Vietnam ~ Sepagi di restoran halal di Ho Chi Minh.. kisah benar!

Sebenarnya dah lama nak bercerita tentang 
"insiden kategori lucu"  .. + naik bengang pun ada. Kisah benar ini  berlaku di sebuah restoran halal di kota Ho Chi Minh.

tiga butir telur tu..
Pagi sebelum-sebelumnya (ayat sapakah ini..? ), memanglah pihak hotel ada menyediakan sarapan pagi tetapi  as usual.. mana-mana di dunia ni yang bukan negara Islam, non-Muslim's foods memanglah banyak pilihan.  Contohnya ada chicken vermicelli soup a.k.a mihun sup ayam ( buat kecur aja tekak bila tengok garnishingnya yang segar2..) but for us,  Muslim.. adalah juga kuih-kuih (was-was maka taklah makan) dan ada telur rebus, telur suku, roti, telur rebus, telur suku, roti,  telur rebus, telur suku, roti...dan buah-buahan... so kalau anda dah stress dengan 3 biji telur daily berturut2... nak makan lagi ke? dan kalau anda adalah yang bawa "maggi in a cup".. kalau anda yang tukang tengok hari-hari dia makan yang itu aja.. tentulah yang anda yang tukang tengok pun lagilah tak larat... hahaha... jangan marah.. Ini adalah kisah benar!  

Sebenarnya di Vietnam ini selain dari pakaian tradisional Aoi Dai yang ketat dan seksi yang terbelah di bahagian tepi tinggi hingga ke atas pinggang (melalui pemerhatian terhadap anak mata lelaki bila melihat.. astaghfirullah), jalanraya yang dipenuhi motosikal dengan berbagai motif topi keledar (hahaha.. sangat happening), apa yang paling terkenal ialah senaman Tai Chi dan yang paling top ialah jualan mee..  a.k.a gerai atau kedai-kedai menjual makanan berasaskan mee.  Di mana-mana restoran ada menjual pelbagai mee hatta di tepi kali lima dengan menjunjung pots pans bersama gendongan bakul pun menjual mee.  Jadi tidak hairanlah kebanyakan Vietnamese tidak memasak sarapan pagi.. mereka confirm singgah breakfast dan makan di luar.. Ini diceritakan sendiri oleh tourist guide kami ms Mina.


Beef noodles satu ya.. cili kicap extra eh!

Beginilah suasana kebanyakan Vietnamese menikmati sarapan pagi sebelum pergi ke tempat kerja

Sarapan pagi makanan halal yang disediakan di hotel kami... tolak buah.. out of 5.. telur ajalah yang "confident confirm" halal dimakan

i took these daily.. not two but three.. pls guess what are the after  (short term) effect.. kalau betul dapat hadiah you!!.. hahhaha..

Sign board dah ada

the bread.. french influences
Maggie in a cup... anda ado?

Mengancammya sup dia..non-halal

non-halal dim sum
So untuk meraikan hari terakhir kami di Ho Chi Minh, maka berpakat-pakatlah mengajak sesiapa dari rombongan kami yang ingin turut serta untuk trip sarapan pagi di luar dari kebiasaan.  Maka keesokan harinya maka berbondong-bondonglah kami meredah jalanan untuk menuju ke destinasi yang telah dipersetujui.

Amat malang.. setelah mengetuk berkali-kali, restoran yang di pilih untuk sarapan pagi tidak beroperasi hari itu.  Katanya pekerja-pekerja terlambat bangun untuk datang  membuka kedai... Allah hu akbar... Sia-sia percuma berposing di depan kedai tu.. hahaha.. alasan begini pun ada ya..maka telan air liur sahajalah untuk kami menikmati " Vietnam halal beef  noodle soup" yang famous kerana namanya itu.  Rasanya wallah hu alam lah... 


"KM" nama di beri... menu terpampang Vietnam Beef Noodle Soup.. tapi  ghupenya hanya menu semata-mata untuk menarik pelanggan masuk ke dalam restoran.  

Namun kami yang begitu teruja untuk sarapan pagi di luar singgah juga ke  restoran  ini. Inilah restoran yang akan dinobatkan sebagai " Restoran lawak bintang mencari bintang... ".  Ramai jugalah pelancong-pelancong Melayu dari Malaysia yang sedang menikmati hidangan di dalam restoran ini. Hiasan dalaman memang yang sedap mata memandang.  Semuanya yang mengikuti trip pencarian sarapan pagi ini kelihatan agak lega kerana akhirnya... atlast!  Bagi diri saya merasa amat bertuah kerana pagi-pagi rezeki sangat murah sebab SIL yang belanja.. mekasih ya kak Dah! Roti canai dan kuah kari ayam serta mee hun sup udang "sharing is caring" bersama kak lang terrrsangatlah enak.  Rombongan sepencarian trip mencari sarapan pagi kesemuanya nampak berpuas hati.  


Lihatlah marketing strategy kat pintu masuknya.. Alhamdulillah..siap bagi salam  +  Malaysian's flag lagi = truly Muslim Malaysia .  

Verdict : Tawakal dan bersangka baiklah kita walaupun tiada logo Halal JAKIM di sini








Namun setelah siap selesai menikmati makanan, bila sesi pembayaran telah dibuat dan kami semua sudah bangun untuk bergerak pulang.  Apa lagi mr restaurant's manager cum dialah waiter cum dialah cashier.. buat komplen kata ada di antara kami yang tidak membuat pembayaran.  Masha Allah.. such rare cases malah none did ever happened in my whole life that we never paid for what we ate! Ridiculous!!

