarang kesilapan   dalam catatan ilmu yang diambil dari kuliah agama ini.  Minta tolong betulkan... terimakasih.   

** Nota ini telah di kemaskinikan di atas permintaan

1 comment:

  1. Terima kasih.. sama-sama kasih he he.. mid baca Ya Latif banyak2 masa cuci beras. Kita ni nasib baik dapat cuci beras utk hasben dan anak-anak. Macamana dengan para bibik yang cuci beras utk hasben dan anak-anak.. kasihan ibu2 yang bekerja kan..

    ReplyDelete