TOUCH-DOWN.
She loves to write and travel. A good listener and does a lot more than just literally listen. Follow her on her online journey.
Kami yang ditinggalkan...
Get link
Facebook
Twitter
Pinterest
Email
Other Apps
-
Tiada duka yang abadi.. sila klik
Sedih... dah hampir tiga bulan Dabu tak balik.. we are missing him like crazy.... Tompok pun hilang lagi selepas itu. Namun Tompok "the fighter" kehilangannya tidak begitu dirasai sebab sentiasa hilang dan muncul kembali namun kini ia terus tak balik-balik.
Dabu.. kesayangan semua
Dabu memang kucing yang hidup di dalam sangkar pada mulanya tetapi bila ia sudah pandai mengawan kami lepaskan ia untuk hidup bebas di luar rumah. Tersangat manja mengalahkan anak sendiri. Hobinya bila nampak kami, ia akan terus tergolek minta diusap-usap. Itulah rutin seharian.. di usap-usap sampai berasap tangan kami.
Dabu pernah juga dilanggar kereta dan tayar kereta terkena bahagian peha dan pangkal bontotnya. Lama dia mengeram di bawah pokok misai kucing walaupun telah diberi rawatan. Dengan kuasa Allah swt dia sembuh dan aktif bergaduh semula. Amat berharap Dabu masih hidup dan semoga satu hari nanti, ia akan singgah semula untuk duduk-duduk di bawah pokok misai kucing kegemarannya itu.
Kami bersedih lagi apabila pagi Isnin 22hb April lalu Abu pula pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Dabu dan Abu merupakan adik beradik satu emak satu bapa tetapi berlainan tahun ( batch lain). Rutin saya pagi-pagi setelah memberi makan anak-anak kami yang ramai di dalam dan di luar sangkar, ialah menyiram pokok-pokok di persekitaran rumah. Namun kelibat Abu tidak kelihatan. Selalunya setiap kali saya menyiram pokok-pokok atau berada di luar rumah, anak-anak kami yang diluar sangkar akan turut menemani saya. Minta di usap-usap, bermanja-manja, buat perangai nakal minta kerap dimarah konon...
Hairan juga ke mana si Abu pergi. Ia jarang merayau jauh-jauh. Waktu makan pasti ada dan tidak pernah miss. Kemudian tiba-tiba saya melihat seekor kucing terbaring dibelakang pasu pokok bunga lili saya. Aik.. selalunya bila proses penyiraman sedang berlangsung, tiada siapa yang berani melepak di situ. Di sebabkan tidak berkaca mata saya pada mulanya ingatkan si kontot kucing jantan saya yang lain bermain "hide and seek". Hati terdetik juga.. akhirnya baru saya perasan itulah si Abu. Seolah-olah sedang tidur gayanya. Tidak tahu pukul berapa ia telah pergi meninggalkan kami semua buat selamanya. Sampai sekarang saya tidak tahu punca kematiannya. Tidak ada buih dimulutnya, tiada kesan di patuk, pergaduhan mahupun darah. Tidak ada kesan apa-apa. Ia seperti sedang tidur nyenyak walaupun badan sudah keras kejang. Abu telah di tanam di tanah kami di Rantau Panjang. Kakak yang mendapat MC hari tu telah mengikuti ayah menanam Abu. Ayah kata dengan berbalut suratkhabar kakak meriba Abu dan menciumnya berkali-kali sebelum disemadikan di sana. Di saat saya menaip entri ini, airmata bergenang tak berhenti... semoga Abu tenang disana.
Abu yang handsome
Pergi tak kembali
Tinggal kenangan
Abu semasa muda.. sangat manja & menurut kata. Hobinya duduk dalam sangkar temankan Oren tapi bila penat atau nak lepak-lepak Abu akan minta dikeluarkan.. itulah acara hariannya.. almaklumlah badannya sangat panjang.. nak mengeliat kenalah keluar ..
Ini pula si jelita Oren.. dia ni pangkat anak saudara kepada Abu dan Dabu. Menjadi rebutan kucing-kucing jantan yang lain kerana kejelitaannya.
Pagi 12hb Mei baru lagi ni.. Oren pula telah keluar dari sangkarnya. Tidak tahu siapa yang terlupa mengunci pagarnya. Dua hari lepas Oren baru sahaja melahirkan seekor anak. Namun anaknya mati kerana lahir tidak cukup bulan. Mungkin ada lagi anak kucing di dalam perutnya kerana perut Oren masih besar. Kemanalah Oren pergi dengan perutnya yang memboyot tu.. Ia sudahlah tidak biasa hidup di luar sangkar. Selalunya kami akan masukkan Abu ke dalam sangkar untuk menyenangkan hatinya. Dan amat berharap juga Oren akan melahirkan anak-anak baka si Abu. Mungkin impian ini hanya tinggal khayalan dan tidak akan menjadi kenyataan.