Sepagi di restoran di Ho Chi Minh ini memang bukan boleh di beri award "Bintang mencari bintang" tapi dah boleh bagi kategori " Lawak ker derr" betul... Alhamdulillah.. mr hubby tak ikut sama ke Vietnam.. kalau tak siaplah! Amboi... mengadu  kat mr hubby nampak  

Maka apa lagi our niece, cik Fara selaku the leader tak menang tangan mengira mengira mengira dan ulang kira dengan calculator dari luar pintu restoran sampai keluar tepi jalan, apa yang kami semua makan di restoran.  Bayangkanlah apa perasaan kami yang berkeliling mengerumuni cik fara dan juga mr manager... adoi! make scene betul. 

Namun saya sempat juga bershopping beg dompet berjenama dari vietnamese ah moi yang sentiasa berada disisiku sahaja kerjanya sepanjang sesi pengiraan berlangsung hahaha... selagi tak beli-beli barangan dia, takkan dia blaa.. haish! stress you..

Akhirnya setelah sesi audit selesai.. kami menang... kami dah bayar malah terlebih bayar pulak.  Apa lagi.. dengan muka slumber jacknya mr manager tu buat muka "saya tak bersalah" lagi.. tak minta maaf pun.. tak pulangkan baki duit terlebih pun.. Subhana Allah.. memang banyak orang begitu. What a wonderful world indeed!

Moral of the story ~ Nx time make sure you paid for whateva you ate or bought by claiming the BILL or Delivery Order + invoices... no hanky panky kira pakai calculator or jari kaki jari tangan bagai... Got it?  We need receipt  as a proof that the goods or foods were PAID.  That's the mistake that we need to admit ... dengarlah nasihat pakar nih!

Verdict ~ the food was good tho' and the coffee really okay (untuk saya yang bukan peminum kopi ni.. ).  Memanglah kan since Vietnam ialah pengeksport kopi yang pertama di dunia. Dan side effectnya (jangka pendek..)my SIL kak lang juga terus hilang selera nak beli extra jubah .. dan sampai sekarang saya dan dia masih terkenang-kenangkan jubah hitam ber "embroidery" bagai yang tergantung-gantung tu.. huhuhu....  hahahaha... cliche betul!

Untuk yang nak baca tentang senarai restoran halal di Saigon dan Hanoi sila layari laman sesawang seperti yang tertera di bawah ini ya.. 

 kevinmillerjr.­com

Search => GoHalalVIETNAM!
Search => Halal Restaurants in Saigon 

Actually ini adalah blog untuk membantu kepada orang-orang Islam yang mencari restoran makanan halal   namun kesahihannya .. Wallah hu alam.. kerana ini berdasarkan tinjauan dan keputusannya melalui pengalaman beliau sahaja.  Namun melalui artikel ini banyak yang boleh membantu.  Di antara yang menarik ialah :

apa yang di tulisnya  ~ Pemakaian skarf atau tudung bagi pelayan wanita untuk mengaburi pelanggan yang restoran itu halal sedangkan ia tidak halal  pun


apa yang di tulisnya lagi ~ Sijil dan logo halal yang boleh dibeli dari majlis tempatan sewenang-wenangnya kerana tiada pengesahan dari mana-mana pihak jabatan agama Islam untuk pengesahan


apa yang di tulisnya lagi ~ wet tissue atau tuala basah.. kebanyakkannya mengandungi alkohol.

tulisnya lagi ~ bacalah sendiri ya! uish..

Famousnya rancangan ni..sampai Vietnam da..














Walau apapun kami sangat enjoy menikmati makanan yang disediakan di dalam pakej pelancongan ini.  Sudah tentulah Kedai Shamsudin dan Satey House Malaysia merupakan "rumah makan" yang sangat-sangat di syorkan kepada para pelancong di luar sana.  Selain dari suasana yang bersih dan menarik serta hiasan dekorasi yang sejuk mata memandang, pelayan-pelayan yang mengambil berat dan sangat prihatin... yang utama makanan yang disediakan adalah tersangat enak.  Bagi para ibu yang bercuti dari memasak kerana percutian ini,   "It was great..!" walau pun terpikir juga. anak- anak saya di rumah.. emak-emak di sana dah makan ke belum dema tu ya ..
bingka ubi cair di mulut.. yummeh!

Kalau ada balance.. wajar di tapaww
Kedai Shamsudin
Sedikit hadis dan firman Allah swt yang di copy- paste buat pengetahuan semua :

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.

Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis diriwayatkan at-Tirmizi yang bermaksud:“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” 

Islam sangat syumul dalam pemilihan makanan dengan menekankan yang bersih dan halal. Dalam surah al-Nahl ayat 114-115, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging **** dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.”
Wajib ada logo ni.. dan pastikan ia logo yang tulen.  Satu peringatan penting  dari seorang penulis blog  ~~



"JUST BECAUSE YOU SEE MUSLIMS EATING IN A RESTAURANT, DOES NOT MEAN IT IS HALAL.."


Insha Allah itulah yang menjadi pegangan kami sekeluarga maka sampai ke hari ini pun tak pernahlah kami masuk ke Madam Kwan ke, Madam Lim ke, Kopitiam Pa' Li ke, Kopitiam Pa' Tan ke.. Starbuck ke.. Startrek ke..  Semoga entri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada all the readers..
Photo courtesy mak ude ~ femes gitu hamba Allah kat dinding tu..


photo courtesy : mak ude dan cik fara.. sorri .. terpaksa skodeng fb.. tq
SELAMAT MAKAN

Comments

  1. Wah syoknya jalan-jalan Vietnam... macamana pun kena carik makan gak.. cubaan betul rupanya kalau pi jalan ke negara non muslim ni kan.. tapi yang pasti tak serik utk ke sana lagi he he

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?