Posts

Showing posts from June, 2013

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Image
Bertemu lagi hari ini .. as always juga pagi Ahad kelas mengaji berjalan seperti biasa.   Setelah "housework" agak settle marilah  kita sambung lagi ya tentang nota  dari al ustaz **  MashaAllah.. Hassan dan Hussin merah pipinya.  Berangan kalaulah dapat cucu kembar.. hhaha.. amin.. Di entri sebelum ini ada diselitkan doa mustajab untuk anak-anak untuk menghindari segala jenis penyakit terutama wabak penyakit berjangkit.  Kali ini masih berkisar tentang kata-kata pujian lagi tetapi kata-kata pujian terutama kepada anak-anak serta bayi-bayi yang masih kecil.   Ustaz berpesan kepada semua apabila kita hendak memuji haruslah berlapik kerana dikhuatiri akan terkena penyakit mata iaitu musibah yang akan menimpa  kanak-kanak kecil dan bayi. Jujur memang saya ada membaca tentang penyakit mata yang dikaitkan dengan bayi-bayi ini akibat dari  kata-kata pujian terhadap mereka tetapi kurang arif apakah sebenarnya yang dikatakan dengan "penyakit mata" ini.   Ust

Sweetheart..

Image
Cahaya Hati by Opick.. sila klik Cinta Hati a.k.a sweetheart.  Memories.. Dengan ucapan hari bapa yang bertalu-talu di wall fb last weekend, membuatkan perasaan sayu juga apabila mengingatkan  kepada abah tersayang yang pergi tidak kembali.  Abah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya  pada hari Jumaat tanggal 25 hb November 1994.   Namun amat malang bagi diri ini kerana tidak berpeluang menatap wajah dan jenazah abah buat kali terakhir kerana berada nun jauh di perantauan.   A very talented man.   Arwah abah dulu agak garang tetapi kasih sayangnya di tunjukkan dengan caranya yang tersendiri terhadap kesemua anak-anaknya membuatkan saya amat menghormatinya.   Membonceng motor abah to~fro ke sekolah, mencari kasut hitam dan kemeja biru pengawas sampai ke Tg Malim dengan abah, tolong abah masak nasi ketika ketiadaan emak jaga kak ni masa dalam pantang (lama tu..huhuu.. tapi abahlah yang masak lauknya..) selalu kena renung dengan abah kalau buat salah.. kah k

We meet again

Image
Guide me all the way.. sila klik Masha Allah... cantikkan? actually this photo belong to my daughter, kak ngah Nur Amira Ilyani.. taken while she visited Sendai in Japan  weeks ago.    Sabtu yang padat dengan jemputan.  Namun sempat menjengah seketika ke Selayang Baru memenuhi jemputan sahabat lama kami iaitu Puan Azimah Zakaria yang melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuannya. We meet again ~ Meh kita berkenalan...  Berdiri  di sebelah saya itu ialah kaksu atau Puan Mazita Abdul Ghafar, sebelah kaksu ialah Zah atau Puan Zaharah Ahmad.  Duduk di hadapan ialah Dah atau Puan Sharidah Redzuan dan emak pengantin perempuan, Puan Azimah Zakaria.   Harap saya tidak tersilap ejaan nama ..  Wakil dari kawan lelaki ~ Icam atau nama penuhnya Shamsul Anuar Kahar yang datang bersama keluarganya.  Maaflah Icam.. touch-down ai lalu kat muka you! But no worry.. kehenseman you ..still menyerlah.. hehehe Perasaan?  Hmmm.. mestilah excited lebih sebab nak jumpa gang lama.

Mohamad Akmal Amin b Mohamad Azlan... Happy 16th!

Image
Allah hu Akbar.. sila klik Hari ini hari jadi abang ...  Pagi-pagi usai berpakaian sekolah, ayah kata ~ " Wah.. abang dah besar sekarang ni.."   Abang dengan muka blurr... tentu blurr dengan apa yang ayah kata ni atau pun buat-buat blurry.   Hehee.... Semalam dalam kereta asyik tanya aja.. Abang :  esok hari apa ya? Emak :  Entah.. ada apa?  (Sedang melepak tunggu adik makan sebelum ke SAR ) Een :   Entahlah.. Emak :  Ignore ajalah.. tak tau hari apa.. Ignorance is better than pre... (mak start merapu) Abang dah cuak :  Ala... esok hari jadi abang! Emak : (Dalam hati...hmmmm... ) kan dah bagi hadiah advance minggu lepas... Een :  Ala.. abang buat2 tanya... Hahahah.... dah 16 tahun dah anak emak.. besar panjang dan dah tinggi.  Still malas nak lipat kain sendiri so sempena hari jadi yang ke 16 ini... Solution ~ mak dah beli banyak-banyak hanger.... lepas jemur kain abang yang berhanger tu, bila kering tu terus ajalah gantung d

It's June again..

Image
Jun kembali lagi.. Again.. i dedicated this Maher Zain's song to all of us.. Paradise  it's not a dream, it's so true....  pls click Mengakhiri bulan May dengan merendang "Lamb Stew Black Pepper" untuk salah satu hidangan tambahan buat kenduri kak lang di Seksyen 20.  Walaupun hujan rahmat turun tersangat lebat namun usai  majis tahlil dan bacaan Yasin di surau.. suasana kembali  reda  apabila jemputan mulai menikmati jamuan makan malam. Berbagai lauk-pauk yang enak siap tersedia untuk dinikmati tetamu bersama nasi panas.  Alhamdulillah.. semoga doa-doa kita dimakbulkan di kala hujan sedang turun dengan lebat... amin " Hujan adalah harapan kerana setelah hujan ada pelangi dan itu artinya setelah penderitaan dan airmata pasti ada senyuman dan kebahagiaan " ~ petikan dialog dalam TVM "Asmara di Bawah H ujan" lakonan Asmirandah dan Jonas Rivanno My lamb stew black pepper.. it's ready! Rempah stew yang telah pecah minyak..