Kumpulan ini cuma tinggal si ibu sahaja yang masih hidup.. masa ni meriah sangat.. time makan dan time bermain ialah masa happening mereka. Kini juga tinggal sebagai kenangan.
tiada lagi sesi mandi manda bersama Dabu
biar wangi kata ayah
menjemur diri di panas pagi
jilat jangan tak jilat
berjam-jam.. selagi tak kering
Bersama si manja hitam yang telah dulu mati kerana wabak penyakit. Dabu sahaja diantara lima beradik satu batch yang terselamat ketika itu
Kemudian lahirlah Becok dan Kontot dan dua beradik lagi. Becok paling kanan . Namanya diberi begini kerana ia tersangat peramah. Memang selalu saya kena lecture oleh si Becok. Kontot berada paling kiri sekali... nama diberi kerana hobi empat beradik ini satu waktu dulu ialah tidur di dalam enjin kereta saya. Kejadian malang telah berlaku apabila saya telah menghidupkan enjin kereta tanpa menyedari empat beradik itu sedang tidur.. apa lagi bernasib malanglah si Kontot kerana ekornya putus di libas kipas yang berpusing di hadapan enjin kereta. Kesian.. sampai sekarang saya "feel guilty" dengan si Kontot.
Rindu dah.. dua beradik lagi kami beri kepada orang lain
Proses perpindahan ke pemilik baru. Ketika ini ada seorang student mr hubby yang bersedih kerana kematian kucing kesayangannya. Kami menghadiahkan dua beradik ini kepadanya
Sedih dan takut.. semoga dua beradik ini sihat walafiat dan mendapat penjagaan yang lebih baik dari pemilik yang baru. Selamat tinggal sayang..
latest collection.. anak-anak si ibu Itam
Mujurlah ada si kecil-kecil ini anak si ibu Itam buat penawar rindu. Kini mereka dah pandai makan dan bermain-main. Ibu Itam yang berbadan kecil dan kurus sudah tidak menyusukan anaknya lagi. Mujur juga masih ada si Kontot dan si Becok. Sekurang-kurangnya ada lagi yang masih boleh di sayang-sayang. Walau bagaimanapun yang hilang dan mati akan sentiasa dikenang selagi hayat dikandung badan. Mujurlah masih ada yang lain.... alhamdulillah
Pertama kali sampai di Sekincan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Walaupun majlis sudah hampir ke penghujung tetapi alhamdulillah... kami berjaya sampai ke destinasi yang di tuju apabila melihat "banner" pengantin mengalu-alukan kedatangan para jemputan di simpang jalan masuk. Ben dan Adha Buah Sukun Cuaca amat baik sekali. Seronok melihat buah-buahan seperti buah nangka dan buah sukun bergayut-gayut. Melihat keterujaan anak-anak kami membezakan antara buah cempedak dan nangka. Melihat mereka keseronokan menikmati ais cendol dan bubur kacang sebagai pencuci mulut sementara saya dan suami tidak henti mengunyah rempeyek kacang hijau yang sungguh sedap dan ranggup disulami air sirap sejuk dari gelas melamine yang berlambang..ops.. lihat foto.. jangan marah ya! sirap special "Selamat Pengantin Baru" untuk kedua pengantin, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. dalam keberkatan limpah rahmat
Bertemu lagi hari ini .. as always juga pagi Ahad kelas mengaji berjalan seperti biasa. Setelah "housework" agak settle marilah kita sambung lagi ya tentang nota dari al ustaz ** MashaAllah.. Hassan dan Hussin merah pipinya. Berangan kalaulah dapat cucu kembar.. hhaha.. amin.. Di entri sebelum ini ada diselitkan doa mustajab untuk anak-anak untuk menghindari segala jenis penyakit terutama wabak penyakit berjangkit. Kali ini masih berkisar tentang kata-kata pujian lagi tetapi kata-kata pujian terutama kepada anak-anak serta bayi-bayi yang masih kecil. Ustaz berpesan kepada semua apabila kita hendak memuji haruslah berlapik kerana dikhuatiri akan terkena penyakit mata iaitu musibah yang akan menimpa kanak-kanak kecil dan bayi. Jujur memang saya ada membaca tentang penyakit mata yang dikaitkan dengan bayi-bayi ini akibat dari kata-kata pujian terhadap mereka tetapi kurang arif apakah sebenarnya yang dikatakan dengan "penyakit mata" ini. Ust
Assalam Waahh.. sangat marvelous dan bermanfaat tajuk entri hari ini. Apatah lagi di kala musim cuti persekolahan. Nak ajak anak-anak pergi berenang? Ke mana? Tentulah.. ke kolam renangkan.. Jangan percaya tajuk entri tu.. Actually tajuk entri sebenarnya ialah "Kesian anak-anakku dapat berendam sekejap sahaja di dalam kolam renang..." huhuhuhu! T-T Perhatian: Jangan tiru aksi ini... merbahaya! Perhatian: Jangan tiru aksi ini... merbahaya! Perhatian: Jangan tiru aksi ini... merbahaya! Kegembiraan untuk menghilangkan kepenatan kadang2 jarang membawa bahagia apatah lagi ia berkaitan dengan adegan yang semua orang ingin buat ----> Berendam dan BERENANG .. :p Life guard : Kak.. anak-anak pakai baju renang? (sambil mata menghala kepada anak2 yang berdebur2 dengan kuak lentang terjun papan anjal aksi stunt bagai ... di dalam kolam renang) Emak : Mmmm...mmmm... ( Mata memandang Kakak dan ms little dengan costume musl
Hai.. teringin pulak nak bela sekor...dulu kami ada sekor..
ReplyDeletekena bela byk2.. baru berbaloi!
Delete